PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

10 rukun pelaburan power (yang tak ramai pelabur guna)

Apa cara nak pastikan pelaburan yang kita buat sentiasa jana untung?

Selalu, kita akan tengok ilmu yang teknikal. Tapi sebenarnya, banyak ilmu common sense yang dilupakan pelabur, tak kira lama atau baru.

Bak kata pepatah yang semakin popular sekarang ni :

“Common sense is not so common anymore”

Matt Faircloth daripada BiggerPockets.com ada kongsikan 10 rukun pelaburan yang wajib setiap pelabur turuti, jika tak mahu rugi teruk.

Tak nak rugi dalam pelaburan? Baca lagi

Yang pasti, rukun pelaburan ini tak lapuk zaman (bersifat “evergreen“). Namun, tak ramai yang mampu ikut peraturan ini, walaupun hakikatnya ia cukup mudah diikuti.

Tak ada siapa nak rugi dalam pelaburan. Setiap pelaburan, sudah pasti kita mahu untung, walaupun sedikit. Seperti yang Warren Buffett pernah katakan:

“Rule No.1 in investing is NEVER LOSE MONEY. Rule No.2 is, NEVER FORGET RULE NO.1”

Rukun pelaburan #1 : Apa objektif utama yang anda nak capai?

Semasa mahu mula melabur, kita boleh kaji dahulu bagaimana hendak mencapai objektif yang dituju.

Rangka soalan seperti berikut bagi merangka objektif yang baik:

1) Adakah kita mahu sewakan kepada orang?

2) Atau kita mahu lakukan “flipping?”

3) Apakah taraf ubahsuai rumah yang anda mahu buat?

4) Berapakah bajet yang anda mampu letak untuk perkara itu?

5) Apakah harga terakhir yang mahu dicapai jika mahu jual sebuah rumah?

6) Berapakah jumlah sewa bulanan yang anda mahu letak?

7) Berapakah aliran tunai (“cashflow”) yang anda mahukan untuk setiap pelaburan?

Jika tidak menetapkan objektif yang cukup jelas, kita akan mudah terlepas pandang kepada masalah yang ada.

Tiada siapa yang sanggup buang masa yang berharga dan akhirnya, tidak dapat pulangan yang baik.

Lebih teruk lagi, peratus untuk rugi adalah tinggi.

Rukun pelaburan #2 : Kekalkan tahap fokus yang tinggi

Agak mudah untuk hilang fokus dalam bidang ini.

Kawan kepada Faircloth gelarkan golongan ini sebagai “chasing shiny nickels” (mereka yang terlalu asyik mengejar untung yang belum pasti).

Tak dinafikan, ada banyak peluang untuk buat banyak duit di luar sana. Ada peluang yang benar-benar menguji dan menggoda para pelabur, dek kerana potensi pulangan yang menggiurkan.

Namun, tak semua akan berikan pulangan seperti janji-janji manis yang ditabur. Kebanyakannya, ia bakal hampakan kita.

Lebih baik kita fokus buat satu perkara dalam satu masa. Ada banyak kes seperti ini yang terjadi. Adalah bagus belajar daripada pengalaman buruk orang lain, agar kita tidak bertindak mengulanginya.

Rukun pelaburan #3 : Pelaburan jangka masa panjang berbanding jangka masa pendek?

Ada banyak strategi bagi mendapatkan pulangan pelaburan berganda dalam masa yang singkat.

Perkara ini tidaklah salah. Tetapi ia tidak digalakkan kerana ia tidak membina kekayaan untuk jangka masa panjang. Pelabur yang baik lebih suka tumpu perhatian kepada bentuk pelaburan ini.

Ini tidak bermakna mereka tidak suka ceburkan diri kepada pelaburan masa singkat. Sudah tentu mereka tidak suka ambil mudah kepada sebarang peluang yang ada. Cuma, mereka lebih suka fokus kepada pelaburan jangka masa panjang.

Ini kerana mereka tetapkan fokus bagi mengukuhkan keuntungan yang panjang, walaupun ia sekadar untung yang kecil pada permulaannya. Kata kunci untuk perkara ini adalah sabar.

Jika kita lakukannya bersama pelan tindakan yang baik, sudah pasti ia akan beralih hasilkan untung berlipat kali ganda di masa hadapan.

Rukun pelaburan #4 : Elak diri dari jadi mangsa emosi

Faircloth juga mengaku, beliau kerap kalah dalam mengawal emosi. Beliau dengan jelas membuktikan bahawa pengaruh emosi amat besar dalam kehidupan seharian seorang manusia.

Faircloth nasihatkan supaya belajar strategi dan cara bagi mengawal emosi secara efisyen. Ini kerana, emosi bertindak mengganggu kita buat keputusan yang jelas dan baik.

Sudah tentu kita tidak mahu menyesal dengan keputusan yang telah kita buat kemudian hari.

Berikan perhatian kepada jenis emosi seperti:

1) Takut.

2) Marah.

3) Tamak.

4) Teruja.

5) Putus asa.

Emosi seperti ini akan berikan kesan ketika mahu buat sesuatu keputusan yang tepat. Jika sedang beremosi, ambil masa seketika dan tarik nafas panjang.

Teknik ini bertindak menyalurkan oksigen kepada otak kita agar berfikir secara lebih jelas.

Rukun pelaburan #5 : Mahirkan diri bermain dengan nombor

Bidang pelaburan hartanah kerap bermesra dengan nombor setiap kali. Jadi, tidak salah untuk katakan nombor sebagai makanan ruji bagi industri ini.

Jelas sekali matematik memainkan peranan penting dalam dunia pelaburan hartanah. Bahkan lain-lain bentuk pelaburan yang ada di muka bumi ini.

Adalah digalakkan menimba ilmu kira-kira sebagai persediaan awal sebelum bergiat aktif dalam bidang ini.

Ia tidak pernah merugikan. Bahkan akan menjadikan kita lebih peka dan melakukan ramalan secara logik dalam bahagian keuntungan dan sebagainya.

Siapa yang mahu memperjudikan keuntungan kepada nasib semata-mata? Ilmu ini akan buat kita lebih berhati-hati dan mengawasi gerak-geri pelaburan dengan munasabah serta lebih jelas.

Rukun pelaburan #6 : Kekalkan sikap positif dalam diri

Lumrah dunia pelaburan. Ada masa kita capai puncak. Ada masa muka tersembam ke tanah.

Kerap kali kita bertindak menyalahkan diri sendiri apabila mengalami kerugian. Namun hakikatnya, ia bukanlah berpunca daripada kita. Ia adalah norma dunia pelaburan.

Anggap dunia pelaburan sebagai refleksi kehidupan sebenar kita di dunia ini. Tidak logik untuk katakan kehidupan seharian kita tidak pernah ditimpa musibah, bukan?

Perkara ini jelas membuktikan pentingnya mentaliti yang baik, agar kita berpantang jatuh seperti tiada hari esok dan peluang baru dalam hidup.

Fokus kepada objektif yang mahu dicapai dan hasilkan penyelesaian secara kreatif kepada masalah yang menimpa. Teruskan usaha sehingga berjaya capai matlamat kita. Berputus asa tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik.

Rukun pelaburan #7 : Jangan kelam-kabut. Nanti makan diri sendiri

Ada pengajaran yang berharga daripada pepatah melayu ini:

“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran.”

Adalah perkara biasa jika sudah dapatkan beberapa pencapaian dalam pelaburan, akan timbul rasa tidak sabar untuk meningkatkan taraf pelaburan kita.

Selalunya, ia berpunca daripada aspek keuntungan yang akan berlipat ganda.

Maju itu bagus. Cuma ia perlu dikawal dengan baik. Kebanyakan pelabur kerap melangkaui kapasiti mereka kerana tidak sabar dan terlalu tergopoh-gapah.

Adalah bagus melabur bagi mengukuhkan infrastruktur pelaburan demi kesenangan masa hadapan.

Lebih banyak kita melabur kepada kapasiti perniagaan atau pelaburan, lebih baik. Jika tidak, kemungkinan besar pelaburan atau bisnes kita tinggi potensinya untuk lingkup.

Rukun pelaburan #8 : Buru tawaran yang terbaik

Kita mungkin akan ambil tawaran yang “biasa-biasa” jika tiada peluang lain. Namun, jika ada pilihan, sudah pasti kita akan pilih tawaran yang “terbaik.”

Sudah pasti ada beza ketara antara tawaran yang “biasa-biasa” dan tawaran yang “terbaik.”

Pelaburan “biasa-biasa” yang dimaksudkan merujuk kepada peluang yang tidak menepati ciri-ciri keuntungan yang kita mahukan. Tambahan pula, ia jauh berisiko daripada biasa.

Jika ada sebarang masalah semasa menguruskan pelaburan ini, peratus terjerumus dalam masalah lebih besar adalah tinggi. Saya jamin, anda tidak mahu ini berlaku.

Bagus untuk sentiasa bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang. Strategi yang terbaik adalah dengan meneliti setiap tawaran dan menguruskan risiko yang ada.

Rukun pelaburan #9 : Bantu-membantu amalan mulia?

Ini adalah asas “networking” 101.

Sentiasa ringankan tangan bantu pelabur lain dengan ambil tahu perkara atau objektif yang mereka mahu capai. Jauh lebih baik jika kita boleh bantu mereka sehingga berjaya capai objektif yang mereka mahukan.

Dengar seperti mudah, namun tidak ramai yang mengamalkan perkara ini.

Walaupun kita baru libatkan diri dalam sesuatu industri, pasti ada perkara yang kita boleh tambah nilai kepada kehidupan orang lain. Sudah tentu ia akan buat si penerima menghargai segala usaha dan jasa kita.

Dengan komited memberikan nilai serta bantu pelabur lain capai objektif mereka, ia akan beri impak positif kepada bisnes anda.

Pada masa yang sama, ia bina kepercayaan dan kukuhkan hubungan bersama pelabur lain.

Rukun pelaburan #10 : Belajar dengan mentor atau guru yang betul

Mentor adalah orang yang sudah hadapi perjalanan sebelum kita. Mereka juga adalah orang yang sudah berada di tempat yang kita mahu berada dan boleh bantu kita capai objektif yang kita mahukan.

Setiap orang pasti ada mentor dalam hidup mereka, tidak kira secara sedar atau tidak sedar.

Mereka bagaikan seorang guru yang pegang rotan di tangan, dan tunggu masa untuk melibas agar kita bergerak ke arah objektif kita. Mereka juga berfungsi sebagai bekal semangat yang kita perlukan untuk berjaya.

Jangan terkejut jika kita lebih cepat berjaya dengan adanya bantuan mentor. Kejayaan akan lebih mudah dihidu serta dicapai dengan adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka.

Hubungan antara mentor dan murid boleh ditingkatkan menjadi rakan kongsi. Sentiasa jaga hubungan baik dengan mereka. Tidak mustahil akan ada peluang besar dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tok percaya, tidak mustahil rukun-rukun ini boleh selamatkan pelaburan yang kita lakukan.

Ilmu ini tak terhad kepada mereka yang sudah lama melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Yang pasti, ia akan bantu kita capai objektif yang selama ini kita impikan.

Ilmu ni bermanfaat untuk korang? Tolong Tok SHARE kat kawan-kawan korang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah tu. Ilmu macam ni pasti dapat bantu mereka.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *