PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 dosa kewangan yang anda wajib elak daripada terbuat

Rata – rata orang yang pandai uruskan kewangan, mesti mereka dah pernah terbuat dosa kewangan. Yelah bila dah terbuat kesilapan, lagi kita alert sebenarnya. 

Nak uruskan kewangan jadi makin power dan mantap ni perlukan ilmu yang betul dan disiplin. 

Hari ni, Tok nak kongsikan 3 dosa kewangan yang anda patut elak. Ilmu ni Tok dapat daripada  Dr. Adam Zubir.

Kalau anda berjaya elak masalah ini, kesihatan kewangan anda akan terjamin. Ini, Tok berani gerenti. Jemput baca sampai habis.

Hari ni saya nak berkongsi tentang dosa – dosa kewangan. Kalau anda terbuat atau pernah buat, baik anda cepat – cepat insaf. Sebelum saya nak bercakap tentang dosa kewangan, anda perlu tahu dulu perbezaan antara aset dan liabiliti. 

Aset adalah apa saja kepunyaan anda yang ada nilai. 

Contoh aset: 

  1. Duit simpanan yang anda ada dalam akaun bank
  2. Rumah yang anda miliki 
  3. Pelaburan anda

Liabiliti adalah apa saja yang mengambil duit daripada anda. Dengan adanya liabiliti ini, ia akan mengambil duit anda. 

Aset = duit masuk 

Liabiliti = duit keluar

Kalau  anda gunakan formula di bawah, anda akan tahu berapa net worth anda. 

Aset – liabiliti = net worth 

Apa kaitan dengan formula ni? Bahasa mudahnya, kalau anda tambah liabiliti anda dan banyak duit keluar, bermaksud lagi banyak dosa – dosa kewangan anda. 

Dosa Kewangan #1 :  Menggunakan kad kredit untuk beli barang yang anda tak mampu bayar balik

Apa yang terjadi bila anda buat ni? Katakan anda beli handbag harga RM5,000. Gaji anda RM2,000. Jadi anda pakai kad kredit untuk bayar handbag ini. Setiap bulan anda bayar kad kredit anda dan anda akan dicaj interest ke atas diri anda. Duit keluar dari anda. 

Saya gunakan kad kredit untuk bayar kebanyakan perbelanjaan bisnes saya. Saya dapat notification penyata kad kredit saya untuk bulan lepas adalah RM16,000. Tapi dia tulis minima RM800 sahaja setiap bulan. Nampak tak betapa berdosanya kalau anda hanya bayar RM800? Sebab baki RM15,200 tu anda bakal dikenakan interest setiap bulan. Selagi anda berhutang, selagi tu anda akan dikenakan interest. 

Dosa Kewangan #2 : Personal loan 

Anda dah buat hutang kad kredit. Interest untuk kad kredit 18% setahun. Sangat tinggi kan? Jadi apa anda buat? Anda decide buat personal loan. Personal loan 100K tutup hutang kad kredit. Bila buat ni, anda kena bayar pula interest personal loan. Biasanya interest untuk personal loan 6 % – 7 % bergantung kepada berapa lama tempoh yang anda ambil. Walaupun lagi rendah, apa yang menjadi masalah adalah personal loan ini anda sendiri perlu tanggung. 

Dosa Kewangan #3 : Beli kereta diluar kemampuan kewangan 

Bila anda beli kereta baru, harga kereta tu akan jatuh 10% – 20% daripada harga asal. Contoh anda beli kereta harga RM100,000. Keluar je kereta tersebut akan jadi harga RM80,000. Pastikan anda beli kereta mengikut kemampuan kewangan anda. 

Ada sebab orang yang berjaya pandai uruskan kewangan. Mereka sedar ini adalah tanggungjawab mereka sendiri dan bukan orang lain.

Kalau kita sendiri tak belajar nak uruskan perkara ni dengan baik, kewangan kita ada potensi melingkup pada masa depan.

Dan Tok pasti, tak ada siapa pun yang suka perkara ini berlaku. Jadi, mula bertindak sekarang ya. Tok doakan kewangan anda bertambah baik 2021 ni.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed