Ramai yang menyangka, cukup susah nak menyusun dan mengatur kewangan dengan baik. Lebih-lebih lagi yang baru nak bermula. Adalah tanggungjawab Tok untuk bagitahu dan yakinkan korang, ia taklah susah mana.
Sebelum kita dapat mengenal pasti sebarang masalah dalam kewangan kita, wajib untuk kita menyusun ia terlebih dulu. Baru kita boleh nampak jelas setiap masalah yang berlaku.
Tok percaya, perkongsian Natalie Bacon ini boleh membantu kita tentang perkara ini.
Sebelum apa-apa, kumpul segala maklumat berkaitan aset dan liabiliti yang kita ada. Dan rekodkan maklumat ini kat atas kertas supaya kita boleh nampak dengan jelas.
Tok jelaskan setiap perkara yang terkandung dalam aset dan liabiliti kat bawah ini, supaya kita lebih mudah faham:
Cukup sekadar rekodkan setiap perkara ni kat atas sebuah kertas (atau aplikasi nota dalam smartphone) secara simpel. Memadai dengan hanya senaraikan nama dan nilai untuk setiap perkara.
Bila dah selesai buat langkah pertama tadi, tiba masanya kita buat pula langkah ke-2 ini.
Cara nak kira nilai bersih kita adalah seperti berikut:
Jumlahkan setiap aset yang kita dah tulis kat langkah pertama tadi, dan tolak jumlah liabiliti. Mudah kan?
Kita tak perlu jadi hebat dalam ilmu hisab untuk kira perkara ini. Gunakan saja kalkulator biasa dah cukup.
Langkah 1 dan 2 tadi bertujuan untuk pastikan tahap kesihatan kewangan kita secara keseluruhan. Ia adalah perkara yang penting untuk kita tahu.
Dan ia tak berhenti setakat itu saja. Aliran kewangan juga sama penting dengan 2 perkara sebelum ini. Kalau nak kira perkara ini, gunakan jumlah pendapatan dan perbelanjaan, seperti 2 langkah kat atas sebelum ni.
Tok nak jelaskan setiap perkara yang terkandung dalam pendapatan dan perbelanjaan yang wajib kita rekodkan:
Dalam langkah ini, secara tak langsung kita sedang membuat bajet. Tapi yang utama, kita nak kenal pasti dimana tahap kewangan sama ada perbelanjaan kita setaraf dengan pendapatan kita, atau sebaliknya.
Kira aliran tunai bulanan dengan menolak jumlah perbelanjaan dengan jumlah pendapatan kita. Berikut adalah formula cara kira perkara ini:
Fikirkan aliran tunai sebagai “wang masuk dan wang keluar kita.” Adalah bagus untuk simpan rekod perbelanjaan kita (seperti resit dan sebagainya) untuk mudahkan kiraan ini.
Sekarang, kita dah dapat tahu nilai bersih (hasil daripada kiraan aset dan liabiliti kita) dan aliran tunai bulanan (hasil daripada kiraan pendapatan dan perbelanjaan kita).
Seterusnya, tiba masa untuk dapatkan maklumat jumlah kredit kita.
Kita boleh dapatkan laporan dan skor kredit melalui CCRIS. Hanya bawa kad pengenalan ke kiosk CCRIS (kat Bank Negara Malaysia) ini dan cetak laporan kredit kita dengan mudah dan pantas.
Dan kemudahan ini tak dicaj (percuma saja).
Kalau kita tak ada masa nak ke BNM, boleh saja buat secara atas talian (online). Tuan Ariff Shah ada kongsikan maklumat ini kat blog beliau (klik sini). Cuma, perkhidmatan ini ada caj (RM2 saja).
Sebaik saja kita dah dapat segala maklumat untuk semua perkara kat atas tadi, tiba masa kita buat penilaian berdasarkan segala maklumat yang kita ada.
Tok pecahkan perkara yang perlu perhatian kita kat bawah ini:
Kalau kita ada lebih banyak aset berbanding liabiliti, bermakna kita mempunyai nilai bersih yang positif.
Kalau rendah, bermakna kita perlu merangka strategi dan mengubah perkara ini supaya kita dapat mencapai matlamat kewangan yang kita nak.
Ini adalah langkah pertama yang kita kena buat (mengira nilai bersih), sebelum merangka tindakan untuk mengubah nilai bersih kita ke arah yang positif.
Aliran tunai kita sepatutnya berada kat nombor yang positif.
Masa nak kira aliran tunai, pastikan kita masukkan jumlah wang yang ada kat dalam akaun simpanan sebagai perbelanjaan. Serta, pastikan juga masukkan hutang kad kredit sebagai aliran tunai kita.
Kalau kita dapat aliran tunai positif lepas selesai kira, tapi kita gunakan kad kredit untuk buat perbezaan dan membawa baki kad kredit, bermakna kita hidup diluar kemampuan.
Idea utama kat sini adalah untuk kenal pasti sama ada kita terlebih berbelanja, kurang berbelanja, atau berbelanja secara berpada-pada.
Bila dah dapat tahu perkara ini, baru kita boleh merangkan pelan dan tindakan untuk mengatur dan buat rancangan untuk mencapai impian kewangan kita.
Bila kita nak kira aliran tunai (cashflow) kita, tengok dulu kat simpanan tunai (cash reserve) yang kita ada. Ini berbeza untuk setiap individu. Sebab lain orang, lain keperluan dan kapasitinya.
Tapi, setiap orang perlu ada simpanan dana kecemasan sekurang-kurangnya sebuah. Paling kurang, simpan selama 3 bulan, dan 6 bulan ke atas adalah tempoh yang paling ideal.
Sebab apa kita kena buat ini?
Perkara yang tak dijangka pasti akan berlaku sepanjang masa kita hidup. Jadi, lebih baik bersedia dengan baik (dari sudut kewangan) untuk hadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Baca laporan CCRIS dengan teliti dan kenal pasti kalau-kalau ada kesilapan kat dalam laporan ini. Kalau ada kesilapan, betulkan maklumat itu dengan menghubungi pihak yang berkaitan (seperti bank dan sebagainya).
Kat dalam laporan CCRIS ini, ada 3 kategori maklumat yang ada:
CCRIS akan tunjukkan rekod pembayaran balik 12 bulan yang lepas saja. Data sebelum ini akan dihapuskan.
Selepas dah buat penilaian keadaan kewangan kita, baru boleh kita merangka strategi untuk mencapai matlamat kewangan dengan wujudkan bajet yang sesuai.
Bajet adalah rangka kerja bagi kewangan, dan ia bolehkan kita merangka perbelanjaan mengikut kapasiti kewangan masing-masing.
Kalau kita dapat berikan komitmen kat bajet yang dibuat, kita akan dapat mengatur aliran wang dan meningkatkan nilai bersih (net worth) kita dan mencapai matlamat kewangan yang kita impikan.
Kalau dah selesai buat langkah 1 hingga 7 sebelum ini, baru kita boleh buat jadual berkala untuk pastikan kewangan kita berjalan lancar, dan selari dengan matlamat kewangan yang kita nak capai.
Semak balik segala nombor yang mungkin berubah dari masa ke semasa, dan update nombor ini sentiasa. Kita boleh buat ini setiap bulan atau setiap tahun, bergantung kat kapasiti masa kita.
Kalau tak ada masa dan terlalu sibuk dengan kerja, boleh saja buat untuk tempoh 1 tahun. Kalau ada banyak masa terluang, buat perkara ini setiap bulan.
—
Tok boleh cakap, tak susah untuk kita uruskan kewangan bila kita dah belajar. Mula-mula mungkin ia agak susah nak buat. Tapi lama-lama nanti, mesti tak ada masalah.
Learning curve pasti ada kat setiap perkara yang kita baru tahu dan sedang belajar. Tak usah risau. Lambat laun, korang akan jadi hebat dalam bab mengurus kewangan.
Apa-apapun, Tok doakan yang terbaik untuk korang semua ya. In Shaa Allah, Tok doakan impian kewangan korang akan dapat dicapai dengan pantas. Ameen.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]