Pengurusan kewangan adalah topik yang berulang kali Tok kongsikan. Lagi-lagi untuk korang yang fresh graduate.
Bila dah habis belajar, korang akan mula masuk ke alam pekerjaan. Bakal bermula episod baru dalam sejarah hidup korang.
Dan bila dah ada duit, macam-macam pulak benda nak beli.
Biasa la tu. Tapi kalau melampau-lampau dan tak terkawal, boleh jadi padah yang bakal berpanjangan.
Nah, hadamkan elok-elok perkongsian sempoi Tuan Jimmy Haryzul ni. Korang akan tahu nak buat apa lepas habis baca.
Orang muda sekarang beruntung ya amat, sebab dah boleh dapat banyak ilmu kewangan berbanding dulu.
Buka je Facebook, dah boleh dapat ilmu. Walau tak perfect, tapi kesedaran berjimat tu boleh diadakan.
Jadi untuk orang muda kalau nak berjimat, aku suggest pada usia sebelum kahwin ni :
Duduk menyewa bilik yang dekat dengan public transport seperti LRT, MRT. Jimat kos, satu hal. Pada masa yang sama, korang pun boleh jimatkan masa.
Dengan syarat, tren tak buat hal la. Kalau rosak, lain cerita.
Sewa je bilik saiz kecil atau medium. Macam kat Gombak, kondo Purta Villa boleh disewa pada harga RM350 hingga RM400 sebilik. Dah la dekat dengan stesen LRT.
Kalau boleh, tak perlu beli kereta. Sebab kos selenggara kereta ni, tinggi weh.
Ada bank loan, maintenance, cuci kereta, road tax, insurance, dan macam-macam lagi. Kos memiliki MyVi je, dah cecah RM1,000 sebulan (secara purata).
Itu kalau kereta korang tak bergerak. Kalau banyak berjalan, bertambah la kos petrol, tol, dan maintenance kereta.
Masa apply kerja tu, pastikan korang tengok jugak dekat mana office syarikat tu. Dekat dengan public transport tak?
Jadi, dalam 10 syarikat korang apply tu, ada 8 yang terletak dekat dengan public transport. Bermakna, ada la peluang tinggi nak dapat kerja office yang dekat dengan LRT/MRT.
Nak berhibur pergi berjalan di shopping mall? Korang pakai je MRT Line 1 tu.
Ada berapa banyak shopping mall korang boleh pergi. Antaranya IKEA Damansara, One Utama, Bukit Bintang, KLCC, dan lain-lain lagi.
Sampai sana, beli apa yang perlu je. Bukan beli apa yang korang nak. Nak jimat masa shopping, korang beli air mineral Spritzer tu je.
Lagi elok daripada korang bedal air berbelas Ringgit tu. Sihat pun sihat.
Kalau nak makan, makan makanan yang boleh bagi korang kenyang. Bukan junk food yang harga cecah RM10 ke atas tu.
Pakai smartphone, tengok balik kat keperluan. Ni, aku tengok smartphone kamera canggih, tapi ambil gambar pun jarang.
Lain la macam peniaga online. Mereka beli phone mahal sebab nak ambil gambar produk. Buat duit balik.
Internet kat rumah sewa tu, kongsi bayar dengan kawan-kawan lain. Atau pun korang ajak jiran sebelah tumpang. Jangan download yang bukan-bukan, dah la. Jadi slow bila korang nak pakai nanti. Haha.
Kalau perlukan sangat kereta untuk apa-apa tujuan, pakai je perkhidmatan Uber atau Grab.
Itu pun kalau kerja korang tak pakai kereta sangat la. Kalau jenis yang kerap turun site dan ke sana-sini tu, memang tak boleh buat apa la.
Bab ni penting. Kalau korang kawan dengan mindset kaki shopping, korang jugak bakal jadi kaki shopping.
Kalau korang kawan dengan si pemalas, lambat-laun korang akan ikut jejak langkah kawan tu.
Kalau kawan korang haters pelabur hartanah, korang bakal tengok je orang lain melabur, tapi korang pulak bazirkan duit ke tempat lain.
Kawan dengan semua orang. Tapi rapatkan diri dengan orang yang ada ilmu pelaburan, kewangan, atau bisnes.
Sedang dalam menjaga kewangan, maka cari la ilmu nak kembangkan duit. Boleh buat bisnes dropship, atau bisnes kecil-kecilan.
Kalau takde masa, belajar la ilmu pelaburan hartanah. Mudah. Takde la complicated macam saham. Kalau pandai, tak apa. Boleh teruskan.
Baca banyak buku dulu sebelum korang masuk kelas-kelas pelaburan yang beribu-ribu tu.
Follow tip-tip free dari mereka yang banyak share di media sosial, laman web, dan lain-lain.
Masuk kelas mahal tapi kau pun tak faham apa pun, tak guna jugak. Mula dulu dengan benda free dan murah.
Yang penting, ‘bermula dengan jadi berilmu.’
Bila nak cuba melabur, yang penting dalam pelaburan ni kena urus risiko. Bak kata pepatah mat saleh :
“Don’t put all eggs in a busket”
“Never test the depth of water with both of your feet”
Melabur la dalam apa pun, tapi jangan lupa petua di atas.
Di usia masih mentah ni, jangan korang pandai-pandai nak join skim-skim yang bagi return melampau. Selagi korang takde ilmu bisnes, ilmu urus kewangan, dan ilmu pelaburan yang betul.
Sebab? Kerana tanpa ilmu, korang takkan tahu apa yang korang masuk tu high risk atau tak.
Jadi kalau takde ilmu, elakkan terus la kan. Kenapa nak ambil risiko melabur benda yang tak proven (terbukti)?
Macam pelaburan hartanah ni, dah berzaman dah proven. Saham pun sama. Unit trust pun sama. Berbeza kat bab urus risiko je la.
Aku akui, masa muda dulu aku pun tak buat banyak perkara di atas.
Tapi sekarang, aku dah sedar betapa pentingnya jadi orang yang berhati-hati dalam bab kewangan.
Bila korang jaga betul-betul, baru korang akan nampak betapa banyaknya benda korang boleh buat untuk duit membiak berganda-ganda. Kata nak jadi kapitalis, kan? Haha
—
Tok berani jamin kewangan korang akan terjaga bila buat 10 tip ni. Bukan susah pun. Antara korang nak atau tak nak buat je.
Kebalkan hati, gagahkan diri. Gaji yang susah-susah korang dapatkan tu, gunakan untuk bina masa depan.
Ilmu ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang supaya bertambah ramai yagn celik kewangan.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]