PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Cyberjaya – Apa yang ada dekat kawasan ini?

Sebagai kawasan yang sedang pesat membangun, ramai rakyat Malaysia mula berikan perhatian dekat Cyberjaya. 

Tak kurang juga, ada yang akan muntahkan dialog yang berbunyi seperti ini: 

“Cyberjaya? Kenapa pilih untuk duduk dekat tempat jin bertendang ni?”

Mungkin ada yang terlepas pandang. Tempat yang dikatakan ‘jin bertendang’ ini, menjadi tapak ibu pejabat syarikat berstatus multi-national company (MNC) seperti Dell, HP, dan lain-lain. 

Korang serius nak tahu lebih lagi tentang kawasan Cyberjaya? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini. 

Cyberjaya sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia?

MPS

Cyberjaya adalah sebahagian daripada projek Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. 

Dulu, ini adalah kawasan ladang kelapa sawit seluas 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. 

Cyberjaya berada kira-kira 40 KM di selatan Kuala Lumpur, terletak bersebelahan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran persekutuan. 

Kenapa Cyberjaya mendapat nama julukan sebagai ‘Silicon Valley’? 

“Sebab konsep pembangunan diilhamkan daripada projek pemodenan teknologi komunikasi dan media di Silicon Valley, Amerika Syarikat.”

Pada hari ini, Cyberjaya juga menjadi pusat pentadbiran Kerajaan seperti: 

  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
  • Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),  
  • Kementerian Pendidikan Malaysia, dan 
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran. 

Lebih 102,000 penduduk (dan semakin meningkat)

Sumber gambar limkokwing.net

Sumber gambar – limkokwing.net

Buat masa sekarang, populasi penduduk di Cyberjaya mencatatkan jumlah sebanyak 102,000 orang, dan dijangka akan meningkat pada masa depan. 

Kebanyakan penduduk di sini bekerja di sekitar kawasan Cyberjaya sendiri, Putrajaya, Puchong, Bangi, Sepang, dan kawasan berhampiran yang lain. 

Jumlah ini tak campur lagi dengan pelajar kolej dan juga universiti di kawasan ini. 

Statistik pada tahun 2016 mencatatkan anggaran sebanyak 25,000 populasi pelajar di Cyberjaya sekarang, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. 

Antara kolej dan universiti yang ada di Cyberjaya seperti Multimedia University (MMU), Limkokwing University, Cyberjaya University College of Medical Sciences, dan banyak lagi. 

Sambungan lebuh raya yang power. Senang anda nak ke mana-mana

Sumber gambar klia2

Sumber gambar – klia2

Pasti ramai yang pening kepala bila fikir nak travel daripada Cyberjaya. Ye la, tempat jauh. 

Tapi, korang tak perlu risau. Untuk yang bekerja di Kuala Lumpur sekalipun, mudah untuk korang sampai ke sana tanpa perlukan banyak masa. 

Perjalanan untuk je Pusat Bandar hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit saja, kalau korang ikut lebuh raya Maju Expressway (MEX). Senang, kan? 

Korang juga ada akses mudah ke lebuh raya berikut: 

  • Lebuh raya SKVE (South Klang Valley Expressway), 
  • Lebuh raya Damansara – Puchong (LDP), 
  • North-South Expressway (PLUS), dan 
  • Expressway Lingkaran Tengah (ELITE). 

Kalau korang kerja atau ada urusan dekat Putrajaya, pun mudah nak sampai dari Cyberjaya. Korang hanya perlukan masa 5 hingga ke 10 minit saja untuk ke sini. 

Lagi best, korang boleh gunakan perkhidmatan MRT bila kemudahan ini siap dibina pada tahun 2022 nanti. 

Buat yang bekerja di KLIA juga, korang boleh sampai ke sana dalam masa 25 minit saja. Senang, kan? 

Kemudahan infrastruktur yang pelbagai

Sumber gambar ssfhome.com

Sumber gambar -ssfhome.com

Semua orang tahu, Cyberjaya dibina daripada ‘kosong’ (from ground up). Jadi, kebanyakan infrastruktur dekat sana dibina secara terancang. 

Kawasan ini lengkap dengan kemudahan jaringan fiber (fibre optics), yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi. 

Kemudahan ini disediakan oleh Setia Haruman Technology. Sekarang ni, Cyberjaya dilengkapi dengan Internet berkelajuan sehingga 1GB. Serius laju gila! 

Banyak syarikat multinasional seperti Dell, HP, DHL, Huawei, IBM, dan sebagainya memilih Cyberjaya sebagai pusat pentadbiran atas sebab ini. 

Selain itu, Cyberjaya juga terkenal sebagai pusat pendidikan tinggi dan menjadi komponen awal kejayaan bandaraya ini. Dibuka pada 8 Julai 1999, Multimedia University (MMU) adalah pusat pendidikan yang terawal dibina dekat Cyberjaya. 

Antara pusat pendidikan tinggi lain yang tersedia dekat sini seperti: 

  • Limkokwing University of Creative Technology, 
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences, 
  • Kirkby International College, dan
  • Universiti Islam Malaysia. 

Untuk korang yang suka shopping, terdapat pelbagai pusat membeli-belah yang juga tersedia dekat sini. Antaranya: 

  • DPULZE Shopping Centre, 
  • Gem In Mall Cyberjaya, 
  • Centrus Mall, 
  • Tamarind Square, 
  • The Street Mall 2 Cyberjaya, 
  • Third Avenue Cyberjaya, 
  • Shaftsbury Square, dan
  • Skypark. 

Cyberjaya – Bakal ada banyak booster hartanah?

Sumber gambar mymrt.com .my

Sumber gambar – mymrt.com.my

Ini perkara penting yang korang wajib kaji sebelum buat sebarang keputusan membeli. Setakat ni, ada banyak booster hartanah yang tersedia dekat sini. 

Antara yang Tok cakap tadi seperti pembinaan stesen MRT yang dijangka siap pada 2022 nanti. Selain tu juga, Hospital Cyberjaya juga (yang dijangka siap pada tahu 2020) sedang dibina dan sudah hampir siap. 

Tak cukup dengan itu, NSK Hypermart juga bakal dibuka dengan cadangan asal pada penhujung tahun 2020 nanti. 

Apa yang Tok sebutkan tadi, adalah antara projek yang sedang dalam perancangan. Pendek kata, dan confirm jadi. 

Tapi, ada je lagi projek yang dalam perancangan seperti: 

  • Mydin Mall, 
  • HSC Medical Centre, 
  • VADS Klang Valley Core Data Centre, 
  • CBJ4Annex oleh NTT MSC Malaysia (expansion plan), dan banyak lagi. 

Jadi, okay ke kalau saya beli rumah di Cyberjaya? 

Buat korang yang nak beli rumah di Cyberjaya, ada beberapa perkara penting yang korang kena pertimbangkan terlebih dulu: 

  1. Adakah tempat kerja korang jauh daripada sini? Korang perlu kira kos perjalanan (travel cost) seperti duit minyak, tol, dan sebagainya. Kalau masih dalam bajet korang, tak ada masalah. 
  2. Kalau korang nak jadikan rumah tu sebagai pelaburan, wajib buat analisa dulu tentang pasaran sewa di Cyberjaya tu. Dah buat ni, baru korang boleh buat keputusan muktamad. 

Apa pun, tak kisah kawasan mana yang korang berminat nak beli, pastikan korang beli rumah pada harga yang betul (tak lebih bayar daripada harga yang sepatutnya). 

Semoga perkongsian Tok hari ini dapat membantu korang buat keputusan yang bijak. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *