AKPK tawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (BBBP) kepada yang terkesan
Tok Penghulu
July 7th, 2021
No Comments
Bagi yang terkesan dari segi kewangan, anda boleh cuba dapatkan bantuan daripada AKPK. Tok dapat maklumat yang pihak AKPK menawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman AKPK di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan ni tak terhad kepada golongan B40 je. Ianya untuk semua yang terjejas.
Maklumat ni Tok dapat dari website AKPK. Jom baca artikel ini sampai habis.
–
Pelanggan boleh memilih Bantuan Bayaran Balik Pinjaman di bawah PEMULIH seperti di bawah:
Panduan (bagi pelanggan PPK)
Bantuan bayaran balik pinjaman/pembiayaan ini tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda.
Soalan lazim
Q1: Adakah AKPK memberikan moratorium bayaran balik enam (6) bulan seperti yang diberikan oleh institusi kewangan (IK) susulan pengumuman PEMULIH pada 28 Jun 2021?
Ya, susulan pengumuman PEMULIH, AKPK juga memberikan moratorium bayaran balik enam (6) bulan kepada pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK).
Q2 : Siapakah yang layak untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan ini?
Semua individu (B40, M40 dan T20) serta semua perusahaan mikro dan perusahaan kecil & sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik.
Q3 : Adakah pelanggan perlu mengemukakan pilihan untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan kepada AKPK atau adakah ia diberikan secara automatik.
Pelanggan yang ingin memilih moratorium bayaran balik enam (6) bulan diminta untuk mengemukakan pilihan mereka. Ia akan diberikan secara automatik kepada mereka yang berbuat demikian.
Q4 : Bilakah tarikh kuat kuasa untuk mula mengemukakan pilihan tersebut?
Tarikh kuat kuasa untuk mula mengemukakan pilihan adalah pada 7 Julai 2021.
Q5 : Saya telah diberikan bantuan bayaran balik di bawah PEMERKASA Plus yang diumumkan pada 31 Mei 2021. Adakah saya layak untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan di bawah PEMULIH?
Ya, sama ada anda diberikan moratorium bayaran balik tiga (3) bulan atau pengurangan 50% dalam bayaran ansuran selama enam (6) bulan di bawah PEMERKASA Plus, anda masih layak mendapat moratorium enam (6) bulan di bawah PEMULIH.
Pelanggan yang diberikan moratorium bayaran balik tiga (3) bulan di bawah PEMERKASA Plus boleh memilih moratorium bayaran balik di bawah PEMULIH setelah tamat moratorium terdahulu.
Pelanggan yang diberikan pengurangan 50% dalam bayaran ansuran selama enam (6) bulan di bawah PEMERKASA Plus boleh terus memilih untuk mendapatkan moratorium bayaran balik di bawah PEMULIH.
Q6 : Apakah proses untuk membuat pilihan moratorium?
b) Klik pada FAQ dan kemudian pada Online Query Form di bahagian bawah halaman
c) Isikan borang dan pilih bantuan bayaran balik yang dikehendaki d) Klik pada Submit, dan e-mel pengesahan akan menyusul
Bagi mereka yang berminat dengan perkhidmatan AKPK, mereka dapat mengakses perkhidmatan penuh AKPK, termasuk bantuan bayaran balik pinjaman, secara dalam talian di https://services.akpk.org.my
Untuk perusahaan mikro dan PKS, selain menghubungi IK masing-masing, mereka juga boleh menghubungi Meja Bantuan AKPK PKS di https://akpk.org.my/my/mejabantuanpks untuk memilih bantuan.
Bagi orang ramai, mereka boleh menghubungi IK masing-masing untuk memilih bantuan.
Q7 : Apakah kemudahan (pinjaman/pembiayaan) yang layak untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan?
Semua kemudahan di bawah PPK (termasuk kad kredit) dengan ansuran yang dibayar kepada AKPK layak untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan.
Namun, seperti yang disebutkan di atas, untuk kemudahan di bawah PPK yang ansurannya dibayar terus kepada IK (individu, perusahaan mikro dan PKS), pemberian moratorium diurus oleh IK. Oleh itu, pilihan untuk moratorium sewajarnya dikemukakan kepada IK masing-masing.
Q8 :Adakah kemudahan yang distruktur semula di bawah PPK dengan bayaran balik melalui potongan gaji secara automatik layak untuk moratorium bayaran balik enam (6) bulan?
Ya, tetapi seperti pelanggan PPK yang membayar ansurannya terus kepada IK, pilihan untuk moratorium harus dikemukakan kepada IK masing-masing.
Q9 : Adakah moratorium bayaran balik enam (6) bulan oleh AKPK juga diberikan untuk kemudahan daripada selain IK seperti PTPTN, TEKUN dan Koperasi?
Ya, selagi mana kemudahan itu berada di bawah PPK dan ansurannya dibayar kepada AKPK.
Q10 : Adakah moratorium bayaran balik enam (6) bulan akan menyebabkan pelanggan PPK dikenakan faedah tambahan dalam jumlah bayaran balik pinjaman/pembiayaan?
Untuk pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki hutang semasa tempoh moratorium.
Untuk pembiayaan Islam, keuntungan akan terus bertambah daripada jumlah pokok yang belum dijelaskan.
Ini bermakna hanya bayaran yang ditangguhkan dan pelanggan akan meneruskan bayaran setelah tamat penangguhan (moratorium) dengan tambahan enam (6) bulan ansuran bagi menggantikan bayaran ansuran yang ditangguhkan.
Q11 : Ansuran PPK saya kini tertunggak selama satu (1) bulan. Adakah saya layak untuk moratorium enam (6) bulan? Jika ya, berapa lamakah tempoh moratorium?
Ya, anda layak tetapi tempoh moratorium anda akan ditolak mengikut jumlah bulan yang tertunggak. Ini bermakna, anda hanya layak untuk moratorium lima (5) bulan sahaja. Oleh itu, jika moratorium anda bermula pada bulan Julai 2021, tarikh bayaran anda seterusnya adalah pada Disember 2021.
Begitu juga jika ansuran PPK anda kini tertunggak dua (2) bulan; anda hanya layak untuk penangguhan tiga (3) bulan, dan bayaran seterusnya adalah pada November 2021.
Q12 : Bolehkah saya mendapat moratorium bayaran balik melebihi enam (6) bulan?
Tidak, enam (6) bulan ialah tempoh maksimum yang dibenarkan bagi moratorium bayaran balik di bawah PEMULIH.
Q13 : Bolehkah saya memilih bantuan bayaran balik selain moratorium bayaran balik enam (6) bulan?
Ya, bantuan bayaran balik seperti pengurangan 50% dalam bayaran ansuran selama enam (6) bulan serta pakej bantuan lain yang disesuaikan dengan keadaan aliran tunai semasa anda turut tersedia
Q14 : Bolehkah saya memilih moratorium bayaran balik enam (6) bulan jika saya baru mendaftar dalam PPK?
Ya, selagi mana akaun PPK anda aktif semasa membuat pilihan.
Q15 : Akaun PPK saya ditamatkan pada 1 Jun 2021 dan saya telah berjanji untuk menyelesaikan semua tunggakan untuk mengaktifkan semula akaun tersebut. Adakah saya layak untuk mendapatkan moratorium bayaran balik enam (6) bulan setelah akaun PPK saya diaktifkan semula?
Ya, selagi mana akaun PPK anda aktif semasa membuat pilihan.
–
Tok harap maklumat ni membantu anda yang memerlukan. Jangan takut dan risau untuk minta bantuan jika anda menghadapi masalah kewangan. Boleh dapatkan khidmat nasihat AKPK dan juga bank.
P/s : Artikel ini bermanfaat? Tolong SHARE artikel ni supaya lagi ramai orang tahu. Terima kasih!
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.