PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
belanjawan-2024

Belanjawan 2024: Apa Yang Orang Muda Dapat?

Hari ni, PMX kita ada kongsikan perbentangan Belanjawan 2024 yang dah cover semua aspek. Kali ini, Kerajaan sediakan insentif dan peluang untuk bantu korang sebagai generasi muda Malaysia mencapai potensi penuh korang.

Tok nak tanya jujur ni, korang tengok tak perbentangan tu tadi?

Kalau korang terlepas perbentangan tu tadi, kot la tengah beratur masuk stadium tengok bola ke kan, kat sini Tok nak cover korang dan ringkaskan apa yang korang selaku anak muda ni boleh dapat dari Belanjawan 2024.

Ada 8 benda penting yang korang kena tahu. Antara yang best, perkara nombor 4 tu. Kalau nak tahu, jom baca!

1. RM 500 untuk Sukarelawan

Untuk korang, orang muda yang berjaya buat aktiviti kesukarelawan dan layak, korang boleh claim ganjaran RM500 tau. Ini inisiatif dari kerajaan untuk banyakkan penglibatan orang-orang muda untuk banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.

Korang yang muda-muda tu rebutlah peluang ni, macam Tok dah tua dah. RM500 tu, siapa nak bagi?

2. RM20 Juta Untuk Rakan Muda

Program Rakan Muda: RM20 Juta untuk memperbanyak pengisian program belia dan usaha membentuk jati diri. Jadi lepas ni kalau dah banyak event untuk orang muda, korang jangan asyik terlepas dari join je okay?

3. Program Tunas Usahawan Belia

Program Tunas Usahawan Belia (TUBE) kini diteruskan dengan peruntukan RM20 juta. Rasanya yang ni tak perlu Tok cakap panjang, korang sendiri mungkin dah tahu apa tujuannya, kan? Mestilah untuk galakkan lagi ramai orang muda ceburkan diri dan lahirkan lagi ramai usahawan belia.

Yang mana tak boleh kerja bawah orang, bos itulah, bos inilah, mungkin korang boleh try jadi usahawan dan try tengok apa program ni boleh offer korang.

4. Diskaun Bayaran PTPTN Hingga 15%

Fuh, dengar dapat diskaun bayar balik ni Tok yakin mesti ramai yang melompat, lagi-lagi yang dah ada plan nak bayar lump sum tu. Untuk yang tak tahu, diskaun bayaran balik ni bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

Pertama: Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.

Kedua: Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Ketiga: Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Article image Belanjawan 2024 Diskaun PTPTN

5. Pas Bulanan MY50 Diteruskan

Yang ini akan bermanfaat untuk orang-orang muda yang naik LRT, MRT atau bas pergi ulang alik kerja. Macam yang kita tahu, pas bulanan MY50 ni amat membantu dalam menjimatkan perjalanan kita, so kita dah tak perlu bayar tiap-tiap hari untuk guna perkhidmatan bas dan rel PRASARANA.

6. RM35 Juta Untuk Program Bina Kerjaya Perkeso

Kerajaan bersetuju untuk membiayai yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja gig yang menghadiri latihan. So kalau korang rasa korang pekerja gig, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari sini, okay?

7. Insentif Hingga RM2,000 Untuk Penjawat Awam

Sekarang kita tengok pula apa yang paling dinanti-nanti oleh penjawat awam: Insentif sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam.

Bukan sikit dia bagi tu. Ini yang biasa pekerja swasta panas telinga sangat dengar penjawat awam dapat macam-macam ni, kan? Takpe, sabar dulu ya. Rezeki masing-masing.

8. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Sebanyak 90%

Ini untuk menggalakkan syarikat pengendali untuk tanggung baki 10% caruman bagi pihak pekerja gig. Dengan inisiatif ini, makin terjaga lah kebajikan pekerja ekonomi gig lepas ni, kan?

Jadi macam mana, apa kata korang? Puas hati tak dengan semua advantage ni?

Pandangan Tok, korang kena rebut peluang yang ada terutamanya jadi sukarelawan, pergi Program Rakan Muda dan jadi usahawan belia. Potensi diri korang besar sebenarnya. Sayang bila tak diasah.

Ha, kalau korang rasa perkongsian ni berguna, Tok nak korang share jugak dekat kawan-kawan korang supaya dapat lah korang manfaatkan segala insentif ni.

Comments are closed