PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Anda nak rumah ala Tony Stark macam dalam ‘Iron Man’? Baca ini

Pasti ramai antara korang yang minat dengan watak Tony Stark (termasuk la Tok sekali) dalam cerita Iron Man.

Selain suit Iron Man, barangan lain yang Tok teruja tengok adalah rumah Tony Stark.

Bayangkan, korang hanya perlu mengarah dari jauh saja. Tak perlu berpenat berjalan ke arah suis untuk on atau off lampu setiap kali.

Nak buat apa benda dalam rumah tu, semua jadi mudah.

Confirm dah ada yang terbayang betapa cool-nya kalau dapat tinggal dalam rumah macam tu, kan?

Apa benda smart home ni?

Walaupun tak dapat sebiji macam rumah Tony Stark, impian murni korang ni tak mustahil untuk wujud.

Dah ada pun teknologi terkini yang digelar smart home.

Smart home ni merujuk kepada sebarang peranti, peralatan, atau sistem yang bersambung dalam satu rangkaian (network) yang boleh dikawal secara bebas dan jauh.

Bila teknologi rumah korang bekerja dalam satu sistem, ini boleh juga dirujuk sebagai ‘connected home.’

Sumber video : Smart Digital Home (YouTube)

Apa yang korang boleh kawal?

Antara contoh alat penghawa dingin, lampu, audio speaker, TV, kamera sekuriti, kunci rumah, dan macam-macam lagi.

Dan korang boleh kawal semua ni dengan hanya menggunakan smartphone atau mobile touch screen device khas.

Semua ini, korang boleh nikmati pada zaman sekarang. Dengan teknologi yang kian berkembang, kita bakal rasa servis dan kemudahan yang lebih baik pada masa depan.

Dan ini salah satu yang boleh korang masukkan dalam wishlist.

Sekadar ‘modal’ untuk pemilik rumah berlagak? 

Mungkin ada antara korang yang fikir :

“Ala, smart home ni hanya sekadar teknologi terkini. Hanya modal untuk pemilik rumah berlagak saja.”

Pada pandangan Tok pulak, korang kena juga tahu apa manfaat bila ada fungsi smart home ni.

Manfaat #1 : Uruskan semua benda dari satu tempat

Ini adalah objektif utama smart home ni wujud.

Menyambungkan semua peralatan pada satu pengawal adalah langkah menuju ke arah perkembangan teknologi dan home management.

Secara teori, apa yang korang perlu buat adalah belajar cara gunakan remote atau aplikasi dekat smartphone. Baru korang boleh akses semua peralatan dalam rumah dengan efektif.

Ada smart home, korang boleh kawal semua peralatan dalam rumah daripada jauh. Best, kan?

Manfaat #2 : Fleksibel terima peranti dan peralatan baru

Smart home agak fleksibel untuk menerima peralatan baru dan juga teknologi lain yang terkini.

Ini adalah fakta. Barangan teknologi yang kita beli hari ni, confirm kena ganti dalam tempoh masa tertentu. Tok yakin korang semua dah sedia maklum.

Tapi ini bukan satu masalah besar buat smart homes. Jadi, korang tak perlu risau pasal ni.

Manfaat #3 : Tingkatkan tahap sekuriti rumah

Siapa yang tak nak tinggal dalam rumah yang selamat?

Kalau ini yang korang nak, smart home boleh tunaikan untuk korang. Dan ada banyak pilihan yang ada, dan yang masih diterokai.

Sebagai contoh, smart home boleh disambungkan dengan sensor pengesan pergerakan, pengunci pintu rumah automatik, dan lain-lain alat keselamatan dalam rumah.

Korang boleh aktifkan, matikan, dan kawal semua ini sambil terbaring kuak lentang atas katil, atau tengah baca buku cerita sebelum waktu tidur anak-anak.

Takkan ada lagi kes terlupa aktifkan alarm rumah. Korang jugak boleh dapat notifikasi kalau sensor mengesan sesuatu,  dan monitor ruang rumah secara real-time. Power!

Manfaat #4 : Balik dari kerja, rumah dah sedia sejuk?

Korang jangan perlekeh mengawal fungsi rumah korang daripada jauh.

Pada cuaca yang panas terik, korang boleh sejukkan rumah dengan aktifkan aircond daripada pejabat.

Korang juga boleh tahu sama ada korang tutup lampu sebelum keluar rumah atau tak.

Kalau ada yang terlupa, korang boleh matikan perkakas eletrik dengan hanya satu sentuhan. Mudah.

Korang jugak boleh tengok siapa yang ada di depan rumah daripada jauh. Dan sebut pasal berjimat…

Manfaat #5 : Penggunaan eletrik anda jadi lebih efisyen

Ini bergantung kat cara korang gunakan teknologi smart home tu sendiri.

Contohnya, korang boleh adjust sejuk aircond yang lebih tepat dan sesuai dengan korang. Dan semua ni dikawal oleh termostat pintar yang diprogramkan untuk mengikut tetapan jadual dan suhu semasa rumah korang.

Lampu pun, korang boleh kawal. Warna boleh ditukar ikut suka hati, untuk korang sesuaikan mood korang. Nak setting lampu on dan off setiap kali keluar masuk bilik pun, boleh buat.

Bermakna, korang dah tak payah risau pasal pembaziran tenaga eletrik.

Manfaat #6 : Nikmati fungsi pekakas eletrik dengan lebih baik

Dengan smart home, TV rumah korang pun akan jadi pintar.

TV tu akan bantu korang cari aplikasi dan program kegemaran korang. Sambil tengok TV pulak, tak payah risau kalau tengah masak ayam dalam oven pintar.

Teater rumah dan sistem audio juga dapat diurus dengan baik.

Korang pilih je koleksi lagu kegemaran dalam smartphone dan terus tekan play untuk hiburkan tetamu.

Fungsi macam ni dapat meningkatkan tahap penggunaan yang efisyen, dan jadikan hidup korang lebih mudah dan menyeronokkan. Tak payah serabut sangat dah pasal hal rumah.

Manfaat #7 : Boleh tahu berapa lama anda tengok TV?

Korang jugak boleh kaji dan pantau setiap penggunaan yang ada.

Antara contoh, korang boleh tahu :

  • Berapa lama korang tercegat depan TV (dan jugak apa yang korang tonton),
  • Jenis makanan yang korang masak dalam ketuhar,
  • Makanan yang disimpan dalam peti sejuk, dan
  • Tabiat penggunaan eletrik korang dari masa ke semasa.

Pernah tak dengar pepatah ni :

“If you can’t measure it, you can’t improve it” (Korang tak boleh baiki perkara yang korang tak boleh ukur)

Smart home benarkan korong kaji dan buat analisa tabiat harian dan tingkah laku, supaya dapat diselaraskan dengan gaya hidup yang korang nak.

Ini manfaat bonus special untuk anda!

Ada lagi satu manfaat smart home korang kena tahu. Anggap ini sebagai bonus untuk korang.

Manfaat yang ke #8 adalah, smart home ada potensi untuk berkembang selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Bila ramai pengguna yang berminat, bermakna syarikat teknologi dan inovator terbesar di dunia akan mula bersaing antara satu sama lain.

Dan siapa yang akan nikmati segala kelebihan yang ada ini?

Dah tentu la kita sebagai pengguna. Teknologi smart home akan sentiasa dibangunkan dengan lebih baik pada masa akan datang, selari dengan keperluan pengguna.

Dengan teknologi, hidup kita boleh jadi lebih mudah dan efisyen. Semua ini menyenangkan hidup seharian korang.

Agak cool kalau berpeluang jadi pemilik smart home. Dan korang berpeluang untuk beli rumah macam ni pada harga bermula RM398,000. Siap ada diskaun Bumiputera dan 0% down payment lagi.

Berminat nak tahu lebih lanjut? Jemput isi borang kat bawah ni laju-laju :

Nota : Mungkin korang berminat nak tahu tentang projek services residence terbaru ni. Klik sini untuk baca sekarang. 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *