Salah satu indikator yang menjadikan nilai hartanah itu meningkat dari semasa ke semasa, adalah pembangunan infrastruktur yang berlaku di sekelilingnya.
Satu daripadanya? Pengangkutan awam.
Berdasarkan perkongsian maklumat daripada Mak Kum Shi (Editor web EFY), Light Rail Transit (LRT) Line 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia’ (LRT3) akan memberi manfaat kepada golongan yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.
LRT3 adalah projek pengangkutan awam yang melibatkan pembangunan LRT sepanjang 36 kilometer dari Bandar Utama hingga Johan Setia di Klang.
Penduduk yang berada di kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan dapat manfaat daripada kemudahan LRT3 ini.
Laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assesment) LRT 3 kini boleh dilihat di kawasan umum seperti Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Laporan ini memberikan maklumat penting bagi kedua-dua pelabur hartanah dan penduduk kawasan seperti kawasan cadangan pembangunan LRT3.
Secara asasnya, ia akan merangkumi tiga kawasan majlis perbandaran iaitu:
Pembangunan LRT3 ini juga terbahagi kepada 3 segmen iaitu:
LRT3 dijangka mempunyai 25 stesen dan 4 stesen pertukaran iaitu:
Berikut adalah senarai 25 cadangan tempat pembangunan LRT3 dan jalan raya yang terlibat, berdasarkan laporan DEIA.
No. | Nama stesen | Jalan raya yang terlibat |
1. | One Utama | Persiaran Bandar Utama |
2. | Damansara Utama | Jalan 5 |
3. | Tropicana | Jalan Tropicana Selatan 1 |
4. | Lien Hoe | Persiaran Tropicana |
5. | Dataran Prima | Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) |
6. | Persada PLUS | Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) |
7. | Station 3 | Persiaran Kerjaya |
8. | Temasya | Persiaran Kerjaya |
9. | Glenmarie | Persiaran Kerjaya |
10. | Stadium (Grand Sentral) | Persiaran Sukan |
11. | Persiaran Hishamuddin | Persiaran Hishamuddin |
12. | Section 14 | Persiaran Dato’ Menteri |
13. | SIRIM | Lebuhraya Persekutuan |
14. | UiTM | Lebuhraya Persekutuan |
16. | Bukit Raja | Persiaran Bestari |
17. | Kawasan 17 | Persiaran Bukit Raja |
18. | Jalan Meru | Jalan Meru |
19. | Klang | Jalan Jambatan Kota |
20. | Taman Selatan | Persiaran Tengku Ampuan Rahimah |
21. | Sri Andalas | Jalan Langat |
22. | Tesco Bukit Tinggi | Jalan Langat |
23. | AEON Bukit Tinggi | Jalan Langat |
24. | Bandar Botanik | Jalan Langat |
25. | Johan Setia | Jalan Langat |
Sebagai seorang pelabur hartanah, kawasan-kawasan di atas berpotensi membantu menaikkan harga hartanah dalam masa beberapa tahun.
Seperti yang kita sedia tahu, kawasan Lembah Klang sememangnya mempunyai potensi yang pelbagai. Dari kaca mata seorang penduduk, mereka bakal merasai kewujudan satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.