Tok percaya, pasti ramai yang suka baca pasal pengalaman orang lain.
Banyak yang kita boleh belajar dari cerita mereka. Yang penting, kita takkan ulang buat kesilapan mereka yang dulu.
Kalau buat jugak, Tok tak tahu nak cakap apa. Bawak-bawak la bertaubat. Contoh dah ada depan mata kot.
Hadamkan perkongsian Tuan Harith Faisal ni baik-baik. Banyak yang kita boleh belajar tentang cara kumpul duit rumah dari mula.
Kalau mamat ni boleh buat dalam masa 10 bulan, apa pulak alasan korang?
Saya bercadang nak kongsikan kisah benar seorang fresh graduate, yang berjaya memiliki 2 rumah selepas 10 bulan mula bekerja.
Saya akan highlight-kan kesilapannya dan juga akan berikan cara yang lebih baik, supaya fresh graduate lain boleh beli rumah lebih cepat dan berstrategik berbanding mamat ni.
1. Dia mula menghadiri seminar dan talk hartanah pada bulan Ogos 2014. Pada masa yang sama membaca buku-buku hartanah dan follow sifu-sifu hartanah di Facebook.
2. Dia mula bekerja pada hujung bulan September 2014 pada usia 23 tahun, sebagai staf kontrak dengan gaji kurang daripada RM3,000.
Dia buat saving sebahagian besar daripada gaji. Sebab dia tahu. Lagi banyak dia menyimpan, lagi cepat terkumpul modal deposit untuk beli rumah.
3. Dia mula berjinak-jinak dengan website mudah.my untuk mencari rumah di bawah harga pasaran walaupun masih dalam status pekerja kontrak.
Buat site visit rumah yang dia berkenan untuk dapatkan pengalaman berunding (negotiation) dengan owner dan ejen hartanah.
4. Anak pertama mereka lahir pada bulan November 2014.
Memang mencabar jugak sebab agak banyak duit simpanan diguna untuk persediaan barang-barang anak dan juga kelahiran. Excited anak pertamalah katakan.
Ambil pakej yang paling murah di hospital swasta. Biarlah murah pun, asalkan bukan doktor lelaki yang sambut kelahiran anak mereka.
Alhamdulillah dapat baby boy.
5. Pada bulan Mac 2015, dia dapat convert jadi permanent position, dan dia terus buat kad kredit walaupun pada waktu tu dia masih dalam probationary period.
Tujuan ni adalah untuk mewujudkan rekod CCRIS.
Cadangnya lepas beli rumah nak terminate kad kredit tu. Tapi sampai sekarang masih guna. Sebab dia adalah pengguna kad kredit yang bagus. Tak pernah lagi baki tertunggak.
Kad kredit mudahkan dia untuk isi minyak dan beli barangan keperluan harian.
Tapi ingat, kad kredit adalah mimpi ngeri kepada orang yang kaki shopping dan suka turutkan hati.
6. Selepas 3 bulan pakai kad kredit (Jun 2015), dia terjumpa rumah yang sesuai sebagai rumah pelaburan pertamanya.
Rumah flat yang dijual 17% di bawah harga pasaran. Pembiayaan rumah lulus dengan mudah. Alhamdulillah.
7. Untuk rumah pertama, dia hanya gunakan sebahagian kecil daripada kelayakan pinjamannya. Jadi, dia dapat beli rumah kedua pada bulan berikutnya. Rumah landed di Negeri Sembilan.
Tiada apa-apa masalah kerana dia beli dengan ilmu dan tahu kelayakan pinjaman maksimum.
Alhamdulillah pada Julai 2015, dia berjaya memiliki 2 buah rumah.
8. Untuk rumah ketiganya pun ada juga kisahnya. Tapi In shaa Allah saya akan ceritakan pada masa yang lain.
9. Sebenarnya apa yang dia lakukan itu bukanlah cara yang terbaik dan terpantas untuk fresh graduate beli rumah secepat mungkin.
Dia beli rumah dengan ilmu yang agak terhad, tanpa bimbingan personal daripada sifu-sifu dan orang yang lebih berpengalaman.
Jangan ulangi kesilapan mamat ni. Perkara yang korang boleh diperbaiki berdasarkan kisahnya adalah:
Dia agak lambat bermula. Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik.
1. Simpan duit deposit rumah sebanyak sejak di universiti. Buat part time mengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, suka hati korang. Janji halalan toyyiban.
2. Buat ASB Financing-i dan bayar guna duit PTPTN atau biasiswa.
Setahun pertama bayar installment. Tahun berikutnya rolling guna dividen. Jadi tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa.
Korang digalakkan untuk follow FB sifu-sifu ASB.
3. Cari dan belajar ilmu hartanah secepat mungkin. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita ada semasa nak beli rumah bila dapat kerja nanti.
4. Target kerja yang berstatus permanent. Kalau kerja kontrak yang short term, bank susah nak beri pembiayaan perumahan. High risk applicant katanya.
Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima je. Mungkin rezeki korang memang dekat situ. Kerja rajin-rajin supaya cepat convert jadi permanent.
Pokok pangkal, korang wajib cari kerja secepat mungkin.
5. Beli 2 rumah pertama serentak. Jimat masa, jimat tenaga. Setiap daripada kita boleh dapat margin of finance (MOF) sehingga 90% untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua.
Kira kelayakan loan korang sebelum beli rumah tau. Jangan main hentam beli rumah atas tahap kemampuan semasa kita.
6. Perlu ada support group. Kalau nak tanya apa-apa, boleh terus dapat jawapan. Masa dia beli 2 rumah tu, takde support group yang baik.
Sekarang dah ada. Hehe. Terima kasih MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH (group WhatsApp).
Buat adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga korang berjaya memiliki rumah dengan lebih pantas lepas ni.
Lepas ni, In shaa Allah mungkin kita dengar pula cerita budak umur baru 22 tahun, dah berjaya memiliki 3 buah rumah selepas 4 bulan mula bekerja.
Silakan SHARE artikel ni supaya perkara ini boleh menjadi realiti suatu hari nanti.
Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah. Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan mahal, jubah mahal, kereta mahal.
Beli je rumah banyak-banyak di awal usia. Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.
—
Tok nak korang pasak ilmu ni dalam-dalam dekat otak tu. Biar dia melekat dan sebati dengan diri korang.
Korang yang tengah belajar dan baru mula bekerja tu, apa lagi. Sila kumpul paksa diri duit bermula sekarang.
Mana tahu. Lepas ni, ada pulak cerita korang beli 2 bijik rumah tak sampai sebulan bekerja. Hehe.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.