PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Adakah Moratorium Bagi Manfaat Dekat Penyewa?

Siapa yang dapat manfaat moratorium?

Jawapan ringkasnya orang yang ada hutang. Yang ada hutang rumah, hutang kereta atau hutang peribadi boleh tarik nafas lega sebentar bila ada moratorium ni. Boleh manfaatkan moratorium untuk perbaiki aliran tunai dan bina tabung kecemasan.

Tapi berapa ramai je yang ada hutang rumah? Tok rasa lebih ramai yang menyewa berbanding yang beli rumah. Jadi mereka yang menyewa ini tidak mendapat manfaat secara lansung daripada moratorium. Semuanya bergantung kepada tuan rumah sama ada mahu berikan diskaun atau tidak.

Kalau tuan rumah tak nak bagi diskaun, bermakna tuan rumah ni kejam ke? Seronok la hutang tak bayar tapi sewa kutip macam biasa. Sabar dulu, ia bergantung pada situasi.

Ada tuan rumah yang menjadikan kutipan sewa ini sebagai side income, ada sebagai pendapatan tunggal. Kalau sewaan rumah ni satu-satunya sumber pendapat tuan rumah, mungkin agak sukar sikit dia nak bagi diskaun.

Biasanya golongan yang dah bersara la yang bergantung kepada pendapatan sewaan ni. Hutang rumah pun biasanya dah habis bayar.

Kalau tuan rumah yang jadikan pendapatan sewaan sebagai side income pula, mungkin anda bernasib baik kerana ada tuan rumah yang beri diskaun kepada penyewa mereka. Tok baca-baca di media sosial, macam-macam jenis ada. Ada yang kurangkan RM100, ada yang bagi diskaun 50%, yang bagi percuma untuk 6 bulan terus pun ada. Tapi yang taknak bagi diskaun lansung pun ramai juga.

Kalau ikut undang-undang, semuanya bergantung kepada tuan rumah nak beri diskaun atau tidak. Senang cerita semuanya ikut budi bicara tuan rumah. Solusinya adalah bincang elok-elok dengan tuan rumah. Kalau dia beri diskaun Alhamdulillah, kalau dia tak beri memang penyewa tak boleh buat apa-apa.

Bagi Tok, tuan rumah perlu ada sifat timbang rasa, perlu ada empati. Kita semua tengah hadapi krisis yang sama, kita bantulah sesama kita. Lagi pun waktu begini bukan senang nak dapat penyewa baru.

Contohnya tahun lepas Tok nampak Faizul Ridzuan ada buat satu kempen untuk tuan rumah sama-sama membantu penyewa menghadapi krisis hari ini.

Kempen tersebut adalah Skim-Sengsara-Bersama (SSB). Apa yang terkandung dalam skim tersebut?

  • Kalau penyewa kena potong gaji 50%, 50% diskaun sewa akan diberikan
  • Kalau dia kena buang kerja, penyewa dapat duduk percuma 2-3 bulan.
  • Kalau dia tak kena potong gaji, tuan rumah pun takkan potong sewa.

Secara tidak langsung, kempen ini membentuk win-win situation antara tuan rumah dan penyewa. Malah tuan rumah juga boleh membantu sama-sama meringankan beban penyewa. Penyewa bukannya tak mahu bayar, tapi mereka tak mampu bayar disebabkan kehilangan kerja atau dipotong gaji. Nanti keadaan dah kembali pulih semula, penyewa boleh la bayar semula sewa seperti biasa.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed