Dah jadi kebiasaan atau trend anak muda zaman sekarang.
Sejurus dapat je kerja lepas graduate, mesti ramai yang dah target nak beli kereta.
Tapi, berbaloi ke beli kereta dengan cara berhutang dengan bank ni?
Kalau korang tanya Tok, memang Tok tentang habis-habisan pemikiran yang kolot gila ni. Sebab ada macam-macam cara lagi untuk korang beli kereta tanpa perlu berhutang 9 tahun dengan bank.
Nah, jemput hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir yang sempoi ni. Supaya sel otak anak muda kat luar sana dapat berhubung dengan lebih baik.
Kenapa perlu kereta baru dan mewah sedangkan kereta terpakai pun mampu sampai ke tempat yang nak dituju?
Tak boleh ke beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang dengan bank?
Tak ke korang terfikir, bagaimana korang mampu bayar ansuran bulanan dan ditambah dengan kos minyak lagi. Sedangkan gaji korang ciput je.
Mesti berkerut-kerut kening fikir tu, kan?
Pihak bank pun tahu korang mampu membayar ansuran setiap bulan. Sebab tu la mereka boleh luluskan pembiayaan kereta korang. Cuma, korang je yang tak berapa pandai uruskan kewangan sendiri.
Korang pasti akan berusaha untuk membayar ansuran kereta setiap bulan walau apa keadaan sekalipun kan?
Sebabnya korang risau bank akan tarik kereta tu. Secara tak langsung, kau orang akan simpan wang untuk membayar ansuran kereta tersebut.
Sanggup ke korang membayar RM600 sebulan selama 9 tahun. Lepas tu tak dapat apa-apa, kecuali besi buruk?
DSR (Debt Service Ratio) dah barai. Pembiayaan perumahan tak mampu nak buat disebabkan pembiayaan kereta tersebut. Jadi, kenalah tunggu selepas habis bayar kereta selama 9 tahun.
Lepas tu, baru la kelam-kabut nak kumpul duit deposit untuk beli rumah. Tengok-tengok, harga rumah dah tak masuk akal. Baru la nak rasa menyesal.
Bak kata pepatah :
“Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian, tidak berguna”.
Masa tu, menangis air mata darah sekalipun dah tak bermakna.
Mesti masa tu, korang rasa nak putar masa kan, nak kembalikan semula 9 tahun yang telah berlalu.
Untuk apa? Untuk betulkan kesilapan yang kau orang dah buat.
Yang masih belajar ataupun yang masih meniti usia muda, jangan la jadi macam golongan di atas. Sanggup berhutang selama 9 tahun hanya untuk mendapatkan sebuah kereta.
Tolong, jangan ulangi kesilapan mereka.
Sebelum nak beli kereta, korang mesti la dah ada bajet berapa korang boleh bayar ansuran bulanan, kan?
Katakan, korang buat kira-kira. Lepas tu mampu bayar dalam RM600 sebulan dan campur kos berkaitan seperti minyak kereta, kos parking, tol, servis. Jumlahnya mungkin dalam RM1,000.
Kalau korang kumpul RM1,000 dalam Tabung Haji selama 2 tahun dengan dividen 6.3%, korang akan dapat RM25,500. Dan jika disimpan dalam ASB dividen dengan 7.25%, kau orang akan dapat RM25,800.
Dah ada simpanan RM25,000++ tu, beli la kereta terpakai secara tunai. Langsung takde hutang dengan bank, kan?
Banyak kereta terpakai tempatan yang masih elok walaupun ia terpakai. Percaya la. Korang hanya perlu cari betul-betul saja.
Jadi, berkorban saja dalam tempoh 2-3 tahun untuk hidup di bawah kemampuan. Misalnya, tumpang kawan, naik motosikal ke tempat kerja atau guna pengangkutan awam. Kalau tumpang kawan tu, jangan pulak buat-buat lupa bagi duit minyak.
Berhujan panas, awek reject sebab tak ada kereta tu biasa la. Lumrah kehidupan. Kakaka.
Apa salahnya hidup tanpa kereta selama 2-3 tahun daripada berhutang selama 9 tahun sampai tak boleh nak beli rumah.
Tapi ramai yang memilih jalan untuk bayar ansuran kereta RM600 sebulan, bergelut kerja tetapi menyewa rumah. Daripada membayar ansuran bulanan apartment yang bernilai RM120,000 sebanyak RM600 sebulan.
Kemudian, sewakan per bilik (3 bilik) :
Untung lagi RM400 (lepas tolak dengan ansuran bulanan rumah).
Ada lebihan RM400 sebulan, boleh la kumpul duit untuk beli kereta terpakai tempatan secara tunai, ataupun buat bayar ansuran kereta Axia.
Rumah dapat. Kereta pun dapat. Hati pun senang.
Orang ada 13 hartanah baru berani nak beli kereta. Korang baru kerja dapat gaji RM1,300 pun dah teringin nak beli Honda City. Besar betul kemahuan tu. Ye la kan, nak reward yourself.
Ingat, membeli kereta secara hutang adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.
Otak kena bijak. Takkan semua benda nak kena orang suap ilmu ke korang. Korang hidup 24 jam, tapi tak dapat ilmu baru. Amat la mendukacitakan.
Baiki kewangan dulu. Mindset kena power. Kena disiplin kawal kewangan. Ini tak, nampak sale 70% dah tak tahan nak berbelanja.
Berkawan la dengan orang yang banyak berfikir daripada orang yang banyak berbelanja untuk kemahuan. Banyak membaca. Jangan malas.
Cuba campur perisa vape korang tu dengan Dugro. Mungkin dapat berfikir dengan waras mengenai kebocoran wang sendiri.
Ada ijazah dan diploma yang tergantung dekat dinding rumah tu, tapi bahan ilmiah pun malas nak baca.
Apatah lagi nak cari ilmu baru yang tak ada kaitan dengan kerja korang kan.
Mereput la korang pergi kerja, balik kerja sampai pencen. Kah!
—
Tok yakin korang tak nak mereput sampai pencen macam yang Tuan Amir cakapkan tadi. Tu sebab korang baca perkongsian ni sampai habis, kan?
Anak muda. Sebelum buat keputusan nak beli kereta tu, fikir habis-habis dulu. Jangan dah beli nanti, baru kenal erti penyesalan. 9 tahun tu, bukan kejap.
Tolong bantu Tok SHARE perkongsian ilmu power ni kat kawan-kawan yang baru bekerja, tapi dah menggatal nak beli kereta. Selamatkan mereka sebelum terlambat.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]