PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Bantuan moratorium khas untuk anda yang terkesan dengan banjir

Bagi yang terkesan dengan banjir dan ada masalah untuk buat pembayaran pinjaman kepada bank, Tok nak bagi berita baik untuk anda.

Ada bank yang dah tawarkan bantuan moratorium khas untuk anda yang terkesan.

Nak tahu bank yang mana? Jemput baca artikel ni sampai habis.

#1 Bank Muamalat Malaysia 

Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) sehingga enam (6) bulan untuk semua kemudahan pembiayaannya kepada pelanggan Bank Muamalat samada individu yang tinggal di kawasan dilanda banjir atau perniagaan yang berada di kawasan tersebut.

Permohonan untuk tempoh bayaran moratorium (MPP) sehingga enam bulan untuk semua kemudahan pembiayaan kepada individu dan perniagaan di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir tersedia untuk pelanggan yang layak mulai hari ini hingga 28 Februari 2021. 

Bagi yang ingin memohon boleh mengisi Borang Permohonan bantuan bayaran Tempoh Bayaran Moratorium yang tersedia di laman sesawang MAP Bank Muamalat dan e-mel dokumen sokongan yang berkaitan ke [email protected] selewat – lewatnya pada 28 Februari 2021 atau hubungi Bank Muamalat di talian +603 – 2600 5500 untuk maklumat lanjut. 

#2 RHB Bank 

rhb

RHB Bank kini menawarkan bantuan melalui Program Bantuan Mangsa Banjir yang direka khas untuk pelanggan yang terkesan akibat situasi banjir baru-baru ini.

Bantuan yang diberikan merangkumi pembayaran ansuran dan pengecualian caj pembayaran lewat untuk kemudahan kewangan Perumahan, ASB, Auto dan Pinjaman/pembiayaan peribadi, serta pengecualian caj penggantian Kad Debit ATM dan juga Kad Kredit.

Pelanggan yang layak bagi Program Bantuan Mangsa Banjir adalah seperti berikut:

1. Pinjaman Perumahan / Pinjaman ASB – penangguhan pembayaran ansuran pinjaman dan pengecualian caj pembayaran lewat sehingga 6 bulan

2. Pembiayaan Peribadi / Pembiayaan Auto / Easy Loan – penangguhan pembayaran ansuran pinjaman dan pengecualian caj pembayaran lewat sehingga 3 bulan

3. Kad Kredit – pengecualian caj pembayaran lewat sehingga 3 bulan

4. ATM / Kad Debit / Kad Kredit – pengecualian yuran penggantian kad baharu

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas dan memerlukan bantuan kewangan akibat banjir juga boleh membuat permohonan untuk program ini, dan akan dinilai berdasarkan keperluan kes demi kes.

Permohonan bantuan boleh dibuat di mana-mana cawangan RHB Bank yang berdekatan, bermula daripada 13 Januari 2021.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pelanggan amat digalakkan untuk mengunjungi cawangan RHB Bank terdekat, menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 03 92068118 atau mengunjungi laman webi https://www.rhbgroup.com/index.html

Tok akan update artikel ini dari semasa ke semasa.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed