
Kalau korang ada hajat nak beli rumah tanpa modal dalam tempoh kurang setahun walaupun belum ada banyak simpanan, Tok buat artikel ni khas untuk korang.
Tok faham sangat beban anak muda zaman sekarang. Nak kumpul deposit 10% tu bukannya senang, silap-silap makan megi hari-hari pun belum tentu cukup hujung tahun. Bukan setakat tu je, harga minyak pun naik dan inflasi memang berlaku tiap-tiap tahun.
Tapi tau tak korang, sebenarnya ada jalan pintas yang sah dan makin popular sekarang? Betul, korang dan boleh beli rumah tanpa modal yang besar melalui skim Rent-To-Own (RTO).
Jadi, Tok nak kongsikan rahsia macam mana korang yang baru nak start hidup ni boleh miliki rumah idaman tanpa perlu pening kepala fikir pasal downpayment yang tinggi. Jom kita bedah satu-satu!
Mungkin ada antara korang yang baru pertama kali dengar istilah ni. Senang cerita, RTO ni adalah konsep “Sewa Dulu, Beli Kemudian”.
Korang masuk dan duduk rumah tu sebagai penyewa untuk tempoh tertentu (biasanya 5 hingga 30 tahun). Sebahagian daripada duit sewa bulanan korang tu sebenarnya akan dikira sebagai “tabung” untuk beli rumah tu nanti. Menarik kan konsep ni?
Jelas dah setakat ni?

Bila korang dah tekad nak beli rumah tanpa modal, janganlah main rembat je lagi-lagi kalau nak duduk. Ada orang main ikut suka nafsu bila nak beli rumah. Asal cantik, bayar murah je okay. Tu pasal Tok nak pesan beberapa benda penting sebelum buat keputusan rent-to-own:
Korang jangan seksa diri. Kalau kerja kat tengah bandar KL, janganlah beli kat hujung dunia semata-mata sebab murah. Korang kena senaraikan jugak kos minyak, tol, masa pergi balik dan “mental health” korang. Perkara-perkara macam ni besar nilainya.
Zaman sekarang, rumah dekat dengan pengangkutan awam ni adalah aset emas. Walaupun korang ada kereta, kemudahan ni penting kalau kereta rosak atau korang malas nak ghadap jammed. Tambah pulak, nilai rumah korang pun akan lebih stabil pada masa akan datang.
Pastikan kawasan tu ada klinik, pasar raya, bank, kedai dobi dan kedai makan. Jangan sampai nak beli garam pun kena drive 20 minit. Tu pun dah membanzir waktu dan tenaga. Tengok juga pada waktu pick hours, jem terus sangat atau tak.
Kalau korang serius nak beli rumah tanpa modal, korang kena tahu lubang-lubang skim yang ada kat Malaysia ni. Setiap skim ada syarat-syarat dia sendiri. Jadi, rajinkan buat research okay.

Ini antara yang paling popular. Korang boleh dapat pembiayaan 100% dan tak payah bayar sebarang deposit. Syarat Utama: Warganegara Malaysia, umur 18-70 tahun, dan tak boleh ada lebih daripada satu pinjaman perumahan sedia ada.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk website di sini.

Khas untuk korang yang nak rumah mampu milik. Syarat Utama: Pendapatan isi rumah antara RM2,500 ke RM15,000 sebulan. Korang kena daftar dulu kat portal PR1MA.

Khas untuk warga Selangor atau yang dah lama menetap kat Selangor. Syarat Utama: Pendapatan sekeluarga tak lebih RM5,000 sebulan untuk kos rendah, atau mengikut kategori yang ditetapkan. Nak tahu details, boleh rujuk di sini.
Tok tak nak sembang indah-indah je. Korang kena tahu juga risiko beli rumah tanpa modal melalui RTO ni:
Kalau korang ada gaji tetap tapi simpanan cash tak cukup nak bayar deposit RM50,000, maka skim RTO adalah penyelamat. Beli rumah tanpa modal bukan lagi angan-angan Mat Jenin kalau korang tahu cara dan skim yang betul.
Ingat, rumah pertama ni biarlah ikut kemampuan, bukan ikut nafsu. Jangan sebab nak nampak hebat kat Instagram, korang sanggup ikat perut sampai tak makan.

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.