Pasti ramai yang suka nak tau cara paling mudah nak simpan banyak duit, tanpa perlukan masa yang lama.
Dan untuk capai matlamat ni, korang wajib gunakan ‘alat bantuan’ supaya duit simpanan tu boleh berkembang cepat.
Takpe, tak payah dah korang cari jauh-jauh.
Ini ada satu ilmu berharga yang Cikpuan Syafieqah A’lya kongsikan dekat dinding Facebook beliau.
Hadamkan sebagai sarapan minda korang pada pagi Jumaat ini.
Sebelum ni, saya pernah kongsikan tentang tangga kewangan. Di mana, itu adalah step (langkah) permulaan korang dari :
Cuma, berapa ramai orang kisah tentang cara ini?
Ramai orang bila mula kerja, mereka terus nak melabur, tanpa pedulikan simpanan mereka yang kering-kontang.
Jangan terlalu selesa sebab boleh bergantung dengan duit mak ayah lagi, atau boleh pinjam kawan-kawan korang yang sporting tu.
Lagi bagus korang dah bina simpanan kecemasan sendiri, tanpa perlu bergantung harap kat orang lain.
Jom saya kongsikan cara untuk korang pelbagaikan simpanan dan pelaburan, yang boleh dibuat dengan hanya RM1,000 sebulan :
Untuk yang ini, korang boleh gunakan ASB buku biru. Modal yang korang perlukan setiap bulan adalah RM225.
Ini hasil yang bakal korang dapat lepas tempoh 5 tahun :
Total jumlah yang terkumpul akan jadi RM16,008.
Yang ni pulak, korang buat simpanan untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Baik lagi buat awal-awal, tak gitu?
Modal yang korang perlukan setiap bulan, sebanyak RM150 je.
Berapa hasil yang korang dapat lepas 5 tahun?
Jumlah keseluruhan yang bakal korang dapat adalah RM10,022.
Korang mesti ada plan nak beli rumah pada masa depan, kan? Jadi, elok la kita simpan awal-awal.
Bukan nak beli tahun depan, tahun ni baru nak mula simpan.
Strategi ni, agak panjang sikit berbanding dengan yang sebelum ni. Hadamkan perlahan-lahan. Korang pasti faham punya.
Strategi yang ni, korang perlu gunakan ASB Financing, dengan modal bulanan sebanyak RM275. Buat pembiayaan ASB sebanyak RM50,000.
Teknik yang korang akan gunakan adalah compounding. Bermakna, korang tak usik langsung dividen yang beranak dalam akaun tu.
Lepas 5 tahun, batalkan (atau jual) sijil pertama tadi tu :
Bermakna, korang akan dapat jumlah keseluruhan sebanyak RM18,887.
Masuk je tahun ke-2, buat lagi satu ASB Financing RM50,000, dengan mengekalkan bayaran bulanan yang sama.
Bermakna, korang dah ada ASB Financing bernilai RM100,000 (RM50,000 + RM50,000), dengan mengekalkan komitmen bulanan sebanyak RM275.
Kenapa bayaran bulanan kekal RM275? Sebab korang gunakan dividen ASB Financing Sijil Pertama tadi untuk bayar ansuran bulanan Sijil Ke-2.
Kiraan dia akan jadi macam ni :
Teknik yang korang akan gunakan adalah rolling. Gunakan dividen Sijil 1 tadi sebagai bayaran lump sum setahun Sijil Ke-2 ini (macam yang dijelaskan kat atas tadi).
Ini hasil yang bakal korang dapat lepas tamat tempoh 4 tahun (sebab korang buat ASB Financing Sijil Ke-2 ni pada tahun seterusnya, lepas buat ASBF Sijil Pertama).
Dan bila korang tambah jumlah 2 sijil tadi, maka akan jadi RM25,344 (RM18,887 + RM6,457).
Gunakan ASB 2 (buku warna purple). Modal korang setiap bulan adalah sebanyak RM150.
Berapa hasil yang korang bakal dapat lepas 5 tahun?
Jumlah keseluruhan yang bakal korang dapat dengan cara ni, adalah sebanyak RM10,606.
Satu lagi cara, adalah dengan gunakan Unit Trust sebagai alat pelaburan. Korang hanya perlukan modal bulanan sebanyak RM200 (paling minimum).
Cara ni akan kembangkan duit simpanan korang tu jadi RM15,434 selepas tempoh 5 tahun!
Kalau simpan RM200 secara biasa, korang hanya dapat RM12,000 je tau. Dapat la lebih RM3,434. Siapa nak bagi?
Ini hasil yang bakal korang dapat daripada semua simpanan dan pelaburan, bila ikut cara yang saya kongsikan tadi :
Jumlah keseluruhan yang terkumpul adalah sebanyak RM77,414.
Korang ada cara yang lebih baik? Kalau ada, silakan buat terus dan jangan bertangguh lagi.
Saya hanya berkongsi idea yang mungkin boleh dibuat bagi mengurangkan risiko dan tingkatkan simpanan korang.
Pasangan korang lebih teruja bila dapat tau, yang kita ada perancangan kewangan yang rapi macam ni. Ibarat kira susun strategi nak pikat hati bakal pak dan mak mertua si Dia.
Eh! Siap terlebih bagi hint lagi.
—
Nak simpan duit, memang satu cabaran yang tak semua orang boleh tempuh dengan mudah. Ada je perkara yang sedut keluar duit yang nak disimpan tu.
Tapi dengan strategi macam ni, nak tak nak, korang akan ‘dipaksa’ untuk simpan duit. Tak kira apa pun terjadi.
Kalau tak mulakan sekarang, bila lagi? Boleh ke korang jawab soalan ni?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
AHZA BINTI MOHD NASIR says:
Hi sya ahza. Pelajar nursing usm, sya ada ambik ptptn.. Boleh x sya nak ikut cara ni spaya sya dpt byr balik duit pngajian ptptn? Kalau boleh mcm mna ya? Duit pngajian ptptn tu lpas tolak yuran pendaftaran, x smpi 1000, mcm mna ya
Lin says:
Salam, nak tanya..
Unit trust tu unit trust yang mana ye?
Dan kalau nak buat ASB financing tu bukan kena guna buku ASB biru ke?
Muhamad Asyraf says:
Assalamualaikum tuan,
Pada masa kini, kadar dividen ASB dan tabung haji ini tidak menentu setiap tahun… Pada 2020, kadar ini menurun kepada 4.25%… disini saya ingin bertanyakan dimana letaknya keuntungan yang boleh dinikmati oleh peminjam… Lagi satu, bagaimana kiraan kadar pembayaran zakat untuk pinjaman asbf ini… Mohon jasa tuan untuk membalas persoalan saya ini…