PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 cara berkesan didik anak anda menyimpan duit dari sekarang

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Ini adalah pepatah Melayu yang sering disebut, namun kurang dipraktikkan oleh ramai orang.

Lagi-lagi zaman serba canggih ini. Ibu bapa masa kini lebih senang hulurkan tablet kat anak mereka, berbanding turunkan ilmu berguna.

Bukan apa. Lebih awal kita mula mengajar anak kita tentang duit, lebih baik. Dah besar nanti, mereka dah sedia tahu cara nak menyimpan duit dan buat apa dengan simpanan itu.

Bagi yang baru nak bermula, Tok nak kongsikan 5 tip Miranda Marquit ini yang korang boleh gunakan segera.

Ini satu rahsia yang buatkan anak anda berminat menyimpan duit

Dah nama pun budak-budak. Kita tak boleh gunakan cara orang dewasa untuk ajar mereka tentang ini.

Apa yang boleh kita buat adalah dengan jadikan tabiat menyimpan duit, sebagai satu perkara yang seronok dibuat.

Dan ini tak terhad. Korang boleh gunakan pelbagai cara dan kreativiti korang.

Bila kita bercakap pasal konsep belajar menyimpan, pendidikan secara interaksi visual dan fizikal jadi peranan penting. Ini supaya mereka senang faham dan buat apa yang kita ajar.

Dan ini berkesan kita gunakan kat anak-anak yang berusia lebih dari 7 tahun. Ini ada beberapa idea yang korang boleh gunakan:

#1: Gunakan sampul atau tabung secara kreatif

Korang mesti dah sedia maklum dengan cara buat bajet gunakan sampul surat.

Kalau korang nak tahu, kita juga boleh ajar anak-anak gunakan strategi ini. Bahkan, ia cukup berkesan buatkan mereka rasa seronok nak simpan duit.

Kat setiap sampul atau tabung ini, minta anak korang lukiskan impian mereka, atau barangan mainan yang mereka nak dapatkan.

Biarkan mereka bebas melakar kemahuan mereka dan abadikan ia kat atas kertas, dan tampal lukisan itu kat tabung. Kalau gunakan sampul, minta mereka lukis impian mereka kat sampul itu.

Tak kisah korang nak gunakan sekadar pensil. Tapi, Tok galakkan korang gunakan krayon atau pensil warna. Dah tentu budak-budak ni lebih suka.

Korang juga boleh jelaskan kat mereka. Ada sesetengah impian akan mengambil jangka masa yang pendek, dan ada juga yang akan telan masa yang lama.

Contohnya, katakan mereka nak ke Legoland. Tak logik kalau kumpul sebulan dua, duit yang dikumpul itu akan cukup. Kat sini, kita boleh tanam sifat realistik kat mereka awal-awal.

Kalau setakat nak beli mainan kegemaran mereka, kita boleh letakkan ia sebagai simpanan jangka masa pendek.

Tak lupa juga. Buat lagi satu tabung atau sampul simpanan untuk mereka gunakan sebagai duit belanja harian mereka.

Dengan cara ini, kita boleh ajar mereka berdikari untuk mencapai matlamat dan impian masing-masing.

Dah besar nanti, korang tak perlu risau pasal cara mereka uruskan duit. Korang pun dah tak perlu pening kepala, sebab dah didik mereka pada usia muda.

#2: Ajar anak anda buat jadual matlamat simpanan

Lepas dah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak korang, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini.

Buat jadual yang berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk capai matlamat itu.

Miranda mengajar anak beliau dengan cara ini. Anaknya siap gunakan pelekat bergambar kartun Transformer (sebab nak dapatkan permainan ini) kat jadual ini.

Tak perlu hadkan kreativiti. Ajar mereka bebas untuk gunakan idea tersendiri.

Cara ini akan buatkan anak korang jelas dengan jangka masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka. Ia juga akan buatkan mereka bersemangat untuk menyimpan duit secara berterusan.

#3: Tawarkan ganjaran kat anak anda

Ini salah satu cara lagi yang boleh kita gunakan untuk naikkan semangat mereka supaya terus menyimpan.

Sebagai contoh. Kalau anak korang tak berbelanja pada satu tempoh masa, berikan ganjaran kecil seperti bawa mereka makan piza, belikan donat Big Apple, atau lain-lain.

Lebih lama mereka boleh kawal daripada tak berbelanja, tak salah untuk kita tingkatkan ganjaran sebagai sumber motivasi mereka.

Dan dah tentu ini bergantung kat kapasiti kewangan kita.

Kalau tak mampu, gunakan kreativiti. Korang boleh saja masak masakan kegemaran mereka sebagai ganjaran. Pada pandangan Tok, ini lebih baik. Sebab dengan korang sekali boleh berjimat.

#4: Jadikan diri anda sebagai mentor mereka

Anak kecil selalu ikut perbuatan orang tua mereka. Kalau kita fikirkan, masa kita kecil dulu pun sama saja.

Jadi, kita boleh mula jadikan diri kita sebagai contoh yang baik untuk mereka ikut.

Tunjukkan yang kita juga ada tabiat menyimpan. Buat satu tabung untuk diri korang sendiri dan susun tabung itu kat sebelah tabung mereka.

Bila nampak mereka nak masukkan duit dalam tabung, masukkan juga duit dalam tabung korang.

Kat sini, mereka akan nampak yang korang juga amalkan tabiat yang sama. Ini juga akan buktikan yang korang layak jadi contoh terbaik untuk mereka ikut.

Lagi satu, korang boleh mula belikan bahan bacaan tentang kebaikan tabiat menyimpan duit untuk masa depan.

Antara buku yang suka Tok cadangkan kat korang adalah Escape The Rat Race tulisan Robert Kiyosaki. Buku ini berkonsep kartun yang pasti akan hiburkan, serta berikan ilmu berguna kat mereka.

#5: Kongsikan informasi tentang pelaburan untuk masa depan mereka

Nak idea lagi best? (Tok tak dibayar Perodua sebab guna ayat ini tau). Korang boleh jelaskan perlahan-lahan kat anak korang tentang pelan pelaburan yang ada pada masa kini.

Dah tentu bila anak korang besar nanti, korang nak mereka masuk universiti. Simpanan dalam pelan pelaburan yang baik akan mudahkan proses membayar yuran universiti atau kolej yang terbaik untuk mereka.

Ada pelbagai pelan yang boleh kita gunakan, seperti pelan Takaful Pendidikan Anak (atau PTPA).

Ia adalah pelan takaful yang berikan pelindungan dan simpanan jangka masa panjang untuk biayai pendidikan tinggi anak korang. Klik sini untuk informasi lebih lanjut.

Yang penting, pilih pelan yang tepat dengan kapasiti kewangan semasa korang dan fahamkan terma dan syarat dalam perjanjian PTPA ini. Tanya ejen yang bertauliah kalau nak informasi lebih lanjut.

Anak adalah masa depan. Jadi, adalah tanggungjawab kita berikan pendedahan serta pendidikan awal yang baik tentang kewangan.

Bila dah besar nanti, mereka dah sedia pandai uruskan duit dengan berkesan. Silap-silap, dah ada simpanan berpuluh ribu ringgit. Ini pun dah lebih dari cukup. Setuju?

Apa pun, Tok doakan yang terbaik untuk ibu bapa kat luar sana dalam mendidik anak-anak mereka.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *