PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Apa ada dekat Manjung tu? Dah la jauh gila!”

Kalau Tok sebut ‘Manjung,’ apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran korang?

Pasti ada yang terfikir tentang Pulau Pangkor dan Teluk Batik, kan? Jangan risau. Tok pun fikir benda yang sama macam korang jugak.

Tapi, ini mindset orang yang tak terfikir untuk menetap dan beli rumah dekat kawasan tu.

Kalau korang tinggal di kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan tengah plan nak beli rumah dekat Manjung, macam mana pulak?

Dan atas sebab itu, Tok sediakan perkongsian ni khas untuk korang. Jemput hadamkan tanpa was-was.

Manjung – Bukan setakat lokasi tumpuan pelancong

Sumber gambar Percutian Bajet

Sumber gambar – Percutian Bajet

Sebagai mukadimah, Tok nak kongsikan tentang sejarah Daerah Majung terlebih dulu.

Seperti yang Tok tanya tadi, Daerah Manjung ni dah jadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak. Pulau Pangkor dan Teluk Batik antara lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong, tak kira dalam dan luar negeri.

Sejajar dengan visi pembangunan sektor perlancongan, Manjung jadi salah satu tumpuan para pelancong yang terkenal. Dan bukan setakat dalam negara saja. Orang luar negara suka melancong ke sini.

Sebelum ni, Daerah Manjung dikenali sebagai Daerah Dindings sebelum tahun 1973.

Daerah ini jugak pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat, yang pada masa tu berada di bawah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Ia menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik saja Perjanjian Pangkor ditandatangani pihak British dan Sultan Perak terdahulu, Sultan Abdullah. Perjanjian ini dibuat untuk hentikan pertumpahan darah atas sebab 2 peristiwa utama:

  • Perebutan takhta antara kerabat di-Raja Perak, sebaik saja Sultan Jaafar mangkat, dan
  • Peperangan antara puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan lombong biji timah di Jajahan Larut Taiping.

Semasa era jajahan British dulu, Jajahan Dindings merangkumi 3 kawasan utama – Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, dan juga Pulau Pangkor.

Tapi pada tahun 1937, Sultan Alang Iskandar telah merayu kat kerajaan British selama 10 tahun, supaya jajahan ini dipulangkan kembali kat kerajaan Perak. Akhirnya, jajahan ini dikembalikan pada tahun yang sama.

Dan selepas jajahan ini diserahkan balik kepada kerajaan Perak, mereka menyatukan jajahan ini dengan Bruas dan kawasan persisiran pantai yang lain di bahagian Selatan.

Pendek cerita, pada tahun 1973, Daerah Dindings diberikan nama baru sebagai Daerah Manjung, dan nama ini kekal sehingga ke hari ni.

Kawasan ini, semakin pesat membangun?

Pusat Pentadbiran Daerah Majung sekarang, terletak di Bandar Baru Seri Manjung.

Ini adalah kawasan pentadbiran baru yang dibangunkan kerajaan Negeri Perak melalui PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) pada awal 80-an.

Daerah ini jugak berjiran dengan beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti:

  • Bandar Sitiawan,
  • Bandar Lumut,
  • Bandar Pantai Remis,
  • Pekan Ayer Tawar,
  • Pekan Lekir,
  • Pekan Pangkor, dan
  • Pekan Beruas.

Daerah ini (Manjung) jugak dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak, sejajar dengan kepentingan daerah ini dalam menyumbang ke arah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah ini.

Pada November 2001, Majlis Daerah Majung telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Manjung. Ini selaras dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat di kawasan ini.

Sekarang ni, Daerah Manjung terbahagi kepada 5 mukim utama:

  • Mukim Beruas,
  • Mukim Lekir,
  • Mukim Lumut,
  • Mukim Pengkalan Baharu,
  • Mukim Sitiawan.
P/S: Ada satu projek dekat Manjung Tok nak kongsikan kat korang. Klik sini sekarang kalau nak tahu lebih lanjut.

9 kawasan tumpuan pelancong (selain Teluk Batik dan Pulau Pangkor)

Sumber gambar Percutian Bajet 1

Sumber gambar – Percutian Bajet

Boleh kata, banyak kawasan tumpuan perlancongan yang ada dalam kawasan Manjung ni. Antara yang terkenal seperti:

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, taman rekreasi),
  • Taman Esplanade, Lumut (tempat rekreasi),
  • Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, lokasi memancing),
  • Teluk Senangin (pantai),
  • Pasir Bogak (pantai),
  • Teluk Nipah (pantai),
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort),
  • Pangkor Village (pantai),
  • Kota Belanda Pangkor (tempat bersejarah),
  • Lata Ulu Licin Beruas (air terjun),
  • Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh) (jeti dan perlancongan), dan banyak lagi.

Dah kawasan tumpuan perlancongan, dah tentu ada macam-macam kemudahan yang tersedia kat sini.

Sumber gambar Foto Manjung Blogger

Sumber gambar – Foto Manjung – Blogger

Dan kalau korang mencari pasaraya, cukup senang. Antara pilihan yang ada kat sini seperti:

  • Pasaraya RAPID (Cawangan Seri Manjung),
  • Pasaraya Billion (Cawangan Jalan Lumut),
  • Pasaraya Billion (Cawangan Pantai Remis),
  • Pasaraya Besar TESCO,
  • AEON Seri Manjung,
  • The Store,
  • Econsave,
  • Pasaraya Kamdar,
  • Mydin Hypermarket Seri Manjung (dalam perancangan),
  • TF Value Mart Seri Manjung.

Nak ke pusat kesihatan dan hospital, pun dah tersedia kat sini. Korang boleh pergi ke antara 3 pilihan ini:

  • Hospital Seri Manjung,
  • Pantai Hospital Manjung,
  • KPJ Sri Manjung Specialist Centre.
Sumber gambar www.oum .edu .my

Sumber gambar – oum.edu.my

Dekat sini jugak, dah ada macam-macam pusat pengajian tinggi. Antaranya seperti:

  • Kolej Komuniti Manjung,
  • Kolej Vokasional Seri Manjung,
  • Open University Malaysia (Seri Manjung),
  • Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung,
  • Teluk Intan Community College Manjung,
  • Mont Royale College – TVET (Seri Manjung), dan
  • Kolej Perikanan Malaysia (Lumut).

Macam biasa. Yang paling menarik, Tok simpan untuk yang terakhir. Teruskan bacaan.

Peluang anda nikmati kemudahan lebuh raya yang power!

Sumber gambar thestar.com .my

Sumber gambar – thestar.com.my

Ingat tak tadi, Tok ada cakap yang korang hanya perlukan kurang 2 jam untuk sampai ke Manjung dari Kuala Lumpur?

Ini sebab, akan ada kemudahan baru yang akan disediakan untuk memudahkan perjalanan korang ke sini. Lebuh raya ini dikenali sebagai Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (Westcoast Expressway E32).

Dengan kemudahan ini, korang boleh sampai untuk ke Selatan dan juga ke Utara dengan cepat. Kalau dari Kuala Lumpur, korang boleh sampai dalam masa 1 jam 30 minit.

Kalau dari Taiping pulak, korang boleh sampai dalam masa hanya 30 minit. Lebuh raya ini dijangka siap pada awal tahun 2019. Sekarang, lebuh raya ni dah siap 50%.

Nak maklumat lagi best (macam iklan kereta Myvi pulak dah)?

Lebuh raya ini jugak bersambung dengan jaringan lebuh raya utama lain, seperti:

  • North-South Expressway (PLUS),
  • KL Kuala Selangor Expressway (LATAR),
  • New North Klang Straits Bypass (SHAHPADU),
  • Shah Alam Expressway (KESAS),
  • South Klang Valley Expressway, dan
  • North Klang Valley Expressway.

Projek pembinaan lebuh raya ini menelan kos sebanyak RM5.04 biliion, dengan RM980 juta sebagai kos pengambilan tanah. Projek ini dikendalikan syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

Pada pendapat personal Tok, ini adalah projek lebuhraya alternatif untuk pengguna bagi mengelakkan kesesakan terutama sekali dalam musim perayaan.

Pada masa yang sama jugak, lebuh raya ini juga akan bantu memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan persisiran pantai Barat.

Kalau dulu, korang perlukan 3 jam atau lebih untuk sampai ke Manjung. Selepas 2019 nanti, perkara ini akan jadi sejarah semata-mata buat korang semua.

Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang projek ini?

Dengan jaringan lebuh raya yang mantap, semua orang akan dapat menikmati kemudahan dan jimatkan masa pada masa yang sama.

Bermakna, korang dah takde masalah untuk beli rumah dalam kawasan Manjung ni.

Dan sekarang ni, ada satu projek ‘baik punya’ yang Tok nak kongsikan kat korang semua. Kalau korang berminat nak tahu, klik link kat bawah ni laju-laju:

Saya Berminat Nak Tahu Tentang Projek Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *