PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Orang kaya, tak buat 7 dosa kewangan ini?”

Rata-rata orang berjaya, ada ilmu urus kewangan yang power dan mantap. Ini fakta yang tak dapat disangkal lagi.

Siapa yang pandai mengurus kewangan, susah untuk hidup mereka jadi ’susah.’

Untuk elak masalah kewangan yang besar, ada beberapa penyakit kewangan yang wajib kita elak sehabis boleh.

Hari ini, Tok nak kongsikan 7 kesilapan kewangan yang korang patut elak.

Kalau korang berjaya elak semua masalah ini, kesihatan kewangan korang akan terjamin. Ini, Tok berani gerenti.

#1: Orang berjaya kurang berbelanja, dan sentiasa hidup bawah kemampuan mereka

Ini adalah antara prinsip pengurusan kewangan yang penting, dan sebahagian orang kaya dah menyemat prinsip ini ketat-ketat kat dalam diri mereka.

Contohnya, seorang lagenda British dan juga seorang jutawan , Sir John Templeton.

Beliau sentiasa menyimpan 50% daripada pendapatan, walaupun beliau membesar dalam hidup yang serba kekurangan.

Kalau korang baru nak bermula, mungkin 50% kedengaran terlalu banyak. Dan sebenarnya, korang boleh saja mulakan dengan menyimpan 10 hingga 15% daripada pendapatan.

Kalau korang terus kekalkan amalan ni, mustahil korang ada masalah kewangan yang berat pada masa depan.

#2: Tak kisah pasal harga, sebab mereka tahu dan faham kepentingan nilai

Orang yang berjaya juga cukup faham tentang erti sebuah nilai.

Dalam konteks pelaburan, mereka sentiasa akan mencari instrumen pelaburan yang berikan pulangan nilai yang banyak.

Dan untuk barangan peribadi pula, mereka ini akan beli barangan yang akan bertahan lebih lama berbanding yang lain.

Sebagai contoh, sepasang kasut yang elok mungkin bernilai RM300 atau lebih. Tapi dengan penjagaan yang baik, kasut ini boleh bertahan hingga bertahun lamanya.

#3: Tak bazirkan wang untuk bayar fi dan juga faedah, serta tahu nak uruskan perbankan mereka

Semua orang tahu hutang kad kredit sangat mahal, dan ramai orang tak kisah menanggung hutang ini asalkan mereka dapat apa yang mereka nak.

Menurut laporan CNN, purata isi rumah penduduk Amerika Syarikat ada hutang kad kredit melebihi $15,000.

Kalau teruskan macam ni, sampai bila-bila pun kewangan kita tak akan selamat.

Orang kaya ambil kisah ke mana saja wang mereka akan pergi, dan sehabis boleh akan mengelak daripada bayar apa saja jenis fi dan faedah yang bank kenakan.

Ini dari sekecil-kecil daripada nak keluarkan wang kat ATM, sehingga sebesar-besar perkara. Dan semua ini kita boleh buat bila dah faham bagaimana sistem faedah berfungsi.

Korang pasti boleh fahamkan perkara ni dengan mengkaji kewangan sendiri selama 5 hingga 10 minit setiap bulan.

#4: Tak mudah berpuas hati dengan pendapatan sedia ada

Inflasi akan perlahan-lahan memakan nilai wang dan kuasa membeli kita dari masa ke semasa.

Sebab itu, orang kaya dan berjaya sentiasa mencari jalan untuk jana pendapatan lebih.

Sebab ia akan berikan kita lebih banyak pillihan berkaitan wang, bersedekah lebih banyak, dan juga berikan sekuriti kat diri sendiri dan keluarga.

Sebagai contoh, mereka akan mengambil kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka. Atau menyumbang idea untuk tingkatkan produktiviti syarikat mereka.

#5: Mereka tak senang-senang abaikan penyata kewangan

Untuk mencapai kejayaan kewangan, kita perlukan beberapa tabiat baik yang berterusan.

Orang berjaya akan tetapkan 30 hingga 60 minit setiap bulan untuk mengkaji semula akaun kewangan mereka. Tak kira berkaitan pelaburan, simpanan bank, kad kredit atau lain-lain perkara.

Kalau mereka dah dapat kenal pasti sebarang masalah, mereka akan ambil tindakan segera.

Nota tambahan: Tok sarankan buat reminder kat dalam kalendar kita untuk menyemak perkara ni setiap bulan.

#6: Mereka tak ambil risiko yang tak berbaloi

Warren Buffet ada berpesan:

“Peraturan pertama dalam pelaburan adalah memastikan wang kita tak rugi.”

Dan semua pelaburan pasti ada risiko (yang ada potensi leburkan duit kita).

Orang berjaya gunakan 2 alat yang berkuasa ini untuk mengelak kerugian.

Mereka memahami nilai insurans bagi mengawal risiko (contohnya rumah, kereta, dan insurans hayat), serta kepentingan untuk memperuntukkan aset.

Nota: Kalau sesebuah pelaburan itu kedengaran too good to be true (atau korang sendiri tak faham bagaimana ia berfungsi), dapatkan maklumat terlebih dulu sebelum buat sebarang tindakan.

#7: Tak berpura-pura faham segala perkara berkaitan wang

Dunia ini adalah tempat yang cukup kompleks dan amat meluas, dan orang berjaya memahami kebenaran ini.

Dan ada macam-macam maklumat tentang duit kat luar sana. Kalau kita nak ambil dan belajar semua, memang kita tak mampu sebab manusia sentiasa ada limitasi.

Itu sebab orang yang berjaya seperti Warren Buffet faham akan limitation ini, dan sentiasa tumpukan perhatian kat kekuatan mereka.

Nota tambahan: Sentiasa tambah ilmu pengtahuan berkaitan topik wang dan pelaburan. Ia tak akan rugikan korang baik untuk jangka masa pendek atau panjang.

Ada sebab orang yang berjaya pandai uruskan kewangan. Mereka juga sedar, ini adalah tanggungjawab mereka sendiri dan bukan orang lain.

Kalau kita sendiri tak belajar nak uruskan perkara ni dengan baik, kewangan kita ada potensi melingkup pada masa depan.

Dan Tok pasti, tak ada siapa pun yang suka perkara ini berlaku. Jadi, mula bertindak sekarang ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *