Makin ramai pulak orang mengadu susah nak dapat loan rumah sekarang ni.
Dan masalah utama yang Tok nampak, adalah kurang ilmu dalam perkara ini. Apa-apa pun, kena kira dulu berapa jumlah pinjaman yang korang layak dapatkan.
“Macam mana nak kira Tok?”
Nah, ini ilmu yang patut korang ada sebelum mula cari loan rumah.
Semoga ilmu ini dapat sediakan diri korang yang belum pernah memohon pinjaman rumah.
Jemput hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir yang cukup bermanfaat ini.
Selalunya, orang yang kena tolak dengan bank ni banyak bebanan hutang. Ada perangai “dapat gaji je, terus bela lebih banyak hutang.”
Daripada hutang PTPTN sampai la ke hutang kawan, tak reti-reti nak bayar. Semua jenis hutang korang sanggup bela. Pukul keliling, bak kata orang.
Pendek kata, hancur habis kewangan korang.
Sebelum ke bank untuk memohon loan rumah, korang kena tau dulu kemampuan korang macam mana.
Ni tak. Terus angkat kaki ke bank dan terus cakap “saya nak apply loan rumah” tanpa kenal dulu kemampuan korang.
Bila loan tak lepas, mula sumpah-seranah bank. Padahal, silap diri sendiri.
Ada beberapa faktor utama yang korang wajib tau sebelum memohon pembiayaan rumah daripada bank.
Antaranya:
1) Debt Service Ratio (DSR),
2) CCRIS,
3) Net Disposable Income.
DSR adalah nisbah pendapatan hutang kepada pendapatan korang. Korang akan tau berapa banyak yang korang mampu bayar balik hutang bank.
Biasanya, jumlah pembayaran balik hutang korang tak boleh lebih 70% daripada pendapatan bersih korang.
DSR maksimum juga berbeza bagi setiap bank yang ada. Korang boleh refer kat gambar bawah ni:
Tapi, ada cara nak selamatkan diri kalau DSR korang tinggi. Dengan syarat, korang kena ada simpanan yang banyak dalam bank.
So, sila bagi power simpanan korang bermula sekarang.
Ini formula nak kira DSR:
(Komitmen bulanan / Gaji bersih) X 100%
Klik sekarang untuk baca: 10 perkara yang mungkin anda tak tahu pasal loan rumah.
CCRIS adalah satu sistem yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang kumpul semua data kredit setiap individu daripada institusi kewangan.
Maklumat ni pulak, akan merumuskan semua maklumat kredit dan laporan kredit korang.
Korang seorang pembayar hutang yang cun? Akan banyak la nombor “0” dalam laporan tu.
Kalau korang jenis yang buat hal (kes bayar hutang ikut suka hati), macam-macam nombor yang korang boleh nampak kat laporan tu nanti.
Susah bank nak luluskan loan kalau CCRIS korang ada nombor selain “0.”
Takde buat hutang pun, susah nak lepas loan. Sebab bank tak tau nak ukur keupayaan korang membayar hutang.
Paling senang nak bina CCRIS adalah dengan buat ASB Financing atau kad kredit. Biasanya akan ambil masa 3 bulan, baru ada rekod.
Lepas tu, maintain bayar ansuran atau hutang kad kredit dengan baik dan jangan culas.
Korang boleh rujuk kat gambar bawah artikel ni nanti. Orang yang gaji tinggi pun tak lepas loan rumah yang dia layak dapatkan.
Siapa suruh dia ternak banyak sangat hutang jahat? Lepas untuk pinjam loan rumah yang rendah je.
Klik sekarang untuk baca: 6 cara tingkatkan kuasa pinjaman dan buatkan permohonan loan rumah anda senang lulus.
Kebanyakan bank mula implementasi sistem NDI (Net Disposable Income) ni. Selain daripada kiraan DSR, NDI jugak akan diambil kira oleh bank.
Kalau DSR korang cun, tapi NDR barai (terlalu rendah), boleh jadi bank akan tolak permohonan loan rumah korang.
Secara purata, bank tetapkan minimum NDI sebanyak RM500 hingga RM1,500. Jumlah ni ada beza untuk korang yang tinggal dalam bandar dan luar bandar ye.
Ini adalah kos sara hidup korang. NDI akan berbeza sebab faktor cawangan bank, lokasi, status perkahwinan, jumlah tanggungan, dan lain-lain.
Ini formula cara kira NDI:
(Gaji bersih – Komitmen bulanan)
Korang boleh walk-in dan tanya bank berdekatan berapa NDI mereka kira. Bawah ni ada beberapa contoh yang korang boleh tengok:
Klik sekarang untuk baca: Gaji basic tak lepas nak buat loan rumah? Strategi pendapatan proksi ini tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda.
Bawah ni pulak ada gambar yang jelaskan cara kira kelayakan pembiayaan perumahan berdasarkan DSR.
Cuba kira berapa DSR mengikut gaji semasa korang. Baru boleh tau berapa harga rumah yang korang mampu beli.
Dengan formula ni, korang boleh kira 2 benda. Tapi korang hanya dapat anggaran kasar je tau. Nak lagi tepat, korang boleh minta tolong pegawai bank.
Mula-mula, korang kena tau harga rumah dulu. Lepas tu, bahagikan harga rumah tu dengan 200. Simple je, kan?
Contohnya, katakan korang nak beli harga rumah RM350,000:
Jadi, ansuran bulanan korang boleh jadi lebih kurang RM1,150 sebulan. Yang ni tak termasuk lagi dengan Takaful tau. Tapi, harga takkan lari jauh.
Kira benda ni dengan formula bawah ni:
Katakan, korang hanya mampu tanggung RM1,250 je untuk ansuran bulanan. Dengan formula kat atas ni, bermakna korang mampu beli rumah harga RM250,000.
Jelas dah? Gua yakin korang takkan membazir lagi bila dah tau benda ni.
Takde maknanya kau nak membazir duit pada benda bukan-bukan, buat hutang macam takde hari esok, ataupun beli kereta dengan ansuran bulanan yang mahal.
Korang akan risau sekiranya pembiayaan perumahan kau akan ditolak. Fikir sikit masa depan korang.
Masa muda ni, pergi la travel lagi. Lepak kedai hipster. Lepak kedai mewah. Gunakan simpanan beli gajet yang mahal-mahal. Beli kereta import mewah.
Kalau tak rancang sekarang, bila lagi?
Disclaimer: Tak bermakna DSR korang cun, loan korang confirm lepas. Dan tak semestinya DSR korang barai, loan korang tak boleh lulus. Semua ni bergantung kat bank.
—
Sekarang, korang dah tau apa yang perlu dibuat.
Ambil balik kalkulator tu dan mula kira 3 benda ni sekarang. Dah kira nanti, baru la gerak ke bank dan mula apply loan.
Siapkan sekali segala dokumen yang perlu untuk mudahkan proses loan korang tu. Senangkan kerja bank, dan bank akan senangkan kerja korang.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]