Siapa yang takde simpan impian untuk membeli rumah sendiri, kan?
Sebelum kita layak beli rumah sendiri, banyak benda yang kita kena kaji dan buat kira-kira.
Bayangkan pula kalau korang dah beli rumah, tapi kewangan masih lagi ke laut.
Kalau korang buat ni, bermakna korang macam tak kisah menempah malapetaka dalam hidup korang.
Jom baca dan belajar daripada perkongsian Tuan Muhd Farid ni, dan jadikan ia pedoman dalam diri.
Hari ini, duit gaji saya dah masuk. Ingat bulan ini nak simpan sikit untuk buat modal beli rumah nanti.
Jadi, saya kena keluarkan dulu duit untuk bayar hutang dekat bank.
Saya nak buat kira-kira kejap, berapa banyak nak keluarkan duit kat ATM ini?
Gaji bersih saya RM 2,800. Ini pula hutang-hutang yang wajib saya bayar setiap bulan:
1) Hutang kereta: RM800,
2) Hutang pembiayaan peribadi: RM300,
3) Hutang PTPTN: RM200.
Jadi, kena keluar RM1,300 untuk bayar di bank. Alamak baru teringat, pemilik rumah dah minta awal sewa rumah, kena keluarkan lebih ini.
Maka, perlu keluarkan lagi RM500 untuk sewa rumah. Jumlah keseluruhan kena keluar ialah RM1,800.
Semasa perjalanan balik kerja, ada pasar malam lah. Tak apalah spend sikit beli makanan luar hari ini, bukan selalu. Pakai dululah duit yang baru dikeluarkan tadi.
Fuh! Tak sangka pula dah spend RM30 di pasar malam.
Sampai di rumah, isteri beritahu tentang kehabisan barang dapur:
“Bang, barang dapur dah habis. Abang baru dapat gaji kan, malam ini kita pergi beli barang sikit kat Tesco ya. Susu dengan pampers anak pun kena beli jugak.”
“OK sayang, lepas maghrib kita gerak,” jawab saya.
Di kaunter Tesco, perbelanjaan beli barang dapur cecah 3 angka:
“Bang total semua RM450″
“Pakai dululah duit yang abang cucuk tadi ni, nanti abang cucuk balik kalau tak cukup nak bayar pada bank,” balas saya.
Dalam perjalanan balik, isteri teringin sesuatu pula:
“Bang rasa teringin pula nak makan pizza, boleh ya bang, bukan tiap hari saya minta,” katanya dengan nada mendayu-dayu.
“Makanan yang kat pasar malam tadi kan ada lagi?” soal saya.
“Bukan selalu saya minta abang, takkan tu pun nak berkira,” isteri seakan merajuk.
“Hmm yalah, nah ambil RM 50 ini, awak belilah apa yang awak mengidam tu,” ujar saya kembali.
Tit tit tit tit. Skrin lampu bercahaya. Terima mesej pesanan ringkas:
“En. Farid, duit insurans RM 300/bln dah boleh bayar, bayar sebulan dulu pun tak apa. Dah 2 bulan pending payment ni.”
Alamak, baru teringat yang duit insurans saya tak bayar lagi. Nak terminate nanti saya tak ada perlindungan pula kalau jadi apa-apa nanti.
Tak apalah kejap lagi saya transfer online pada ejen Takaful ini.
Sampai di rumah, saya duduk dan kira semula perbelanjaan hari ini. Saya takut terlebih pakai duit.
1) Hutang kereta: RM800,
2) Hutang pembiayaan peribadi: RM300,
3) Hutang PTPTN: RM200,
4) Sewa rumah: RM500,
5) Pasar malam: RM30,
6) Belanja barang dapur, susu dan pampers anak: RM450,
7) Isteri nak makan pizza: RM50,
8) Insurans: RM300.
Jumlah hari ini dah pakai ialah RM 2,630.
Alamak! Ada baki lagi dari gaji RM170. Ni saja yang ada untuk isi minyak pergi kerja selama sebulan.
Nampak gayanya tak dapat saya nak simpan duit bulan ini. Takpelah. Saya cuba simpan bulan depan pula.
Kesalahan yang dilakukan:
Sepatutnya:
Maka, jangan jadi macam ‘saya’.
—
Apa yang patut kita buat, wajib kita buat dulu. Tak usah tunggu-tunggu.
Kalau korang belanja dulu baru simpan, memang lama lagi la impian nak beli rumah tu tercapai.
Yang penting dalam pengurusan kewangan adalah disiplin dan juga “paksaan.” Latih diri korang supaya ada 2 kualiti ni dalam hidup. Semoga berjaya, Tok doakan.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.