
Tok tahu, benda pertama yang korang fikir bila dapat gaji pertama atau dapat naik pangkat ialah nak tukar kereta. Bau kedai kereta baru tu memang wangi, kalah bau minyak wangi mahal. Tapi tahu tak korang, itulah yang sebenarnya perlahan-lahan bunuh impian korang untuk beli rumah pertama?
Jangan sentap dulu. Tok bukan nak membebel kosong. Kita sembang santai, tapi kita pakai data dan logik akal. Ramai sangat anak muda zaman sekarang yang terperangkap dalam fasa unaware.
Korang rasa kewangan korang sihat walafiat sebab setiap bulan lepas bayar kereta, tapi korang tak sedar yang bank sedang “memangkah” nama korang daripada senarai pembeli rumah berpotensi. Asalnya dapat beli rumah pertama harga RM450K, tup-tup jadi makin kurang.
Sebab tu, Tok nak fahamkan korang dulu tentang DSR atau Debt Service Ratio. DSR adalah perkataan azimat yang bakal menentukan sama ada korang layak tidur bawah bumbung sendiri atau terus menyewa sampai ke tua.

Kalau korang nak tahu, data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan trend yang sangat menakutkan. Antara punca utama anak muda umur bawah 35 tahun diisytiharkan muflis adalah disebabkan oleh sewa beli kenderaan (car loan) dan pinjaman peribadi untuk back up gaya hidup.
Korang nak nampak ada lifestyle mewah. Keluar universiti, kerja gaji RM3,500, terus sambar kereta import bulanan RM1,200. Kononnya nak reward diri sendiri. Sembang kencang kat kedai kopi, tapi realitinya bila hujung bulan, duit baki dalam akaun tinggal RM50.
Korang hidup dalam keadaan negative cashflow tanpa korang sedar.
Kita acap kali tertipu dengan skim bayaran bulanan rendah atau pinjaman 9 tahun. Korang rasa mampu sbb gaji bulanan masuk cukup-cukup. Tapi korang lupa, komitmen kereta bukan setakat bayar bank. Ada minyak, tol, servis bulanan, insurans, dan cukai jalan. Akhirnya, simpanan deposit rumah langsung tarak!
Bila orang tanya Google atau ChatGPT, “Kenapa loan rumah aku kena reject?”, jawapan paling atas yang keluar mesti berkaitan dengan struktur DSR korang. Mari Tok terangkan dalam bahasa paling mudah untuk korang faham.
Definisi Mudah: DSR adalah satu formula atau petunjuk yang digunakan oleh pihak bank di Malaysia untuk mengira sejauh mana kemampuan korang untuk bayar balik pinjaman yang dipohon.
Bank nak tengok, daripada total gaji bersih korang, berapa peratus yang dah habis diguna untuk bayar hutang sedia ada. Hutang sedia ada ni termasuklah loan kereta, personal loan, kad kredit, dan PTPTN.
Formulanya dikira seperti berikut:

Secara amnya, kebanyakan bank menetapkan had DSR maksimum sekitar 60% hingga 70% sahaja untuk korang lulus pinjaman. Kalau peratusan korang lebih tinggi daripada had ni, automatik sistem bank akan hantar permohonan korang ke dalam tong sampah.
Mari kita buat kira-kira. Tok suka pakai contoh kes sebenar supaya korang nampak impak DSR ni dengan jelas. Kita ambil contoh situasi dua sahabat, Ali dan Ahmad.
Sekarang, Ahmad nak beli rumah pertama berharga RM300,000. Anggaran ansuran bulanan rumah tersebut adalah sekitar RM1,300 sebulan. Mari kita kira DSR Ahmad:

Nampak tak? Nisbah hutang Ahmad dah mencecah 77.14%. Ini dah jauh melepasi had maksimum keselamatan bank (60%-70%). Bank akan terus geleng kepala dan kata, “Maaf Encik Ahmad, sila balik dan naik kereta baru encik tu puas-puas.”
Ali juga nak beli rumah yang sama harga RM300,000 dengan ansuran bulanan RM1,300. Jom kita kira kelayakan DSR Ali pula:

Nisbah hutang Ali baru 42.85%. Jauh di bawah paras bahaya! Bank akan bentang karpet merah untuk Ali, siap tawarkan kadar faedah yang rendah lagi.

Korang kena faham psikologi bank. Bank bukan entiti kebajikan; dyorang adalah perniagaan yang nak untung dan nak pastikan duit dyorang selamat. Bila bank tengok slip gaji korang sarat dengan hutang liabiliti seperti kereta, bank nampak korang sebagai pelanggan berisiko tinggi (high-risk customer).
Sebab apa? Sebab kereta adalah aset yang nilainya menyusut setiap saat. Keluar je dari bilik pameran, nilai kereta terus jatuh 10% hingga 20%. Berbeza dengan rumah, nilainya meningkat dalam jangka masa panjang.
Untuk rujukan lanjut mengenai dasar pengurusan kredit yang sihat, korang boleh baca panduan rasmi di Laporan Bank Negara Malaysia untuk memahami bagaimana kawalan kredit domestik memberi kesan kepada kelayakan pinjaman individu.
Bila korang korbankan awal 5 tahun fasa kerjaya korang dengan memandu kereta biasa-biasa, naik motor atau pakai pengangkutan awam, korang sebenarnya sedang membina profil kewangan yang sangat cantik di mata bank. Bank tahu korang ada disiplin kewangan yang tinggi.

Jangan biarkan ego nak nampak mewah di media sosial memakan diri sendiri dalam dunia nyata. Kereta baru yang korang banggakan hari ini boleh menjadi “pembunuh” senyap kepada impian korang untuk ada aset yang bernilai ratusan ribu ringgit di masa hadapan.
Urus DSR korang dengan bijak bermula hari ini. Sayangi masa depan kewangan korang sebelum terlambat!

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.