
Tok tahu ada ramai anak muda yang menyimpan hasrat nak beli rumah. Ada yang nak duduk sendiri buat sarang bahagia, ada yang nak buat pelaburan bagi sewa dekat orang. Baguslah, muda-muda dah fikir pasal aset.
Dalam artikel proses beli rumah sebelum ni, Tok ada terangkan langkah asas beli rumah di Malaysia dengan terperinci. Kalau korang belum baca, pergi baca sekarang sebab itu ilmu asas yang wajib ada dalam pengurusan kewangan hartanah korang.
Tapi masalahnya sekarang, bila nak buat loan, ramai yang ingat kalau gaji besar, automatik bank bagi pinjaman. Sediakan dokumen slip gaji, KWSP, semua dah lengkap. Sekali bila dah serah dekat bank, permohonan kena ‘reject’ mentah-mentah. Rupa-rupanya, CCRIS kita “koyak”!
Sumber artikel asal ni Tok petik dari LoanStreet dan Tok olah semula supaya senang korang nak hadam sambil minum kopi.

Bagi korang yang masih baru, CCRIS ni singkatan kepada Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Ia adalah sistem yang Bank Negara wujudkan untuk kumpul semua maklumat kredit (hutang) kita ke dalam satu laporan standard.
Kenapa penting? Sebab laporan ni adalah “diari” hutang korang. Pihak bank memang akan belek laporan ni dulu bila korang mohon apa-apa pinjaman. Ini adalah sebahagian daripada proses semakan risiko sebelum mereka luluskan permohonan korang.
Jadi, faham tak kenapa pengurusan kewangan tu penting? Kalau korang disiplin bayar hutang, laporan ni akan jadi bukti yang korang adalah peminjam yang berkualiti.
Jangan pening tengok kertas CCRIS tu nanti. Sebenarnya ada 3 kategori utama yang bank tengok:
Ini bahagian paling kritikal. Dekat ruangan “F”, korang akan nampak nombor-nombor macam 0, 1, 2, 3.
CCRIS simpan rekod kita untuk 12 bulan terkini sahaja. Sebarang dosa-dosa kewangan sebelum tempoh tersebut akan automatik dibuang dari sistem. Jadi ada sinar harapan lagi kalau korang nak bertaubat!
Tok nak pesan, bank ni macam bakal mertua juga. Mereka nak menantu yang stabil kewangannya. Ini 5 perkara yang bank paling pantang tengok dalam laporan korang:
Kalau ada tulis “under legal action”, kirim salam jelah. Bank takkan ambil risiko bagi duit dekat orang yang tengah kena saman atau dalam proses muflis. Akaun bawah Special Attention Accounts juga adalah big no-no.
Kelewatan pembayaran melambangkan korang tak serius jaga pengurusan kewangan. Kalau nak beli rumah harga RM500k, tapi hutang motor RM150 pun asyik bayar lambat, macam mana bank nak percaya?
Korang ada kad kredit had RM30,000, tapi korang pakai sampai RM29,000 setiap bulan. Walaupun korang bayar minimum payment, bank nampak korang macam ‘sesak’ nak pakai duit. Penggunaan melebihi 70% had kredit adalah tanda pengurusan yang lemah.
Gaji RM4,000, tapi komitmen hutang dah RM3,500. DSR korang dah lebih 80%! Bank biasanya nak DSR bawah 60% atau 70% (ikut polisi bank) untuk luluskan loan rumah baru.
Bulan ni mohon Personal Loan dekat 5 bank berbeza. Bank boleh nampak semua permohonan tu. Mereka akan anggap korang tengah terdesak sangat nak pakai duit, dan itu satu risiko besar bagi mereka.

Dah tahu masalah, sekarang Tok nak bagi ubat. Ikut tips pengurusan kewangan ni kalau nak loan mudah lulus:
#1 – Selesaikan Hutang Kad Kredit: Sebelum apply loan rumah, bayar dulu hutang kad kredit sebanyak mungkin. Lagi rendah baki, lagi cantik DSR korang.
#2 – Faham Tarikh Kemaskini (15 haribulan): Maklumat CCRIS dikemaskini setiap 15hb. Kalau korang dah langsaikan hutang pada Januari, tunggu lepas 16 Februari baru hantar borang loan dekat bank.
#3 – Tukar Tarikh Billing Cycle: Kalau gaji masuk 25hb tapi tarikh bayar loan kereta 1hb, memang selalu sangkut ‘1’ la CCRIS tu. Minta bank tukar tarikh bayaran supaya selari dengan tarikh gaji.
#4 – Tunggu 12 Bulan: Kalau korang ada rekod buruk (banyak nombor 1 atau 2), berhenti buat hutang baru dan bayar cantik selama 12 bulan berturut-turut. Selepas setahun, rekod buruk tu akan ‘suci’ semula.
#5 – Hadkan Permohonan: Jangan gatal tangan nak apply semua kad kredit yang tawarkan hadiah beg percuma dekat shopping mall. Jaga “Application for Credit” korang.
#6 – Wujudkan Rekod (Untuk Fresh Grad): Kalau korang tak pernah ada hutang langsung (Clean CCRIS), bank pun takut nak bagi loan sebab tak tahu korang ni jenis pembayar yang macam mana. Tips Tok: Apply satu kad kredit, guna untuk minyak kereta, dan bayar penuh tiap bulan. Ini cara bina kredit skor yang bagus.
#7 – Dapatkan Khidmat Nasihat: Kalau rasa beban hutang dah tak tertanggung, boleh rujuk AKPK untuk bantuan penstrukturan semula. Tapi ingat, bila bawah AKPK, memang susah sikit nak ambil loan baru sampai korang habis bayar.
Jangan dengar cakap orang, pergi check sendiri. Korang boleh:
Kesimpulannya, rumah impian korang takkan jadi kenyataan kalau korang abaikan pengurusan kewangan. CCRIS bukanlah musuh, tapi ia adalah cermin kepada disiplin diri kita sendiri.
Sebelum korang berangan nak deko rumah, pastikan ‘deko’ dulu laporan CCRIS tu bagi nampak berkilat di mata bank.
Tok doakan permohonan pinjaman perumahan korang lulus dengan cemerlang dan dipermudahkan segala urusan. Ingat pesan Tok, biar tak ada kereta mewah, janji ada aset rumah! Amiinnn.

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.