
Berapa banyak cashout rumah yang korang perlukan untuk cover semua kos bila beli rumah pertama?
Ni khas untuk rumah baru siap dari developer yang berharga RM400,000, korang perlukan sekurang-kurangnya RM35,000 hingga RM50,000 (sekitar 10% – 12% daripada harga SPA). Kenapa?
Jumlah ini cukup untuk cover kos renovasi asas (RM20,000), deposit utiliti & VP (RM3,000), yuran penilaian (RM1,500), serta simpanan ansuran bank selama 3 hingga 6 bulan (RM6,000 – RM10,000) sementara tunggu rumah siap reno atau dapat penyewa. Nak penjelasan lanjut, jom Tok terangkan di bawah.

Tok tahu, ramai anak muda ada impian nak beli rumah pertama. Tapi masalah paling besar satu je: Duit poket atau simpanan tak cukup. Nak bayar deposit lagi, nak renovate rumah lagi, nak bayar deposit api air lagi, pastu nak bayar ansuran bank sementara cari penyewa… Fuh, memang boleh pening kepala!
Akhirnya, impian terkubur sebab rasa beli rumah ni memang susah gila. Sebab tu Tok nak cerita satu perkara yang nampak macam scam (sebab korang tak biasa dengar perkara ni) tapi sebenarnya legal. Iaitu cari projek developer yang ada offer cashout rumah atau term yang lebih famous biasanya dipanggil cashback.
Soalan popular yang Tok selalu dapat: “Tok, berapa banyak sebenarnya cashout rumah yang kita perlu supaya 1 sen pun tak keluar dari duit poket sendiri?” Harini Tok nak bedah satu per satu kiraan kasar dan detail. Korang duduk santai, ambil pen dan kertas, kita kira sama-sama!
Sebelum kita kira angka, bagi yang belum faham, Tok terang ringkas. Dapat cashout rumah ni maksudnya korang dapat baki tunai lebihan daripada pinjaman perumahan bank selepas developer tolak harga belian sebenar.
Contoh mudah:
| Harga SPA (Surat Perjanjian Jual Beli) | RM400,000 |
| Rebat Developer (15%) | RM60,000 |
| Harga Bersih Rumah (SPA – Rebat) | RM340,000 |
| Pinjaman Bank (90% dari SPA) | RM360,000 |
Nampak tak? Bank luluskan pinjaman rumah RM360,000 (90% daripada RM400,000), tapi harga bersih rumah cuma RM340,000 (SPA tolak harga rebat developer). Jadi, macam mana dapat cashout rumah?
Pinjaman bank (RM360,000) – harga bersih rumah (RM340,000) = RM20,000! Duit lebihan tunai ni lah yang dinamakan cashout. Duit ni bank atau developer akan masuk terus ke akaun korang selepas urusan serah kunci atau Vacant Possession (VP) selesai. Jelas setakat ni?

Sekarang soalan utama: Berapa banyak korang betul-betul perlu? Korang tak boleh main teka je, nanti duit cashout habis buat beli iPhone atau rim sukan kereta, tiba-tiba nak bayar deposit api air pun gigit jari! Ini 5 kos utama yang wajib korang masukkan dalam kiraan:
Kebanyakan projek developer memang offer Free Legal Fee untuk SPA dan perjanjian pinjaman. Tapi ambil tahu juga:
Bila developer panggil ambil kunci (VP), korang kena standby duit untuk selesaikan bil dan deposit pengurusan. Jangan ingat ambil kunci tu percuma ya!
Rumah baru siap dari developer selalunya kosong atau basic saja. Cuma ada syiling, dinding cat putih, dan soket elektrik. Kalau korang nak masuk duduk atau nak sewakan pada orang, korang wajib pasang barang asas ni:
Jumlah kasar untuk reno asas ni lebih kurang RM20,000 hingga RM30,000. Kalau pandai hias sendiri, lagi bagus. Banyak yang boleh jimat walaupun ambik sedikit masa.
Ini kesilapan paling ramai anak muda buat! Bila kunci dah dapat, bank akan MULA minta bayaran ansuran bulanan penuh (full installment). Sama ada korang nak duduk sendiri atau nak sewakan, korang perlukan masa:
Kalau ansuran rumah RM1,800 sebulan, korang kena standby sekurang-kurangnya 3 bulan ansuran (RM5,400) atau 6 bulan (RM10,800) guna duit cashout rumah tersebut. Ini dinamakan buffer fund supaya korang tak terdesak bayar guna gaji hakiki kalau rumah belum ada penyewa!
Beli rumah ni mesti ada benda luar jangka. Contohnya paip bocor sikit lepas tukar sinki, nak beli tilam lebih, atau nak beli peti ais/mesin basuh second hand kalau nak sewakan rumah secara fully furnished.
Untuk mudahkan korang faham, paling minimum kos yang diperlukan adalah sekitar RM50K secara total. Ada lebihan itu bonus. Banyak kan? Mana nak cekau cashout rumah banyak tu?

Haa, kat sinilah munculnya syarikat pelaburan hartanah terkenal tempatan iaitu FAR Capital Malaysia yang diasaskan oleh penganalisis hartanah popular, Faizul Ridzuan.
FAR Capital ni ibarat “kelab pembeli borong hartanah”. Depa kumpul puluhan ribu anak muda, profesional, dan pelabur dalam satu platform. Bila depa pergi perundingan (negotiation) dengan developer ternama, depa bawa kuasa belian beratus-ratus juta ringgit!
Inilah bahagian paling syok. Walaupun FAR Capital runding beli 100 unit serentak dari developer, korang TIDAK PERLU beli 100 unit tu! Korang cuma perlu beli SATU unit sahaja mengikut kelayakan atau DSR kewangan korang.
Tapi disebabkan korang tumpang bawah payung bulk purchase FAR Capital, korang tetap layak terima:
Ya, untuk sertai program atau portal FAR Capital ni, korang kena bayar yuran komitmen sebagai client. Sesetengah anak muda terus rasa takut bila dengar kena bayar yuran. Tapi cuba korang fikir secara rasional menggunakan math mudah ni:
| Perkara | Beli Sendiri (Biasa) | Join Bulk Purchase FAR Capital |
| Yuran Keahlian / Client | RM0 | Bayar Yuran Client |
| Diskaun / Rebat Developer | 10% (Standard) | 20% – 30% (Harga Borong) |
| Hasil Cashout Rumah | RM0 – RM5,000 | RM50,000 – RM100,000+ |
| Kos Reno & Utiliti | Guna Simpanan Sendiri (RM25,000) | Covered Guna Cashout! |
| Bimbingan Coach | Tiada (Kena Fikir Sorang-Sorang) | Ada Coach A to Z |
Bila korang guna duit cashout rumah RM40,000 tu, korang setelkan kos reno RM20,000, simpanan backup ansuran RM10,000, dan kos yuran tadi pun dah tertutup rapat! Duit simpanan gaji korang tetap selamat dalam bank. Nampak tak bezanya?
Bagi Tok, perkara paling berharga bila join FAR Capital bukan setakat bab cashout rumah sahaja. Perkara paling mahal adalah bimbingan jurulatih (coach) secara menyeluruh dari A sampai Z. Kebanyakan anak muda takut nak beli rumah sebab tak tau selok-belok kewangan.
Takut tersilap beli rumah gajah putih, takut loan kena reject dengan bank, atau takut tak reti nak urus penyewa. Bila korang jadi client, korang akan diiringi oleh coach berpengalaman:
Sebelum korang tengok mana-mana rumah, coach akan semak penyataan gaji, CTOS, CCRIS, dan Debt Service Ratio (DSR) korang. Korang boleh baca artikel Tok tentang Panduan DSR dan Kelayakan Loan Rumah untuk faham cara bank menilai gaji korang.
Coach akan susun strategi kewangan supaya profil korang nampak “cantik” di mata pegawai pembiayaan bank.
Team penganalisis FAR Capital dah buat kajian mendalam terlebih dahulu. Depa dah tapis lokasi, kadar sewa semasa, pembangunan infrastruktur seperti LRT/MRT, dan reputasi developer. Korang tak perlu pening kepala kaji data hartanah dari kosong.
Korang tak perlu lari sana sini cari cawangan bank atau pejabat peguam. Team FAR Capital akan bantu uruskan permohonan pembiayaan pinjaman korang dengan panel bank terkemuka. Sebarang maklumat kewangan korang dilindungi mengikut garis panduan yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia.
Bila rumah dah siap (Vacant Possession), korang dapat duit cashout rumah, coach dan ekosistem rakan kongsi FAR Capital akan bantu korang buat hiasan dalaman (furnishing) asas dan cari penyewa yang berkualiti. Lengkap dari A sampai Z!
Ya, legal selagi ia dibuat melalui struktur rebat rasmi yang tercatat dalam perjanjian atau pakej promosi rasmi developer yang diluluskan oleh pihak bank penyedia pinjaman.
Selalunya duit lebihan ini akan dibayar oleh developer atau dilepaskan oleh bank selepas semua proses serah kunci (VP), pendaftaran pindah milik, dan pelepasan baki akhir pinjaman selesai. Ia boleh mengambil masa 1 hingga 3 bulan selepas tarikh VP.
Boleh! Kalau korang ada hutang kad kredit atau personal loan yang ada faedah tinggi (12% – 18% setahun), korang boleh guna baki duit cashback ni untuk setelkan hutang tersebut. Faedah pinjaman rumah (sekitar 3.8% – 4.5%) jauh lebih rendah berbanding faedah kad kredit.
Kunci utama bila nak guna strategi cashout rumah ni adalah disiplin. Bila duit tu dah masuk dalam akaun bank korang, terus asingkan siap-siap ikut tabung kos yang Tok dah senaraikan tadi. Jangan sewenang-wenangnya belanja untuk benda bukan keperluan!

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.