PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Macam mana elak duit deposit (atau booking) rumah anda burn?

Kalau duit booking (atau deposit) tu tak banyak, tak kisah nak lepas pandang.

Tapi kalau ribu-ribu Ringgit, siapa yang tak menyirap?

Semua ni berlaku bila kita takde ilmu asas membeli rumah.

Ingat kalau dah cukup duit, boleh beli terus dan mengharapkan, proses jual beli akan berjalan lancar begitu saja.

Salah tu. Nak elak masalah ni? Hadamkan laju-laju perkongsian ilmu padu Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni.

Sebelum letak deposit (atau booking), ini 10 perkara anda wajib buat

1) Pastikan korang semak kelayakan pinjaman perumahan dengan bank atau BPP (LPPSA) terlebih dulu, sebelum membuat apa-apa bayaran booking / deposit kepada penjual.

Bila loan korang dah lulus, barulah buat bayaran booking / deposit.

2) Jangan buat apa-apa bayaran booking atau deposit sebelum perjanjian jual beli ditandatangani.

3) Pastikan hartanah yang korang beli bebas daripada sebarang halangan (free from all encumbrance). Misalnya, bebas daripada sebarang kaveat, tiada sebarang sekatan kepentingan, dan lain-lain. 

Jangan buat bayaran kepada penjual jika hartanah tersebut tak free from all encumbrances (bebas dari sebarang sekatan).

4) Jangan buat apa-apa bayaran sehingga korang pasti yang hartanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan, atau mempunyai dokumentasi yang lengkap untuk mengesahkan pemilik berdaftar dan status hartanah yang sah.

5) Segala bayaran deposit atau booking hendaklah dibuat melalui peguam yang korang lantik. Jadi, sila lantik peguam terlebih dulu.

Tengok rumah dulu, baru bayar? 

6) Segala bayaran, elok dibuat melalui bank draf. Elakkan membuat bayaran secara tunai atau transfer di mesin ATM.

Jika hendak buat bayaran secara transfer, pastikan buat di kaunter. Ini kerana bayaran secara bank draf atau transfer di kaunter akan mempunyai rekod secara jelas.

7) Pastikan korang telah lihat secara fizikal hartanah yang ingin dibeli. Dan pastikan ianya “tally” dengan rekod dan lokasi dalam geran / dokumen-dokumen yang berkaitan.

Jangan transfer bayaran dulu, baru hendak pergi tengok hartanah.

8) Jangan terlalu excited dan tergesa-gesa dalam urusan jual beli hartanah. Sila fahamkan dulu prosedur-prosedur asas jual beli hartanah. Kalau tak, bimbang korang mudah ditipu atau dipengaruhi oleh pihak lain.

9) Pastikan ada rekod secara bertulis yang dipersetujui, dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak tentang apa yang akan jadi kepada bayaran deposit / booking tersebut, sekiranya urusan jual beli tak dapat diteruskan atas apa-apa sebab sekalipun.

Sebab itu sebaik-baiknya kena tunggu sign SNP (Sales and Purchase Agreement) terlebih dulu, kerana dalam SNP telah dinyatakan tentang perkara tersebut. Ini untuk mengelakkan perbalahan dikemudian hari.

10) Sila consult mereka yang berpengalaman atau peguam korang sendiri sebelum membuat apa-apa bayaran booking / deposit. Jangan bayar dulu, baru nak consult peguam.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Dengan ilmu, korang boleh elakkan masalah ni berlaku. Senang je nak buat pun. Bukan macam nak bina roket ke bulan.

Nak lagi selamat, rajin bertanya kat orang yang lebih berpengalaman. Tak rugi pun ringankan mulut, daripada duit korang yang ribu-ribu tu hangus.

Jemput SHARE ilmu bermanfaat ni. Biar kawan-kawan korang dan lebih ramai orang tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Nur says:

    Assalam, hai tuan.. Jika booking deposit sesebuah rumah dibayar terlebih dahulu sebelum submit loan kepada bank adakah kita masih ada peluang untuk dapatkan semula booking deposit tu?seperti yang agent kita beritahu, jika loan tak approved maka deposit itu akan dipulangkan.tapi jika loan telah lulus dan pembeli membatalkan, maka deposit forfeit.dalam kes saya, saya terpaksa batalkan sebab terlalu banyak ketidaktelusan di dalam urusan jual beli rumah yang saya nak beli. Seperti yang tuan nyatakan dalam artikel ini, saya rasa tertipu oleh agent jual rumah.boleh beri saya advice….