
Tok pasti mesti korang pernah dengar tentang below market value atau rumah bawah harga pasaran dengan cashback (cashout) ni. Dalam pelaburan hartanah, ini jargon yang korang wajib hadam. Sama ke atau lain-lain?
Jadi, biar Tok terangkan bagi korang faham sampai ke akar umbi. Topik ni seronok kalau dapat faham. Insya Allah, korang boleh buat untung bila apply dua perkara ni.
Pertama sekali, korang kena tahu apa itu rumah bawah harga pasaran. Dalam bahasa orang putih, mereka selalu panggil Below Market Value (BMV). Senang cerita begini, katakanlah nilai sebenar (market value) sebuah rumah tu RM500,000 ikut penilaian bank, tapi korang dapat beli dengan harga RM400,000 saja.
Inilah dipanggil rumah bawah harga pasaran.
Mesti korang terfikir, “Jap, sebab apa boleh dapat beli dengan harga yang murah? Sedangkan harga pasaran semasa ikut bank lebih mahal?”
Biasanya tuan rumah jual murah sebab dah terdesak nak pakai duit dalam waktu yang terdekat. Ini terjadi kalau korang nak beli rumah subsale. Kalau dalam first market seperti projek baru atau masih dalam pembinaan pulak, rumah tu dijual secara pukal (bulk purchase) macam yang FAR Capital selalu buat.
Kalau nak melabur, kena cari rumah bawah harga pasaran. Kenapa? Sebab ini adalah cara paling selamat nak bina kekayaan dalam hartanah. Bila korang beli rendah, korang dah ada buffer atau perlindungan kalau harga pasaran jatuh sikit.
Selain itu, korang boleh guna teknik penyatuan hutang (debt consolidation). Duit cashout yang korang dapat tu (jap lagi Tok jelaskan), janganlah pergi tukar rim sukan kereta atau beli iPhone baru pula. Gunakan duit tu untuk langsaikan hutang kad kredit atau hutang peribadi yang faedahnya tinggi.
Itu baru namanya pelaburan bijak. Jelas dah?

Sekarang kita masuk bab cashout pula. Cashout ni biasanya terjadi bila korang beli rumah bawah harga pasaran tadi. Contohnya, korang beli rumah harga RM400,000, tapi bank bagi pinjaman (loan) berdasarkan nilai RM500,000 (90% margin).
Jadi, lepas tolak segala kos guaman dan kos-kos lain, korang akan dapat baki duit tunai masuk ke dalam akaun bank korang. Duit itulah yang kita panggil “cashback” atau cashout. Ada juga orang buat cashout melalui cara refinance rumah sedia ada yang nilainya dah naik tinggi.
Korang kena faham satu benda: Bank akan bagi pinjaman berdasarkan nilai pasaran (market value), bukan harga jualan (net price) yang korang dapat tu. Formula ringkas dia macam ni: Cashout = (Margin Pinjaman × Nilai Pasaran) – Harga Jualan Bersih
Katakanlah korang jumpa satu rumah bawah harga pasaran dekat kawasan yang tengah membangun:
Korang kena ingat, beli rumah ada kos guaman (legal fees), duti setem, dan insurans (MRTT/MLTT). Katakanlah semua tu kena bayar RM15,000. RM50,000 – RM15,000 = RM35,000. Inilah baki bersih cashout yang akan masuk ke dalam akaun korang lepas semua urusan selesai.
Biar Tok ringkaskan bagi korang nampak beza dia:
Ingat ya korang, tak semua rumah bawah harga pasaran akan bagi cashout, dan tak semua cashout datang dari rumah yang korang baru beli. Kadang-kadang korang beli murah tapi bank pun cuma bagi loan ikut harga beli, maka tak adalah cashout tu.
Pernah dengar tentang mark-up loan? Hati-hati dengan pemaju atau ejen yang sengaja naikkan harga semata-mata nak bagi korang cashout. Ini bahaya kalau nilai sebenar rumah tu tak sampai pun tahap yang dijanjikan.
Dekat FAR Capital, mereka tak main sembunyi-sembunyi. Mereka bantu korang dapatkan rumah bawah harga pasaran melalui rundingan pukal dengan pemaju. Jadi, korang boleh beli satu unit dengan rebat yang besar. Bila FAR Capital beli banyak, pemaju bagi diskaun besar yang korang takkan dapat kalau beli sorang-sorang.

Sebab itulah klien mereka selalu dapat cashout yang lumayan untuk selesaikan hutang-hutang jahat mereka dan renovate rumah mereka untuk disewakan kepada orang lain. Cashout dapat, cashflow pun dapat. Korang bukan saja dapat rumah, tapi dapat juga peluang untuk reset balik kewangan korang.
Jadi warga sekalian, faham dah ke beza antara keduanya? Secara ringkasnya, rumah bawah harga pasaran adalah peluang keemasan untuk korang dapat aset bernilai tinggi dengan harga murah.
Manakala cashout pula adalah “bonus” berbentuk tunai yang boleh korang guna untuk kukuhkan kedudukan kewangan kalau diuruskan dengan betul.
Tok nasihatkan korang, janganlah bertangguh lagi. Zaman sekarang ni, kalau tak ada ilmu hartanah, memang senang kena makan dek inflasi. Carilah guru yang betul, fahami data, dan buat keputusan berdasarkan fakta, bukan emosi.
Kalau korang rasa perkongsian Tok ni bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan korang yang lain. Kita nak semua orang kita mampu milik rumah dan bebas daripada belenggu hutang.

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.