Siapa yang tak ada impian nak beli rumah rumah baru, kan?
Cuma, masalah dalam hal membeli rumah adalah kos permulaan (entry cost) yang agak ‘keras.’ Tak semua orang bersedia dan mampu nak tanggung kos ni.
Kalau nak beli untuk tujuan pelaburan, korang kena pastikan beli rumah yang betul.
Dan ini soalan yang patut korang jawab sebelum membeli:
“Rumah mana yang berikan aliran tunai (cash flow) dan juga peningkatan modal (capital appreciation) yang baik?”
Hadamkan perkongsian Cikpuan Rebecca Shamasundari dekat blog iMoney ini.
“Lokasi, lokasi, lokasi.”
Ini adalah mantra yang wajib seorang pelabur hartanah pasakkan dalam minda.
Dan dalam pemilihan untuk beli rumah jenis high rise, kaji dulu kawasan mana yang ada potensi untuk membangun dengan lebih pesat.
Pada masa yang sama jugak, pastikan rumah yang korang nak beli tu dekat dengan kemudahan yang korang perlukan.
Antara contoh soalan yang korang boleh jawab dulu seperti :
Satu lagi yang korang kena ambil kira sebelum buat keputusan untuk beli unit high rise.
Kalau korang ada anak-anak kecil atau orang tua yang tinggal bersama, korang kena tengok jugak faktor ketinggian unit yang nak dibeli.
Cala ikut contoh atas ni, lebih logik dan berbaloi untuk korang beli unit di tingkat yang lebih rendah. Kalau jadi apa-apa kat lif tu, korang ada akses mudah melalui tangga.
Takde la tinggi sangat korang kena naik turun untuk sampai ke rumah sendiri.
Dan kalau korang jenis yang suka menikmati pemandangan bandar, unit di tingkat tinggi adalah pilihan yang sesuai. Tapi, korang kena jaga-jaga tentang bab harga la.
Antara aspek lain yang korang kena kaji jugak adalah status unit rumah yang korang nak beli tu.
Korang boleh periksa status tanah rumah tu dengan mudah dengan merujuk dalam geran. Periksa sama ada rumah tu bawah status tanah residential (kediaman) atau commercial (komersial).
Kalau korang beli rumah bawah status komersial, korang kena bersedia untuk bayar kos utiliti yang lebih tinggi berbanding unit di bawah status kediaman.
Faktor parking (tempat letak kereta) jugak, korang kena ambil kira sekali bila nak beli rumah high rise.
Tok sertakan sekali contoh soalan yang korang boleh tanya kat diri sendiri :
Biasanya, pembeli apartmen high rise akan dapat sebiji atau 2 biji parking, dan unit seperti SoHo, SoFo, dan lain-lain versi yang sama waktu dengan ini, mungkin tak dibekalkan dengan sebarang tempat parking.
Kalau korang ada berbiji-biji kereta, korang kena pertimbangkan dulu perkara ni sebelum buat apa-apa keputusan membeli.
Tak pun, korang boleh je beli atau sewa lot parking.
Kaji jugak dekat mana lokasi tempat parking tu berada. Mungkin ada yang mahukan tempat parking yang dekat dengan lif.
Untuk pembeli yang dah berumur, ini mungkin faktor yang korang kena timbang kira.
Selain lokasi, kemudahan (facilities) yang ada juga jadi salah satu faktor yang menarik minat pembeli.
Biasanya, rumah atas tanah (landed property) takde kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, atau dewan komuniti. Hanya sekadar rumah semata-mata.
Cuma, walaupun banyak rumah high rise ada kemudahan seperti ni, korang kena hati-hati jugak bila beli rumah yang tergolong dalam kategori subsale.
Sebelum beli, periksa dulu sama ada kemudahan ni semua dijaga (diselenggara) dengan baik atau tak.
Takde seorang pun yang suka bayar fi penyelenggaraan (maintenance fee) yang mahal tu, tapi kemudahan yang ada ‘rabak,’ dan tak boleh nak pakai langsung.
Biasanya, bangunan high rise tu akan diinsurankan oleh pihak pengurusan, tapi tak melindungi kandungan isi rumah. Yang ni, korang kena cari sendiri.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh je tanya pihak pengurusan.
Apa jadi kalau rumah jiran korang terbakar dan unit korang terkena sekali? Apa jadi kalau bilik air tersumbat? Tanya soalan macam ni.
Setiap insuran berbeza pada sudut harga dan bergantung kat jenis bangunan. Jadi, korang kena ambil tau dan kaji betul-betul perkara ni.
Tok boleh cakap, ini termasuk dalam senarai due diligence korang sebelum membeli rumah subsale.
Dah tentu korang baca artikel ni sebab nak sewakan unit subsale yang korang akan beli tu. Bermakna, korang kena ambil kira segala apa yang boleh menarik minat prospek.
Salah satu adalah pemandangan dari unit yang bakal korang beli.
Pemandangan yang baik akan berikan potensi kepada korang, untuk sewakan unit tu pada kadar yang lebih mahal berbanding biasa.
Cuba tanya diri sendiri dan jawab soalan ni :
“Siapa tak suka dapat pemandangan KLCC daripada balkoni rumah?”
Dan korang tak payah fikir panjang-panjang pun. Dah tentu unit kat tingkat yang tinggi akan ada pemandangan yang lebih baik (atau cantik) kalau dibandingkan dengan unit di tingkat yang rendah.
Antara kelebihan lain yang korang dapat bila beli unit tingkat tinggi adalah, korang jugak akan dapat aliran udara dan pencahayaan yang lebih baik berbanding rumah tingkat rendah.
Kalau korang buat keputusan untuk beli rumah kat tingkat yang lebih tinggi, periksa dulu apa jenis material yang mereka gunakan pada tingkap rumah tu.
Adakah ia kukuh dan cukup berkualiti? Yang penting adalah frame tingkap tu, sama ada cukup kuat untuk menahan rintangan (beban) angin yang kuat.
Dah jadi perkara biasa. Sesiapa pun akan periksa dulu sama ada rumah yang nak dibeli tu, berada pada lokasi yang selamat dan tak banyak berlaku kejadian jenayah.
Siapa je yang nak tinggal dekat kawasan yang selalu ada kes rompak? Tok pun tak suka, dan pasti korang juga sama.
Antara soalan yang patut korang jawab adalah :
Kalau banyak sangat kes rompakan yang berlaku kat sekitar kawasan rumah tu, boleh dah korang cari rumah dekat tempat lain.
Ambil tau juga tentang berapa banyak pengawal keselamatan yang bertugas pada hari tu dan juga pada waktu malam.
Memang leceh nak buat semua ni. Tapi paling kurang, korang tak payah dah risau sangat tentang faktor keselamatan bila korang buat keputusan untuk beli seunit dekat situ.
—
Lepas dah habis baca, terus amal. Baru la ilmu yang korang hadamkan sentiasa melekat dalam kepala.
Bagi Tok, rumah subsale memang banyak kelebihan. Kalau korang takut sangat nak mula beli rumah, boleh mulakan dengan rumah subsale dulu.
Rumah dah sedia ada (takde risiko projek terbengkalai), dan korang boleh tengok prestasi semasa nilai hartanah yang korang nak beli. Apa yang korang nak takut?
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]