PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jaga-jaga. Ini padah bila anda ‘kantoi’ bayar ansuran rumah

Nak beli rumah, bukan satu kerja yang senang. Pasti ramai yang setuju dengan ayat ini.

Pembeli rumah bukan saja kena sediakan down payment semata. Tapi jugak kena tanggung ansuran bulanan, kos maintenance, cukai tanah dan pintu.

Tu tak termasuk lagi kalau ada barangan dalam rumah tu yang rosak atau lain-lain. Tak pasal-pasal keluar duit lagi.

Kali ni, Tok nak fokus kat apa yang jadi kalau kita ‘kantoi’ bayar ansuran bulanan loan rumah.

Hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog iMoney ni. Nasihat awal Tok boleh bagi, jangan korang saja-saja lewat bayar. Sakit korang nanti.

Berapa caj tunggakan kalau Zahid lambat bayar selama 30 hari?

Katakan, seorang hamba Allah bernama Zahid membeli rumah pada harga RM600,000 dengan pinjaman sebanyak 90%.

Ini kiraan bagi pembelian rumah Zahid :

  • Jumlah loan rumah = RM540,000,
  • Tempoh loan = 30 tahun,
  • Kadar faedah = 4.65% (3.9% [Base Rate] + 0.75% [Interest Rate]).

Ansuran bulanan yang Zahid kena bayar adalah sebanyak RM2,784.44.

Tapi pada tahun pertama pinjaman, Zahid lupa bayar ansuran bulanan pada waktunya selama 30 hari. Dia diberitahu oleh bank dan caj tunggakan dikenakan.

Ini kiraan berapa banyak yang Zahid kena tambah bayar :

  • RM2,784.44 (ansuran bulanan) X 30/365 hari X Caj pembayaran lewat (3.9% [Base Rate] + 6.35% [Kadar Faedah Penalti]) =
  • RM23.48.
Nota : Kadar faedah penalti (Penalty Interest Rate) berga kat bank dan ini berbeza dari satu bank ke bank yang lain.
Jadi, kalau Zahid terlambat bayar untuk bulan Oktober, dia dinasihatkan untuk menjelaskan tunggakan apabila dia buat pembayaran untuk bulan November sebanyak RM2,807.92 (RM2,784.44 + RM23.48).

Apa jadi kalau Zahid tak bayar penalti pada bulan November?

Caj penalti ni akan meningkat jadi 2 kali ganda apabila mencapai 60 hari.

Jadi pada bulan Disember, Zahid kena bayar RM46.96 caj tunggakan, berjumlah RM2.831.40.

Berita baiknya, ini hanya sekadar one-off penalty (penalti satu kali). Tapi disulam jugak dengan berita buruk.

Kalau Zahid gagal membayar tunggakan pada akhir 60 hari, bank berhak revise (mengubah) kadar faedah yang sewajarnya.

Tak cukup dengan itu. Kalau Zahid dah jelaskan segala tunggakan, tapi dia terlambat bayar lagi sekali, bank jugak akan menyemak kadar faedah menjadi lebih tinggi.

Apa jadi kalau bank mengubah kadar faedah ansuran rumah?

Kalau Zahid cepat-cepat jelaskan bayaran caj penalti ni, kadar faedah boleh diubah kembali kepada kadar faedah asal.

Dengan syarat, Zahid tak ‘kantoi’ (terlepas) bayar ansuran antara 6 hingga 12 bulan.

Tapi, kadar faedah ni tak boleh kembali kepada kadar faedah asal. Mesti korang keliru dengan ayat ni, kan? Teruskan bacaan.

Ada seorang pembeli rumah yang kongsikan pengalaman dengan tim iMoney. Dia ‘kantoi’ bayar ansuran bulanan sebab berada kat luar negara.

Dia kata, jumlah ansuran bulanan dia meningkat dari RM1,100 menjadi RM1,800 sebulan. Peningkatan sebanyak RM700. Banyak tu!

Dia ambil masa kira-kira selama setahun untuk membuat pembayaran segera, untuk mengubah kadar faedah ansuran bulanan. Tapi tak pernah dapat semula kadar faedah asal.

Malah, dia terpaksa membayar ansuran sebanyak RM1,400 sebulan.

Berapa beza ansuran bulanan yang Zahid kena tanggung?

Nota : Pengiraan ini adalah anggaran yang disediakan oleh salah satu bank tempatan. Setiap bank ada kadar tersendiri. Pengiraan boleh didapati dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh bank.

Jom kita tengok balik kes Zahid untuk melihat beza sama ada kadar faedah dia diubah pada tahun ke-2 pembayaran ansuran loan rumah.

Satu konvensyen adalah Kadar Dasar (Base Rate) pada + 2.85%.

Kadar Base Rate adalah tetap, dan kadar faedah (Interest Rate) berbeza dari bank ke bank yang lain. Yang ditunjukkan kat sini hanyalah pengiraan kasar saja.

Ini la perbezaannya :

Kadar Faedah (asal)

  • Kadar faedah = BR + 0.75%
    • 4.65%
  • Ansuran bulanan = RM2,784.44,
  • Jumlah keseluruhan untuk tahun ke-2 (Prinsipal + Faedah) = RM33,413.28,
  • Jumlah faedah yang ditanggung pada tahun ke-2 = RM22,468.15.

Kadar faedah yang diubah

  • Kadar faedah = BR + 2.85% =
    • 6.75%
  • Ansuran bulanan = RM3,502.43,
  • Jumlah keseluruhan untuk tahun ke-2 (Prinsipal + Faedah) = RM42,029.16,
  • Jumlah faedah yang ditanggung pada tahun ke-2 = RM32,868.27.

Jadi dalam masa setahun, Zahid terpaksa bayar faedah ekstra sebanyak RM10,400.12, sebab bank ubah kadar faedah kepada 6.75%!

Kenapa anda tak patut ‘kantoi’ bayar ansuran loan rumah?

Sakit. Memang sakit kalau korang jenis yang kerap lambat membayar ansuran bulanan. Ini jugak boleh menjejaskan kesihatan kredit korang.

Ya. Tunggakan yang korang kena bayar tu pun, akan direkod dalam laporan kredit korang.

Dan takde cara lain untuk hapuskan rekod tu cepat-cepat. Korang kena tunggu setahun la, baru hilang rekod dalam CCRIS tu.

Kalau korang ada ‘kantoi’ bayar, cara terbaik adalah membuat pembayaran segera. Tu je cara yang paling afdal untuk kita buat.

Skor kredit korang takkan terjejas dengan serta-merta, sebab laporan tu akan merekodkan aktiviti dan transaksi korang selama 12 bulan yang lepas.

Tapi kalau korang membayar tepat pada waktunya, skor kredit korang korang akan bertambah baik dalam jangka masa panjang.

Yang paling korang nak elak adalah tak membayar ansuran rumah langsung. Jangan sekali-kali sampai ke tahap ni. Tok dah bagitahu awal-awal ni.

Kena tanggung tambahan RM717.99 selama setahun? Adoi!

Untuk mengubah balik kadar faedah loan rumah, korang perlu buktikan diri korang selama 12 bulan (setahun).

Dalam kes Zahid, dia perlu segera membayar tambahan RM717.99 atau RM3,502.43 sebulan selama setahun, kalau dia nak kadar faedah tu turun hampir dengan kadar faedah asal.

Bermakna, untuk sementara waktu, dia kena bayar sekurang-kurangnya RM10,400 faedah tambahan sebab terlambat bayar ansuran bulanan loan rumah.

Dan kalau dia struggle, dia akan kena bayar lebih banyak penalti, faedah terakru, dan yang paling tak best, tak bayar ansuran rumah langsung.

Ini akan jadi punca kepada perampasan harta oleh bank (foreclosure). Korang tak nak sampai ke tahap ini.

Apa nak buat untuk elak masalah ini?

Kalau korang takde masalah kewangan dan cuma seorang yang jenis pelupa, gunakan teknologi yang ada sekarang.

Biasa la tu. Mungkin korang terlalu sibuk dengan kerja atau perkara lain dalam hidup. Tok boleh faham semua tu.

Korang mesti pakai smartphone, kan? Rugi la kalau tak gunakan teknologi reminder tu. Buat apa beli smartphone sampai harga beribu-ribu Ringgit?

Nak lagi senang, gunakan fungsi standing instruction yang ada kat akaun bank korang tu. Tiap akhir bulan, bank akan transfer secara automatik. Korang cuma perlu setkan je.

Kalau korang memang tak mampu nak tanggung ansuran rumah tu, Tok nasihatkan supaya berjumpa dengan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dan sertai program pengurusan hutang yang disediakan.

Antara pilihan lain yang ada adalah dengan berhubung dengan bank (yang korang meminjam) cepat-cepat untuk mengubah terma dan syarat.

Refinancing jugak boleh jadi pilihan yang boleh dipertimbangkan. Korang boleh gunakan ini dan membiayai semula gadai janji untuk mengurangkan bayaran pinjaman bulanan.

Kalau teruk sangat, korang terpaksa la jual rumah tu.

“Pembeli mengambil loan rumah, kalau mereka terpaksa makan sekali sehari pun, mereka perlu pastikan ansuran bulanan dibayar. Kalau tak, mereka kena bersedia tanggung padahnya” – Ernest Chong, Konsultan Hartanah

Fakta #1 : Menurut AKPK, seramai 11,700 klien mereka telah berjaya menjelaskan hutang bernilai RM476.6 juta pada Oktober 2016.
Fakta #2 : Menurut rekod Jabatan Insolvensi, hampir 22,600 rakyat Malaysia berumur bawah 35 tahun, menjadi bankrap antara 2012 dan September 2016.

Yang nak beli rumah pertama tu, kaji betul-betul dulu sama ada orang betul mampu atau tak. Kalau tak, korang memang saja menempah padah.

Beli rumah, bukan satu perkara yang mudah. Semua ini perlukan perhatian korang 100%. Dan ini bukan perkara yang boleh dibuat main.

Sila SHARE perkongsian ilmu ini. Ilmu yang baik, elok kita hadamkan sama-sama. Tak gitu?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *