Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang tak dinafikan, peribahasa ni ada betulnya. Sikit lama pun kita mula simpan duit, lama-lama akan jadi banyak juga.
Bila dah banyak, mestilah kaya, kan? Tak semudah itu sebenarnya. Bila kita menyimpan, memang duit tu selamat je kalau kita jenis boleh kawal nafsu untuk tak pakai.
Tapi duit tu setakat di situ je, dia tak ‘bekerja’ untuk kita. Jadi macam mana nak bagi duit kita ni beranak, sebenarnya?
Ada banyak pelaburan yang korang boleh pilih; dari pelaburan hartanah sampailah ke saham. Semua ni investment vehicle yang boleh tambah duit kita sebenarnya.
“Kalau simpan duit je, tak boleh kaya ke Tok?”
Tok boleh jawab, tapi nanti spoiler la kat korang. Oleh tu, harini Tok nak korang selam dalam-dalam nukilan Fiona Ho (iMoney) ni.
Walaupun terma saving dan investing selalu berkait antara satu sama lain, ia sebenarnya tak berkongsi satu maksud yang sama.
Simpanan (mengikut definisi), adalah proses pemeliharaan duit daripada terkesan dek kerugian secara fizikal.
Antara contoh kaedah menyimpan secara kasar adalah melalui deposit tetap (fixed deposit) atau sekadar kat bawah bantal.
Pelaburan pula, bermaksud mengambil sebahagian duit kita dan membeli perkara yang ada potensi meningkat dari segi nilai (contohnya, hartanah atau saham).
Ini bertujuan untuk lindungi duit kita dari susut dari segi nilai. Pada masa yang sama juga, kita dapat menjana untung.
Menyimpan adalah satu tabiat yang mulia. Dan cuma sekadar itu saja.
Ia masih tak lindungi duit kita daripada keadaan ekonomi atau kadar inflasi yang melambung tinggi, yang akan buatkan nilai duit kita berkurang dari masa ke semasa.
Senang cerita, RM1,000 hari ini tak akan sama nilai dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang.
Dan untuk elakkan kesan inflasi dan kekalkan standard kehidupan semasa, kita perlu kembangkan duit pada kadar yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi semasa.
Dengan menyimpan, ia wujudkan peluang yang meningkatkan potensi untuk tambahkan jumlah duit kita.
Ramai orang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Contohnya:
Kalau nak capai matlamat ni, mula rangka dan berusaha mencapai matlamat kewangan (jangka masa pendek dan panjang) kita.
Kewangan kita tak akan ke mana-mana, selagi kita tak belajar gunakan duit dengan betul. Dan hidup dengan bergantung kat gaji bulanan juga tak akan membantu.
Pelaburan akan membantu kita gunakan duit secara sistematik, bagi mencapai impian kat atas tadi.
Cuma, profil pelabur setiap orang tak akan sama, dan ia berlainan matlamat serta keperluan yang berbeza.
Modal, pendapatan, umur, dan holding power antara faktor yang akan tentukan jenis pelaburan yang boleh kita buat.
Kalau korang dah berumur 55 tahun dan dah nak bersara, dan berniat nak tingkatkan dana persaraan, elok korang melabur secara play safe.
Boleh saja kalau nak letakkan lebih banyak aset kat pelaburan yang tak berisiko tinggi, seperti unit trust atau saving bonds.
Lain pula cara permainan kalau korang muda lagi.
Katakan, korang baru berumur 25 tahun dan tengah menyimpan untuk beli rumah pertama, perkahwinan, dan dana persaraan.
Yang ini, tak salah kalau nak buat pelaburan yang berisiko tinggi macam saham atau lain-lain. Sebab korang masih ada banyak masa untuk kaji pasaran.
Dan kalau kecundang pun, masih muda lagi. Boleh cuba dan terus mencuba sampai ia menjadi.
Sentiasa tulis dulu matlamat kewangan yang nak dicapai. Ini akan bantu tetapkan fokus, dan elakkan kita tergelincir daripada landasan yang betul.
Lebih berisiko kalau kita tak melabur langsung berbanding mereka yang melabur.
Kita ada risiko kehilangan nilai duit itu sebab inflasi, serta peluang untuk kembangkan duit sedia ada kalau setakat menyimpan duit semata-mata.
Bukan satu keputusan yang bijak kalau letak semua telur dalam satu bakul yang sama. Lebih teruk lagi, semua duit itu disimpan kat bawah bantal saja (stail orang dulu-dulu).
Dan ini sama saja kalau korang letakkan duit kat akaun simpanan dengan kadar faedah yang rendah.
Tok bagi satu contoh.
Dengan menyimpan RM5,000 dalam akaun simpanan tetap dengan kadar 3.75%, korang akan dapat untung RM938 dalam masa 5 tahun.
Tapi, bila korang simpan dalam unit amanah dengan jumlah yang sama dengan kadar purata 5%, korang akan dapat kira-kira RM1,381.41 dalam tempoh masa yang sama.
Tok rasa, korang dah tahu nak bezakan yang mana lagi banyak buat untung, kan?
Pelaburan berikan kita peluang untuk menjana keuntungan, pada masa yang sama, kurangkan risiko.
Pelabur sentiasa digalakkan untuk melabur dalam pelbagai kelas seperti saham, unit amanah, bon, dan macam-macam lagi.
Peruntukan aset boleh dikaji semula dari masa ke semasa dalam setiap peringkat kehidupan kita, supaya pelaburan yang tepat dapat dibuat tanpa rugikan banyak modal dan masa.
Target kita? Dah tentu nak dapatkan pulangan maksimum dari setiap pelaburan yang berbeza.
Betul. Tak tentu lagi kita gerenti boleh buat untung bila pelbagaikan instrumen pelaburan.
Tapi, ia masih komponen yang penting bagi mencapai matlamat jangka masa panjang, serta mengurangkan risiko pelaburan kita.
Tak semestinya kita perlukan sejumlah modal yang besar untuk buat pelaburan. Sekarang, dengan RM1,000 pun dah boleh mulakan pelaburan ETF dan REIT.
Simpanan tetap tak berikan korang pulangan yang tinggi.
Tapi, kita tak ada masalah ini dengan pelaburan lain. Ya, korang boleh kata fixed deposit lebih selamat dan tak tinggi risiko.
Tapi kalau nak jana untung yang banyak, kena buat pelaburan yang berisiko. Dan bukan kita tak boleh nak uruskan risiko ini supaya ia tak buatkan pelaburan kita melingkup.
Pelaburan berikan kita macam-macam kelebihan. Contohnya, kuasa compunding interest. Sebab tu Tok selalu pesan. Lagi awal korang mula melabur, lebih bagus.
Bayangkan, korang mula melabur waktu muda-mudi. Tempoh masa compounding interest buat kerja akan jadi lebih lama.
Bermakna, lebih banyak untung yang pelaburan korang dapat jana.
Tak salah nak labelkan tabiat menyimpan sebagai satu amalan murni, atau sediakan kita untuk hadapi sebarang kecemasan.
Masa kecil dulu, tak putus-putus kita dengar nasihat ni daripada semua orang, kan?
Cuma, kan lebih baik kalau kita bagi contoh supaya anak-anak kita nampak kelebihan melabur dari awal.
Kan lebih bagus kalau cakap macam ni kat anak kita:
“Dengan RM1,000 hari ni, ia boleh berubah jadi RM1,465 dalam tempoh 5 tahun, dengan kadar faedah purata sebanyak 10% setahun.”
Bagus untuk kita berikan pendedahan macam ini kat anak-anak. Melentur buluh, biar dari rebungnya.
Tak ada satu strategi pelaburan yang dapat menjamin kekayaan. Tapi, kita masih ada potensi mencapai matlamat berbanding dengan hanya menyimpan wang semata-mata.
Setiap pelaburan ada ciri-ciri, risiko, dan keadaan pasaran yang tersendiri. Jadi, terpulang kat kita untuk cari maklumat dan ilmu, kemudian buat keputusan pelaburan yang tepat.
—
Apa yang Tok nampak, kalau sekadar menyimpan je, memang lama lagilah kita nak jadi kaya.
Bukan apa, RM50 hari ini tak semestinya sama nilainya dengan 5 tahun akan datang. Kalau dulu pun RM50 tu boleh dapat 1 troli, sekarang? Satu bakul pun tak penuh.
Ada sebab Tok galakkan korang buat apa yang patut lepas perkongsian tadi. Kalau sampai bila-bila korang stay dekat zon selesa tu, sampai bila-bila lah tak kaya.
Apa-apa pun, Tok doakan moga apa saja yang korang rancang tu, korang dapat capai dan dipermudahkan, insyaAllah.
–
Kalau korang minat nak belajar lebih banyak lagi berkenaan ilmu hartanah, Tok nak ajak korang hadir ke webinar saudara Faizul Ridzuan ni. Kat sini, akan ada banyak ilmu mahal yang beliau akan kongsi secara percuma. Ya, PERCUMA jee. Kalau nak, klik gambar di bawah untuk daftar, okay?