PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

8 idea buat ‘duit tepi’ untuk beli rumah pertama

Sape je yang tak nak beli rumah. Kan? 

Tak kisahlah nak beli untuk duduk sendiri atau pelaburan, pilihan masing – masing. Nak tak nak, kena bersedia dari segi kewangan bila dah target nak beli rumah.

Buat korang yang tengah cari idea buat ‘duit tepi’,Tok ada tip sikit nak kongsikan hari ni.

Mana tahu. Rezeki korang, boleh buat antara 8 idea ni secara full-time, sebagai bisnes sendiri? Jemput baca artikel ni sampai habis. 

#1: Dropshipper

DROPSHIP

Kebelakangan ni, di platform media sosial macam Instagram, Twitter dan Facebook terutamanya membuka satu peluang menjana pendapatan alternatif yang tersangat fleksibel.

Apa yang fleksibelnya?

Sambil baring atas katil, minum kopi, layan lagu Radiohead dalam bilik, boleh kata dekat mana-mana pun korang boleh buat duit.

Modal? Telefon pintar (smartphone) satu, akaun sosial media (untuk share post produk), dan kuota internet.

Gerak kerja? Layan pelanggan kat WhatsApp, ambil order, ambil maklumat pembeli bagi ke HQ, dan tunggu duit komisyen masuk dalam bank akaun korang.

Macam mana nak buat? Korang perasan tak kalau korang pergi kat FB page yang jual produk tempatan ni, mesti dia letak link untuk join sebagai mereka punya ejen. Mesti ada punya.

Sebabnya, produk lokal terutamanya Bumiputera ni memerlukan jaringan pasaran yang luas untuk bergerak, dan kuncinya adalah melalui ejen. Tambahan lagi, produk lokal ni kurang famous macam produk lain yang korang selalu tengok dalam iklan kat TV.

Modal ‘0,’ barang tak payah pegang, jadual fleksibel, risiko hampir tiada. Nah, nikmat apa lagi yang korang dustakan wahai anak muda?

#2: Grab/Mycar

Sumber gambar New Straits Times

Sumber gambar – New Straits Times

Buat duit dengan kereta korang tu. Manfaatkan sepenuhnya loan kereta yang korang bayar setiap bulan, dengan tukarkannya jadi duit untuk cover kos harian korang. Bahkan, korang boleh jadikan duit tu sebagai sumber tabung simpanan!

Grab/Mycar adalah satu revolusi dalam dunia perkhidmatan digital masa kini, terutamanya untuk korang yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Tok pun terkejut dengan sambutan dan penerimaan orang ramai berkenaan perkhidmatan Grab/Mycar ni yang objektifnya sudah pastilah untuk memudahkan pengguna.

Komisyen yang dibayar juga berpatutan dengan acceptance rate (kadar penerimaan) korang, selain ada bonus kalau korang memang perform buat duit dengan Grab/Mycar ni.

“Sambil menyelam minum air.”

Itulah yang selayaknya bilamana mendefinisikan Grab/Mycar ni. Mana taknya, sambil korang on the way pergi kerja atau balik kerja, boleh ambil penumpang. Lagilah awesome bila dapat penumpang yang satu jalan dengan kita.

Untuk korang yang ada kereta tu, Tok sangat sarankan korang untuk jadi pemandu Grab/Mycar ni. Sambil jalan-jalan makan angin, buat duit. Mana tahu, boleh jumpa jodoh masa tu.

#3: Personal Shopper

happy woman shopping online at home 3769747 1

Sumber gambar – Pexels.com

Ini ada satu lagi cara buat duit yang paling best bagi Tok. Yelah, Tok ni kaki travel.

Korang kaki travel juga, tapi miskin? Jodoh korang mungkin dengan kerja macam ni. Sambil melancong, sambil buat duit!

Pelik, bukan? Orang pergi travel keluar duit. Korang pergi travel, dapat duit pulak.

Caranya adalah dengan menjadi personal shopper.

Personal shopper ni maksudnya, korang menyediakan khidmat pembelian barang dari satu pihak (kira macam majikan sementara korang), yang akan bagi upah kat korang untuk dapatkan barang tersebut.

Boleh kata, lebih kurang macam upah haji. Korang faham, kan?

Dan kebiasaannya, barang tersebut ada dalam negara (tapi di luar kawasan pelanggan) atau di luar negara. Kalau pelanggan request barang yang kat luar negara, ini yang paling best. Pergi oversea, you all. Takkan korang tak nak?

“Habis tu, macam mana dengan kos pulak Tok?”

Bergantung juga lah. Kebiasaannya pelanggan akan tanggung semua kos pengangkutan dan penginapan korang.

Tapi kalau setakat nak beli satu barang, tapi korang nak juga spend sampai seminggu berjalan-jalan, itu pakai duit poket sendiri.

Tapi harus beringat dan berhati-hati. Pastikan pelanggan korang tu boleh dipercayai. Sentiasa sertakan bersama dokumen dan surat perjanjian hitam putih bagi elakkan sebarang masalah.

#4: Bisnes kecil-kecilan

Sumber gambar Time Out

Sumber gambar – Time Out

Betul, ada berjuta bisnes kat dunia ni. Cuma Tok nak fokuskan kepada bisnes kecil-kecilan yang boleh support korang punya finance (kewangan).

Dan bisnes macam ni korang boleh buat part-time, bila ada kelapangan dan tak adalah memerlukan komitmen penuh dari korang. Contoh? Jual nasi lemak, buat kuih ke, buka gerai burger ke malam-malam.

“Tapi tu semua perlukan modal, Tok”.

Ya, Tok faham. Tapi cuba korang fikir balik, berapa sangat lah modal nak keluar untuk buat nasi lemak tu, buat kuih semua. Takde la makan kos banyak sangat pun. Margin untung pun besar.

Bergantung kepada kecekapan korang dalam mengira dan handle bisnes korang.

Tok selalu tengok budak universiti atau kolej kat KL ni, buka gerai burger malam-malam, siang promote produk (jadi dropship) yang mana satu perkara yang sangat bagus.

Dari muda nilah nak bentuk semangat dan keutuhan diri kita dalam menempuhi ranjau kehidupan yang semakin mencabar. Korang tak boleh adapt, korang ketinggalan.

Mungkin korang tak nampak hasil bisnes kecil-kecilan mereka tu. Tapi sekurangnya, dia cuba jana pendapatan untuk tanggung kewangan dia. Dan mana korang tahu bisnes dia buat tu, tak masyuk?

Entah-entah dah ada simpanan mencukupi nak beli rumah! Tak tercabar ke diri korang tu?

Tapi kunci utamanya tetap bergantung kepada usaha orang. Kerja lebih, income mesti lebih punya.

#5: Ejen Hartanah (Real Estate Agent)

crop businessman giving contract to woman to sign 3760067

Dalam banyak-banyak tip, ini yang paling Tok suka. Kalau korang buat betul-betul, komisyen korang boleh lebih dari gaji bulanan kerja hakiki. Ini bukan cerita dongeng tau.

Nak jadi ejen ni pun, tak adalah susah mana pun. Korang cuma perlu daftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia je.

Pendapatan utama kerjaya ejen hartanah ni melalui komisyen jualan.

Contoh kata korang berjaya jual satu unit rumah berharga RM500,000. Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM15,000. Daripada RM15,000 ini, korang akan berkongsi dengan agensi.

Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan korang layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan korang ialah RM10,500.

Sekarang ni, bayangkan korang jual 3 unit rumah berharga RM500,000. Pendapatan korang untuk bulan tersebut ialah RM31,500!

Fuh, lagi tinggi daripada gaji Perdana Menteri tu. Dan 3 unit ni, bukan mustahil pun. Korang boleh buat.

Ini bukan janji MLM. Korang boleh follow jejak langkah ejen yang berjaya jual 7 hingga 10 unit sebulan.

#6: Ejen Takaful/Insurans

Sumber gambar Mason Advisory

Sumber gambar – Mason Advisory

Ramai kawan Tok yang buat kerja ni. Tok faham. Sebut je pasal insuran ni, mesti semua tak nak kan, semua nak lari. Ye la, kerja jual air liur. Penat kot nak yakinkan orang.

Tapi korang kena ingat, sektor pelaburan dalam insuran di Malaysia memperlihatkan hasil yang positif kebelakangan ini. Mungkin ramai dah sedar kepentingan insuran untuk diri dan keluarga.

Jadi, dengan hasil dan respons yang positif dalam masyarakat ni membuka peluang untuk korang cari duit, dengan jadi ejen insuran.

“Macam mana Tok? Macam susah je nak jadi ejen ni.”

Sebenarnya tak susah pun. Korang cuma perlu cari agensi insuran yang korang nak kat Malaysia ni. Ada banyak gila syarikat insuran, terpulang kat korang nak pilih yang mana.

Bila dah buat keputusan, semak dan daftar di agensi tersebut. Ada agensi yang mewajibkan korang hadiri seminar atau kelas, supaya korang betul-betul faham bisnes ni. Takdelah korang ‘pishang’ (tak tahu) macam mana nak borak dengan prospek.

Komisyen, bergantung kepada syarikat insuran yang korang pilih tu. Itu sebab penting untuk korang selidik dulu syarikat-syarikat insuran yang ada kat Malaysia ni. Mesti semua nak yang komisyen banyak, kan?

Cuma kerja ni, korang perlu rajin. Takde kerja dalam dunia ni wujud untuk manusia yang pemalas.

#7: Masalah orang lain, peluang anda buat duit?

Sumber gambar

Sumber gambar – Pexels.com

Kerja jugak boleh bekerja dari rumah. Gunakan kemahiran dan sumber yang ada dalam rumah sebagai sumber pendapatan.

Contoh?

Menjahit. Kalau korang pandai menjahit, skil korang tu berharga tahu tak? Lagi lah bila dekat raya. Tak menang tangan dibuatnya.

Kalau yang tak reti dan baru nak belajar, boleh je belajar slow-slow. Sambil belajar, sambil buat. Baru korang cepat pandai.

Cuba belajar buat kuih. Tak perlu mesin besar pun. Ada oven saja pun, dah cukup. Tak pandai? Hey, dah 2018 kot. Semua ada kat hujung jari. Cari je resepi yang best kat Google.

Kat mana nak jual? Boleh cuba jual kat kawan-kawan kolej, staff ofis dan jiran. Untuk permulaan mesti mereka support punya bila effort korang tu.

Kalau korang buat sedap, bersedia untuk terima tempahan yang banyak. Serta bersedia untuk pecat bos korang untuk jadi tukang buat kuih sepenuh masa, dan bina syarikat kuih sendiri!

#8: Bisnes hartanah ini, tak perlu beli rumah sendiri?

13407236 10207847767246321 3071849162209576750 n 1

Sumber gambar – Fairus Mohd Tabiee (FB)

Sublet merujuk kepada perniagaan, di mana korang sewa satu unit rumah atau lebih dari tuan rumah, dan sewakannya unit tu kat orang lain.

Dengan kata lain, ‘sewa atas sewa.’

Ada beberapa teknik yang korang boleh guna untuk buat untung dengan sublet iaitu:

  • Sewakan per unit rumah. Sewakan satu rumah sekaligus.
  • Sewakan per bilik. Pecahkan sewa ikut bilik. Lain bilik, lain harga kadar sewa.
  • Sewakan per head (ikut kepala). Sewakan rumah tersebut tanpa apa-apa perabot.
  • Homestay (harian)

Selalunya sewa per-head lebih untung berbanding per-bilik atau satu rumah. Kalau korang buat betul-betul, boleh dapat dalam RM600 hingga RM1,000 sebulan untuk satu unit rumah.

Best, kan? Kalau korang nak buat macam homestay pun, boleh juga. Macam hotel la kiranya.

“Saya nak berminat nak buat!.  Macam mana Tok? Semangat ni!”

Ada beberapa langkah korang perlu buat sebelum mulakan bisnes ni. Jangan main pakai hentam je ok.

Pertama, korang kena check lokasi rumah. Kalau boleh cari kawasan hot spot, yang ada kemudahan public transport, atau kemudahan lain. Rumah yang ada semua ni, sentiasa ada permintaan tinggi.

Kedua, buat kajian tentang rumah tu. Ada perabot ke tak, okay ke tak kondisi luar dalam. Lepas dah semak, buat langkah seterusnya, iaitu hubungi tuan penyewa.

Masa ni, korang gunakan skil berunding (negotiation) korang. Atau kalau jenis yang tak pandai cakap, boleh je nak lantik ejen hartanah.

Bila tuan rumah dah bagi lampu hijau, bincang dan buat dokumen perjanjian. Dokumen perjanjian bersama ni penting, bagi menjamin hak dan persetujuan bersama antara korang dan tuan rumah.

Akhir sekali, iklankan rumah sublet korang tu!

Nak iklankan dekat mana? Ada laman yang sediakan ruangan iklan rumah sewa ni, macam Airbnb Malaysia dan sebagainya. Korang boleh juga promo dalam media sosial.

Nak ikutkan, banyak lagi idea buat duit yang korang boleh fikirkan. Tok yakin, kalian semua bijak belaka.

Macam mana Tok tahu?

Sebab orang bijak, sentiasa cari peluang untuk kehidupan lebih baik, tanpa perlu risau masalah kewangan. Dan sebab tu, korang baca perkongsian ni. Tak gitu?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *