Adalah satu kejayaan bila kita berjaya buat RM1 juta (atau lebih).
Tapi, adalah topik yang jauh berbeza kalau kita bercakap pasal nak simpan dan kembangkan duit itu.
Gaya hidup mewah jelas tak elok jadi amalan untuk mereka yang nak menyimpan.
Kalau berbelanja lebih daripada yang patut, tak usah hairan kalau duit sebanyak itu boleh habis cepat.
Hidup secara berjimat boleh elakkan masalah ini berlaku kat diri kita. Dan sekadar nak tambah perisa, 5 jutawan terkenal dunia ini komited dalam mengamalkan strategi yang sama.
John Boitnott kongsikan 5 tip daripada jutawan ini tentang cara mereka berjimat, yang kita boleh belajar dan aplikasikan bersama.
Tok sendiri suka baca tip ini. Korang pula macam mana?
“Sepanjang hidup, saya hanya membeli pakaian yang dah digunakan. Saya banyak ke kedai pakaian ‘secondhand’, kedai vintaj, atau membeli daripada kawan-kawan.”
“Kadang-kala, susah juga nak cari kasut dan jeans ‘secondhand’ yang elok. Tapi hakikatnya, 97% pakaian dalam almari saya adalah daripada barangan yang terpakai.”
Cara ini bukan saja dapat jimatkan duit. Pada masa yang sama, ia juga beri manfaat kat alam sekitar.
Tindakan ini jelas menentang pembuatan pakaian baru (yang tak mesra alam).
Kilang akan lepaskan karbon dioksida secara tak terkawal, dan ini akan jejaskan alam sekitar dan kehidupan sekeliling kita.
Tambahan pula, kos yang ditanggung pembeli bukan sekadar pakaian semata-mata.
Kalau membeli secara online, kita kena ambil kira kos penghantaran dan pengangkutan sekali, dan ia tak bagus untuk poket korang.
Bagi Tok, ini strategi yang bagus untuk kita amalkan.
Kalau pandai cari dan gayakan, pakaian ‘bundle’ pun dah lebih daripada cukup. Ia tak koyakkan dompet korang dan ada kualiti, kalau nak dibandingkan dengan membeli pakaian berjenama yang beratus ringgit tu.
Gottfried antara insan yang sinonim dengan hidup secara berjimat, walaupun beliau kaya-raya selama beberapa dekad (hingga hari ini).
Dan cara beliau berfikir tak pernah berubah.
Gottfried sedar, yang kekayaan tak perlu ditunjuk secara luaran.
“Saya bukan orang yang suka menunjuk, walaupun saya sendiri ada berderet koleksi kereta vintaj dalam garaj.”
Gottfried memiilih untuk laburkan kekayaan ini demi masa depan anak-anak beliau. Pada pandangan Tok, ini yang patut ramai orang buat.
Walaupun berstatus jutawan, beliau hidup secara normal dan berjimat seperti kebanyakan orang lain.
Dan beliau terus rajin bekerja, pada masa yang sama, laburkan duit berjuta yang beliau ada supaya ia berkembang dan bertambah lebih banyak.
“Saya suka berjimat. Saya tak pernah suka membazir. Lebih-lebih lagi bab makanan. Ia adalah satu tindakan yang tak patut seorang manusia normal buat.”
Ini nasihat yang baik daripada seorang pereka fesyen terkenal dunia (dan juga seorang jutawan).
Dan ia tak tertakluk kat bab makanan saja.
Westwood tak suka membazir dalam apa perkara sekalipun. Baik dalam bab makanan, hingga ke produk alat solek yang beliau gunakan.
Setiap produk yang dibeli, akan digunakan sampai betul-betul habis.
“Bila membazir, kita bagaikan buang duit kat dalam jamban, dan kita seperti tak kisah ia berlaku.”
Tok akui. Nasihat ini agak kasar. Tapi, apa yang Westwood kongsikan ini ada logiknya.
Dengan habiskan makanan, ia bermakna kita hormati setiap proses dan orang yang terlibat dalam proses penyediaan makanan itu. Daripada petani, hingga ke pekerja kilang.
Ini pula fakta yang Tok rasa ramai tak suka telan.
Tak semua orang ada peluang untuk nikmati makanan yang baik. Ramai yang masih tak ada akses air dan makanan yang bersih.
Jadi, fikir balik sebelum buang lebihan makanan kat dalam tong sampah. Kalau nikmat itu ditarik balik, baru kita tahu langit tinggi atau rendah.
Korang yang suka tengok program realiti televisyen ‘MasterChef’, mesti kenal nama ini.
“Hidup berjimat dan tahu cara nak buat banyak duit, bukanlah satu perkara yang negatif. Tak seperti yang ramai orang fikirkan.”
“Ia adalah salah satu jalan untuk mencari dan mencipta nilai (value) dan melabur balik kat pelanggan. Dan ini perkara utama yang membezakan antara restoran yang baik dengan yang biasa.”
Matlamat utama dalam kehidupan (dan dalam kewangan) adalah untuk wujudkan nilai (value) sebanyak mungkin.
Dengan nilai, tak mustahil kita boleh gandakan duit sedia ada dalam akaun bank.
Dengan duit ini, kita boleh laburkan untuk dapatkan nilai lain, yang beri manfaat kat kehidupan kita dan orang lain. Kan bagus tu?
Bagi Tok, ini perkara yang asas dalam usaha nak menyimpan.
Ramai yang suka pandang kat berapa banyak duit yang boleh kita simpan.
Padahal, tak ramai yang beri tumpuan kat nilai yang boleh kita dapatkan dengan duit simpanan itu.
“Masa saya masih muda, ibu saya akan berikan elaun dan saya akan simpan sikit duit itu setiap minggu, tanpa gagal.”
Kalau korang tak buat perkara ini kat gaji korang, mulakan sekarang tanpa banyak soal. Sebab ini apa yang Banks amalkan, dari dulu hingga sekarang.
Walaupun dah berstatus jutawan, beliau tak pernah lupa untuk berjimat dan menyimpan.
Kalau setiap kali dapat gaji dan berbelanja seperti tak ada hari esok, dah tentu kita akan gagal teruk dalam bab kewangan.
Asas nak mula menyimpan, adalah menyimpan dulu. Duit lebih yang ada, baru kita boleh belanjakan. Itu pun bukan sampai habis.
Mereka yang buat bajet secara cermat dan boleh tahan diri daripada boros berbelanja, ada ciri-ciri untuk jadi seorang jutawan. Dan Tok sentiasa doakan ini untuk korang semua.
Perkara ini perlu dilatih dari sekarang, baik bab disiplin dalam menyimpan dan berbelanja. Kalau tak, sampai ke sudah tak akan kaya.
—
Tok harap, korang boleh gunakan 5 nasihat jutawan ini untuk kebaikan korang sendiri dan orang lain.
Nasihat yang baik, elok kita sampaikan kat lebih ramai orang. Kalau nampak kawan-kawan syok berbelanja, nasihatkan mereka elok-elok supaya kurangkan perangai tak elok itu.
Tak manis berbelanja macam hantu masa ekonomi tengah gawat ni. Takut nanti ramai yang meraung macam hantu bila duit tak ada. Jangan cakap Tok tak nasihatkan tau.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.