PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
simpan-duit

Tahun Depan Recession? Ikut 9 Tips Simpan Duit Ni, Anak Muda Wajib Baca!

Soalan pertama (pelik kan, masuk-masuk terus dah kena soal), kenapa anak muda wajib baca benda ni?

Jawapannya sebab orang muda ni lebih banyak yang cenderung gaji kecil sebab ada yang tak sampai setahun dua pun kerja. Iyalah, umur 23 – 24 baru habis degree, kurang-kurang umur 25 macam tu baru nak mula kerja pertama.

Lagi risau bila diorang dengar tahun depan ekonomi bakal teruk, maka kelam kabutlah mereka sebab sebelum ni belum ada simpanan. Mana taknya, belum setahun kerja dah henjut beli kereta dulu. Bulan-bulan tak sempat menyimpan, nak bayar komitmen, nak sara hidup lagi.

Kalau hari ini korang pun macam tu, hari ini Tok nak kongsi asas simpan duit yang Tok adaptasi daripada Bijak Kewangan ni. Semoga bermanfaat buat korang!

Lain orang lain matlamat menyimpannya. Ada yang simpan untuk kahwin, ada yang nak beli rumah, ada yang nak pergi melancong. Untuk masa sekarang, orang kita majoritinya ramai menyimpan sebab nak cover balik simpanan yang banyak keluar masa Covid haritu.

Ada pelbagai cara dan teknik yang anda boleh guna untuk simpan duit. Kali ni kita nak kongsikan tip untuk menyimpan duit yang anda boleh buat terus. 

Tip #1 : Tetapkan matlamat simpanan yang anda nak 

Perkara pertama yang anda boleh mula buat adalah tetapkan matlamat yang anda nak sebenarnya. Berapa banyak anda nak simpan.

Kalau untuk standby recession, berapa yang kita perlukan untuk apa-apa keadaan? Bukan nak minta yang buruk-buruk, cuma worst case scenario; berapa bulan gaji yang kita perlukan sebagai back up?

Contoh katakan saya ambil matlamat nak simpan enam bulan punya gaji, minima. Lepas tu kita kena ambil kira juga garis masa yang sesuai untuk kira set berapa banyak yang perlu kita simpan tiap bulan untuk capai angka tadi.

Andai kita nak simpan enam bulan punya gaji tu dari 0 sekarang (dah bulan 10), mungkin tak realistik untuk terus capai sebelum 2023. Tak apa, yang mana dalam kawalan kita, kita kawal.

Buat time frame lebih dari tiga bulan baki ni pun tak apa. Cuma kalau nak boost lagi simpanan, kita boleh cuba cari jalan untuk buat passive income juga.

Tip #2 : Simpan rekod perbelanjaan bulanan

Tips penting lain untuk menyimpan duit adalah dengan track perbelanjaan anda. 

2 perkara penting yang anda kena tahu bila menguruskan kewangan:

i) Berapa pendapatan anda?

ii) Berapa banyak perbelanjaan anda?

Kita tak nak perbelanjaan melebihi pendapatan. Ianya bakal menjadi negative cashflow

Rekod perbelanjaan untuk setiap bulan. Cuba sebaik mungkin untuk tulis secara terperinci supaya anda tahu sebenarnya anda banyak habis kat mana. 

Anda boleh buat secara manual (tulis atas buku nota, mungkin sedikit renyah untuk masa sekarang) ataupun menggunakan apps di telefon bimbit anda. 

Cara yang mana satu anda nak buat tu terpulanglah. Sekarang dah banyak opsyen, malah dari aplikasi bank anda pun ada yang dah boleh guna sebagai expense tracker dah.

Tip #3 : Belajar buat bajet 

Bila anda dah mula rekod perbelanjaan, anda akan nampak sebenarnya duit anda banyak dihabiskan kat mana. Kat sini anda boleh mula membuat bajet supaya anda tak bocor di tengah bulan. Anda tak nak kan tengah bulan dah pening tak ada duit nak makan. 

Dengan bajet, kita boleh elakkan dari terbeli benda yang tak sepatutnya. Setkan terus berapa yang kita nak belanja untuk sesuatu. Contohnya anda terus setkan RM200 untuk shopping. Tak kisahlah anda nak shopping apa pun, jangan lebih daripada RM200 tu. 

Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli. Lepas tu, terus tak ada duit lebih nak letak kat simpanan.

simpan-duit

Tip #4 : Bijak gunakan kad kredit

Tak semestinya tak bagus guna kad kredit ni. Yang penting kena pandai kawal lah. Jangan pula kita main swipe sana sini. Tup tup hujung terus menggunung bil kad kredit anda. 

Kalau anda gunakan kad kredit, gunakan secara berhemah. Bayar hutang kad kredit anda. Anda pun boleh dapat banyak guna kad kredit ni. 

Tip #5 : Pilih akaun yang boleh bagi kadar dividen yang lebih tinggi

Anda boleh pilih akaun yang anda suka. Contohnya ASB, Tabung Haji atau akaun bank biasa. 

Macam contoh ASB. Setiap tahun anda bakal dapat dividen. 

Tip #6 : Simpan duit dulu, benda lain kemudian

Kebiasaan yang ramai orang buat adalah bila dapat gaji, terus belanja itu ini. Dah habis belanja, baru lah nak simpan. Anda takkan berjaya simpan kalau teruskan habit macam ni. 

Bila dapat gaji, terus asingkan siap – siap untuk simpanan. Tak kisahlah anda nak transfer ke mana sekalipun terpulanglah. 

Berapa banyak yang anda kena simpan setiap bulan?

Terpulang kepada diri anda sendiri. Nak mulakan dengan RM50 sebulan ataupun 10% daripada gaji ke, pilihlah. Cuma kalau tiap bulan simpan RM50 tu, memang susah amatlah kalau nak capai target 6 bulan gaji, jadi lebih elok kalau simpan banyak terus siap-siap.

Anda boleh setkan terus buat pemindahan secara automatik dari akaun anda ke akaun simpanan. 

Kesimpulannya jangan pandang remeh dengan simpanan ni. Walaupun kita baru nak mula dan nampak sikit, tapi simpanan inilah yang akan bantu kita bila-bila kita perlukan, lebih-lebih lagi kalau betul ekonomi merosot nanti.

Bukan nak minta bukan-bukan, tapi hari ini saja dah berapa banyak company besar mula buang pekerja, kan? Jadi sebelum datangnya perang nanti, baik kita siap siagakan senjata kita dulu. Andai kata tak ada perang langsung, lagi baik.

Mungkin ada yang cakap ini basic menyimpan, tapi sebenarnya ramai lagi orang Malaysia ni belum start menyimpan pun lagi kalau korang nak tahu. Bila tanya simpanan kecemasan, dia tanya kita balik sama ke dengan KWSP?

Tok harap dengan asas ni korang bolehlah mula menyimpan dari sekarang dan disiplinkan diri korang untuk hadap tahun-tahun mendatang.

Yang penting, jangan mudah give up dan Tok doakan semoga nasib kita akan baik-baik je walau apa pun menanti kita 2023 nanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang isu recession 2023 ni, hari Ahad ni saudara Faizul Ridzuan akan buka satu perkongsian pasal topik ni. Sangat sesuai untuk kita yang tengah risau dengan nasib kita tahun depan. Ilmu ni beliau akan ajar PERCUMA je, jadi kalau berminat, klik je gambar di bawah.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

simpan-duit

Comments are closed