PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Teknik simple ini bantu anda melancong setiap tahun dan simpan banyak duit

Siapa yang nak melancong tiap-tiap tahun, tapi masih boleh simpan banyak duit?

Fuh, korang dapat 2 kelebihan dalam 1 tindakan tu. Rare kot.

Timbul pula soalan ni dalam kepala Tok:

“Ada ke cara yang boleh kita buat untuk melancong setiap tahun, tapi masih boleh simpan banyak duit macam orang yang tak melancong?”

Dah rezeki Tok (dan korang juga), Tok ditakdirkan jumpa perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ni. Mesti korang suka baca.

Bahagikan duit simpanan kepada 2 perkara “ini”

1) Gaji yang di kredit masuk ke dalam akaun bank di bahagikan siap-siap.

Contoh:

  • Tahun pertama bekerja:

Gaji (RM1,500) – komitmen – 10% simpanan (RM150) – duit belanja mak ayah – Zakat = RM600 (total duit belanja setiap bulan).

  • Tahun ke-2 bekerja:

Gaji (RM1,800) – komitmen – 15% simpanan (RM270) – duit belanja mak ayah – Zakat = RM700 (total duit belanja setiap bulan).

  • Tahun ke-3 bekerja:

Gaji (RM2,200) – komitmen – 20% simpanan (RM440) – duit belanja mak ayah – Zakat = RM800 (total duit belanja setiap bulan).

2) Perasan tak apa yang berubah? Saya akan upgrade simpanan dan belanja bulanan. Dah menjadi lumrah, kita akan upgrade walaupun sikit.

3) Kalau dulu selalu makan nasi dengan kicap, sekarang upgrade sikit, makan dengan sardin pula (time ni masih bujang).

Sekali sekala reward diri yang penat bekerja tak mengapa. Tapi sentiasa berpada-pada.

4) Duit simpanan akan diagihkan ke beberapa akaun simpanan. Contohnya,  ASB (dividen 7.25%), ASB-F (dividen 7.25%), Tabung Haji (dividen 5%), sijil simpanan premium BSN, emas, atau Unit Trust (pulangan 10 hingga 15%).

Kalau tak boleh fokus pada banyak akaun, tak salah fokus untuk simpan duit dalam kenderaan pelaburan yang bagi pulangan tinggi.

5) Simpanan kecemasan mesti ada dan meningkat naik dari tahun ke tahun. Kalau terguna untuk perkara emergency, kumpul semula. Jangan biarkan simpanan ni makin menurun.

Contoh simpanan bulanan korang RM300, bahagikan kepada dua. RM150 ASB-F (investment), dan RM150 simpanan ASB biasa (sebagai tabung kecemasan).

Cara saya simpan duit untuk travel (yang anda juga pasti boleh buat)

6) Ramai anak muda suka travel, termasuklah saya. Tapi tak lah selalu pergi.

Untuk tujuan ni, saya cipta tabung travel sendiri. Tanpa perlu mengganggu simpanan kecemasan dan duit belanja pada bulan tu.

Cara kira pula, ikut bajet travel masing-masing. Kalau bajet yang korang tetapkan sebanyak RM1,000, bahagikan dengan jumlah bulan sebelum korang bercuti tu.

Contohnya, katakan korang nak bercuit ke Langkawi pada bulan Oktober 2017 (anggap sekarang ni dah masuk bulan Januari 2017):

  • RM1,000 / 10 bulan =
  • simpan RM100 sebulan.

7) Anda kata masih susah nak menyimpan?

Cuba bayangkan kalau kita takde potongan EPF, korang rasa duit itu kita akan simpan sendiri tak?

Saya pasti ramai yang takkan simpan duit. Sebab tu majikan tolak siap-siap EPF kita. Gunakan trend yang sama, tolak siap-siap duit simpanan dan barulah belanjakan duit yang lebih tu.

Kalau korang cuba, mesti boleh buat punya.

8) Setelah beberapa bulan saya bekerja sendiri, saya lakukan penolakan EPF sendiri. Siapa kata tak boleh buat? Nak dengan tak nak je soalnya.

Tepuk dada tanya pada diri sendiri. Kalau takde simpanan ini, siapa akan tolong kita masa susah nanti?

Cara kita mungkin berbeza. Tapi boleh cuba cara ini, dan adjust mengikut kemampuan dan kapasiti kewangan korang sendiri.

Selagi kita sanggup berusaha, selagi itu kita ada peluang untuk dapatkan apa yang kita mahu.

Kalau awal-awal lagi dah mengaku kalah, Tok memang tak dapat nak tolong. Bagi artikel power macam mana pun, hasilnya tetap sama saja.

Dan Tok yakin, korang bukan jenis manusia macam ni.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *