PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Baru 24 tahun, dah boleh beli rumah idaman. Macam mana gadis ini buat?

Cuba kita tengok sendiri. Berapa ramai anak muda yang dah berjaya beli rumah idaman mereka?

Memang ada. Tapi Tok berani cakap, tak ramai. Ramai lagi yang masih hanyut dengan perkara duniawi kat luar sana.

Patut kita jadikan gadis ini sebagai contoh dan sumber semangat.

Walaupun baru berusia 24 tahun, ini tak menjadi penghalang untuk beliau memiliki rumah idaman pada usia yang muda.

Jemput hadamkan perkongsian Cek Ifa yang sempoi ini.

Semua ini, makan 2 tahun punya planning?

Screen Shot 2017 11 17 at 1.29.19 AM 1

Sumber gambar – Cek Ifa (Twitter)

Alhamdulillah. Azam 2017 Ifa dah tercapai untuk beli rumah in age 24. Ifa nak share tip how to buy your own asset dalam masa 2 tahun punya planning.

Sorry guys. Dalam gambar ni, Ifa pakai selipar je. Sebab masa ambil gambar ni, rumah baru 80% siap. Jalan nak masuk ke rumah pun tak lawa lagi. Jadi, pakai selipar je la jawapnya.

Jadi, macam mana kita boleh beli aset hartanah?

Bukan senang nak bagi loan rumah lepas sekarang ni.

Korang mesti berumur 17 tahun, atau lepas habis study (atau masa study) ada buat bisnes kecil-kecilan, kan? Tapi, ada simpan tak duit tu walaupun sikit?

Tip #1 : Biar sikit, tapi kekal menyimpan

Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Walaupun sikit RM200 – RM300 pun, simpan je dalam bank tu. Biar ada transaksi dalam bank tu duit keluar masuk.

Kalau nak ambil duit tu pun, jangan sampai habis. Tinggalkan sikit dalam bank tu, okay?

Make sure ada transaksi dalam akaun bank korang tu, okay?

But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power kalau buat macam ni. Sebab bank akan tengok semua ni.

Walaupun kecil mana bisnes korang tu, semua ni tetap akan bank ambil kira. Faham, kan?

Tip #2 : Duit OT (overtime) punca bank senang luluskan loan rumah?

Duit OT korang setiap bulan tu penting, guys. Even kalau korang buat ikut mood macam Ifa ni. Hehe.

Walaupun setakat RM50 je pun, bank tetap akan ambil kira sebagai pendapatan kita untuk bulan tersebut.

Tapi untuk OT, bank hanya akan kira selama 3 bulan je. Takde la sampai setahun punya OT mereka ambil kira.

Tip #3 : Simpan duit dalam ASB

Sesetengah bank akan ambil kira ASB Financing sebagai income (pendapatan), tapi ada sesetengah jugak yang ambil kira sebagai expenses (perbelanjaan).

Kalau boleh, cari bank yang kira ASB ni sebagai simpanan tetap.

Tip #4 : Cari developer ngam, yang tanggung atas bawah

Korang cari rumah yang mana, developer yang tanggung kos lawyer, dan segala kos lain untuk beli rumah tu.

Mungkin kita akan ingat :

“Ala, semua tu dah termasuk dalam harga rumah, kan?”

Tapi kalau korang kira balik, sama je duit korang kena keluar jugak bayar itu ini, kan?

Mungkin dah rezeki Ifa. Masa beli rumah ni, developer tanggung semua. Free lawyer, dapat rebat 10% daripada downpayment.

Ifa hanya bayar downpayment sebanyak 1% je sebab dapat rebat banyak gila. Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah S.W.T permudahkan jumpa developer yang best.

Tip #5 : Macam mana nak beli rumah pada harga murah?

Orang kata, kalau nak beli rumah murah, beli masa developer baru pecah tanah. Masa tu, memang murah untuk korang beli.

Untuk ni, takde yang lain selain kena rajin survey.

Tip #6 : Tanam azam dalam-dalam dan usaha 100%

Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun untuk beli rumah sebelum umur sekian-sekian.

Macam Ifa, setiap tahun Ifa tanam azam untuk beli rumah sebelum berumur 25 tahun. Sejak umur Ifa 19 tahun lagi.

Dan Alhamdulillah, it’s come true. Sebelum umur 25, Ifa dah dapat rumah. Allah S.W.T dengar doa Ifa.

Tetapkan matlamat, pasti boleh dapat

Ifa doakan korang dapat inspirasi daripada perkongsian ini.

Ifa suka tengok anak-anak muda yang ada matlamat dan beli aset pada usia muda, hasil daripada titik peluh sendiri.

Doakan Ifa supaya dapat beli second house sebelum umur 30 tahun ya.

Tok suka kongsikan kisah kejayaan anak muda macam Cik Ifa kita ni. Dan Tok nak anak muda kat luar sana ambil kisah ini sebagai inspirasi.

Kalau korang betul nak, korang akan dapat. Objektif dah jelas, tinggal nak usaha je, kan?

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE kisah ini dan panjangkan inspirasi power ni kat anak muda yang lain kat luar sana.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *