Agak susah nak buat pinjaman bank sekarang ini berbanding waktu dulu.
Bank sekarang sudah jadi lebih kedekut nak bagi pinjam duit secara sebarangan.
Ada juga kes yang Tok baca, si peminjam cukup layak nak meminjam, tapi mereka benamkan juga impian si peminjam ini tanpa rasa belas kasihan.
Buat yang nak buat pinjaman, boleh cuba tip yang Tok akan kongsikan kat korang ini.
Janji kita cuba buat yang terbaik dahulu. Kalau tak ada, baru kita ikhtiar cari jalan lain. Dengan izin-Nya, semua masalah dalam dunia ini boleh selesai.
Kalau kita bekerja sendiri, agak susah nak yakinkan pihak bank supaya senang berikan pinjaman. Mereka tak yakin yang kita mampu untuk bayar ansuran bulan-bulan (tanpa tersangkut).
Tapi, boleh sahaja kalau nak dapatkan pinjaman. Ada caranya. Dan korang bakal belajar salah satu cara lembutkan hati pihak bank untuk bagi pinjam duit kat korang.
Tok baca tip kali ini daripada Tuan Mohd. Zulkiflie Shafie. Tip ini berasal dari pengalaman beliau sendiri, dan Tok rasa ia cukup berharga untuk dikongsikan kepada korang.
Seperti yang korang dah tahu, orang yang tak bekerja makan gaji memang susah nak buat pinjaman (sebab tak ada slip gaji). Besar mana pun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat cari bukti untuk luluskan pinjaman.
Salah satu cara yang terbaik adalah melalui pengurusan current account (akaun semasa) kita.
Tak kisah apa pun jenis perniagaan kita (walaupun menjual nasi lemak atau pisang goreng), uruskan semua duit masuk dan keluar itu gunakan satu jenis akaun sahaja.
Banyak kes yang Tok perasan, ramai peniaga yang ambil mudah perkara kecil ini (termasuk peniaga part-time).
Nampak sahaja kecil, tapi impak perkara ini sangat besar kepada mereka yang nak buat sebarang pinjaman (seperti perumahan, kereta, atau lain-lain).
Nota penting: Bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif, beserta bukti kukuh yang bisnes kita buat duit. Segala duit keluar masuk kita direkod dengan jelas untuk rujukan mereka.
Selain uruskan current account dengan baik, bank juga nak tengok penyata cukai pendapatan kita.
Ada sesetengah bank yang minta penyata ini untuk luluskan pinjaman. Hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil setiap kali sampai masanya.
Bagi orang yang bekerja sendiri (berniaga, atau sebagainya), deadline untuk hantar borang dan buat bayaran cukai ialah 30 Jun setiap tahun.
Berikut adalah senarai dokumen yang bank nak sebagai bukti kita berduit (walaupun tanpa slip gaji):
Pokoknya, semua hasil perniagaan dan pendapatan, pihak bank boleh kaitkan (match) dengan current account kita.
Kalau kita dibayar komisyen (sebagai agen), kita boleh pastikan komisyen yang syarikat itu bagi matching dengan yang masuk dalam current account kita itu.
Bagi akaun Tabung Haji atau ASB, kita boleh pastikan dalam buku itu tunjukkan kita simpan duit secara konsisten (sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa sebarang pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada pihak bank.
Ini sebagai bukit yang kita ada disiplin menyimpan duit secara konsisten, dan mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.
Ada satu ketika, Tuan Mohd. Zulkiflie tak pasti apa yang perlu dibawa semasa berjumpa dengan pihak bank.
Atas sebab ini, beliau dapat satu idea bernas (dan ia jadi sebab 2 permohonan pinjaman beliau lulus dengan mudah).
Beliau sediakan sebuah fail yang dinamakan “Profil Kewangan Peribadi”. Dalam fail ini, beliau siapkan semua dokumen (yang telah disebutkan diatas) secara tersusun, beserta summary dan separator (untuk bagi pihak bank mudah baca).
Sumber: MohdZulkifli.com
Bila berjumpa dengan pegawai bank, beliau akan akan bawa fail ini bersama. Dengan ini, pegawai bank boleh terus buat penilaian sama ada beliau layak (atau tak) untuk dapatkan pinjaman.
Pihak bank juga boleh terus fotostat setiap dokumen yang mereka perlukan untuk urusan pinjaman. Kerja bank dan kerja kita boleh bertambah-tambah senang dengan fail ini.
Tok sendiri suka tip kali ini, sebab ia datang 100% daripada pengalaman Tuan Mohd. Zulkiflie sendiri.
Pengalaman berharga macam ini yang kita nak hadam dan belajar. Kalau ada lagi, Tok akan ringankan tangan untuk tulis dan kongsikan kepada korang. Korang tak perlu risau.
Janji korang fahamkan dan terus buat. Tapi Tok yakin, korang tak suka sia-siakan ilmu premium macam ini, kan? Semoga berjaya, Tok doakan sentiasa.