PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 tip bantu newbie beli rumah lelong macam otai dan buat untung (paling kurang) 1 kali ganda

Korang baru pertama kali nak beli rumah lelong?

Proses membeli rumah bergantung kat jenis rumah yang kita nak beli tu. Bermakna, proses beli rumah lelong akan jadi berbeza sikit dengan proses membeli rumah undercons atau subsale.

Dan ramai yang takut nak bertindak sebab tak tahu selok-belok asas membeli rumah lelong.

Nah, jom hadamkan perkongsian Tuan Shafie Bustan yang Tok baca kat blog The Vocket.

Ilmu yang beliau kongsikan ni memang sesuai untuk newbie. Selamat beramal ya.

Ini cara elak rasa takut-takut bila membeli rumah lelong

Dalam sesi perkongsian percuma yang lepas, saya tertarik pada satu soalan yang bunyinya lebih kurang macam ni:

“Macam mana nak beli rumah lelong dengan mudah, cepat, dan selamat?”

Saya tak terus jawab soalan, tapi membalas dengan senyuman yang paling manis pada wanita yang tanya soalan tu.

Walaupun bilik tu padat (dan juga panas sebab penuh dengan orang), saya masih mampu tersenyum dan bergurau senda.

Berbalik kat soalan tadi, kita perlu fahamkan aliran proses (process flow) yang terlibat.

Pendek kata, takde jalan mudah (short cut) kalau nak melabur dalam pasaran lelong. Membeli rumah lelong agak sukar berbanding membeli rumah subsale atau undercons.

Yang paling penting adalah kita tahu dan faham langkah-langkah yang terlibat – apa yang perlu kita buat, apa yang wajib kita semak, dan apa yang boleh kita langkau.

Tanpa buang masa lagi, saya nak kongsikan 5 tip membeli rumah lelong yang boleh dijadikan panduan buat korang semua:

#1: Sebelum apa-apa, buat perkara wajib dulu

Sumber gambar: Investopedia

Sumber gambar: Investopedia

Sebelum beli rumah lelong kat mana-mana lelongan awam yang ada kat luar sana, pastikan korang semak kelayakan pinjaman terlebih dulu.

Setiap orang ada pendapatan dan komitmen yang berbeza-beza. Kira dulu berapa peratus komitmen bayaran pinjaman bulanan berbanding dengan pendapatan bulanan korang.

Kiraan Debt Service Ratio atau Debts Burden Ratio harus dikira terlebih dulu sebelum korang melangkah masuk ke dalam dewan lelongan.

#2: Mula bermain dengan kalkulator

Sumber gambar: That The Bones You Have Crushed May Thrill

Sumber gambar: That The Bones You Have Crushed May Thrill

Bila korang nak beli mana-mana hartanah (tak kira rumah lelong atau subsale), kita wajib kira berapa modal tunai yang ada dalam tangan (simpanan).

Untuk pembelian rumah lelong, korang tak boleh lari daripada bayar duit muka sebanyak 10% daripada harga rumah yang menang bid.

Ambil kira juga lain-lain kos yang terlibat, antaranya seperti berikut:

  • duit muka 10%,
  • yuran guaman – perjanjian pinjaman dan MOT,
  • laporan penilai,
  • kos baik pulih, dan lain-lain yang berkaitan.

Sebab ada macam-macam harga dalam senarai rumah lelong ni, ada yang bawah RM100,000, ada yang atas RM200,000, dan ada juga yang atas RM500,000.

Jadi, pilih rumah yang bersesuaian dengan tunai yang ada dalam tangan.

Kos baik pulih agak subjektif sebab kos-kos tu bergantung kepada keadaan rumah lelong yang korang berjaya beli.

Ada kes yang perlu dicat semula, ada yang perlu buat pendawaian semula, dan ada yang cuma tinggal basuh saja, tanpa perlu baik pulih satu pun benda.

#3: Rumah lelong mana yang anda patut beli?

Sumber gambar: Realtor.com

Sumber gambar: Realtor.com

Pilihan rumah lelong jugak ada di pelbagai tempat. Tak semestinya hanya tertumpu di Lembah Klang saja.

Di setiap negeri pasti ada unit-unit lelong yang akan dilelongkan oleh pihak bank.

Ada banyak faktor yang boleh kita ambil kira dalam hal memilih lokasi hartanah, yang mempunyai kadar sewa yang tinggi dan juga kenaikan harga hartanah yang cepat.

Berikut adalah faktor yang boleh dipertimbangkan dalam memilih hartanah di luar sana:

  • berhampiran dengan stesyen LRT/MRT,
  • kemudahan yang lengkap (dekat dengan bank, sekolah, atau pejabat pos),
  • pusat membeli-belah yang berhampiran (TESCO, Giant, Jaya Jusco, atau McDonalds),
  • berhampiran kolej dan universiti,
  • dekat dengan hospital swasta atau kerajaan,
  • kawasan perindustrian atau komersil.

Ada banyak lagi petunjuk (indikator) yang boleh kita guna pakai, dan ini pasti akan membantu korang membuat keputusan memilih kawasan yang sesuai dengan kapasiti kewangan.

Ada juga yang memilih lokasi berdasarkan peta laluan MRT yang bakal siap pada tahun akan datang.

#4: Apa yang anda menang, itu yang anda dapat

Sumber gambar: Occupy.com

Sumber gambar: Occupy.com

Korang kena ingat tau. Rumah lelong dijual secara “as is basis”.

Apa pun keadaan fizikal rumah tu, itu yang korang akan dapat.

Apa-apa kerosakan pada rumah tu ditanggung 100% oleh pembeli.

Korang tak boleh buat tuntuntan kos membaik pulih kepada pihak bank, pelelong, atau pemilik lama rumah tu. Ada juga unit rumah yang terbengkalai yang akan dilelong oleh pihak bank.

Bayangkan kalau korang dah beli rumah tu tanpa melawat rumah terlebih dulu. Ada je rumah lelong yang rosak teruk.

Cari rumah lelong yang korang senang nak uruskan. Contohnya, korang beli unit kosong (non-tenanted). Kalau yang ni, korang takde nak pening kepala uruskan penyewa lama.

Dah jadi tanggungjawab pembeli untuk keluarkan penyewa lepas menang lelongan tu.

#5: Kalah menang, dah jadi adat dunia rumah lelong

Bila berada dalam bilik lelongan, pastinya akan ada perasaan teruja untuk memenangi rumah yang telah korang daftarkan.

Dengan perasaan yang membuak-buak, ada kemungkinan korang boleh hilang kawalan emosi dalam proses membida rumah tersebut.

Campur pulak dengan pujuk rayu kawan-kawan atau sedara mara, pastinya akan menaikkan lagi ego korang untuk lawan dan terus lawan.

Banyak kes berlaku di mana apabila ramai pembida lain yang mendaftar untuk satu-satu unit rumah lelong, harga yang terjual dalam dewan lelongan akan melebihi harga pasaran. Masing-masing beremosi untuk menang pada hari lelongan.

Pastikan korang dah buat kira-kira dan tetapkan had bidaan untuk rumah tu.

Kalah dalam bilik lelongan adalah perkara biasa. Tidak perlu rasa malu atau pun terkilan kerana banyak lagi rumah lain yang akan dilelong. 

Paling penting adalah korang menang pada harga yang menarik (bawah harga pasaran).

Selamat mencuba. Sekian, terima kasih.

Kalau korang nak belajar pasal rumah lelong, Tok memang syorkan Tuan Shafie Bustan. Beliau memang terbaik dalam bab ni.

Dan selagi boleh, tambah lagi ilmu dengan cara lain. Banyak je buku tempatan yang best untuk korang baca. Kat Google pun dah banyak bahan bacaan yang mantap.

Masa depan kewangan yang baik bergantung kat ilmu yang korang sanggup belajar sekarang. Masih nak bertangguh lagi ke?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *