Tak senang, dan tak pula terlalu susah kalau nak beli rumah pertama.
Janji korang sediakan diri dengan ilmu yang betul. Banyak masalah yang korang boleh elak masa nak beli rumah tu nanti.
Kalau tak, dah tentu salah diri korang sendiri. Jangan pulak salahkan orang lain lepas tu.
1 jari yang korang tunding kat orang lain, baki 4 jari tu tunding balik kat diri korang. Sedar tak?
Korang serius nak elak masalah? Jemput hadamkan perkongsian Tuan Harith Faisal yang sempoi tapi power ni.
Seperti pesan Tuan Harith Faisal dalam posting beliau, andai rumah pertama yang kita beli itu matlamatnya adalah untuk kita duduk, susah untuk kita melakukan pembelian yang lain.
Lagi sukar jika rumah pertama yang kita beli tu, dah ‘makan’ sebahagian besar daripada pendapatan bulanan kita.
Yalah, nanti aliran tunai (cash flow) kita akan terganggu, jadi tak cantik. Kalau aliran tunai tak cantik, macam mana nak beli rumah kan?
Siapa yang tak nak beli dan tinggal di rumah yang sebesar istana. Ada taman serta kolam, kemudian dipenuhi dengan perabot-perabot mewah dan super mahal, kan?
Tapi tenang. Tak semua mampu nak buat macam tu.
Jujur je la. Kalau gaji cuma RM3,000, berapa lama masa yang akan korang perlukan untuk kumpul duit untuk bayar wang pendahuluan rumah idaman bak Dato’ Vida tu?
10 tahun? Lepas 10 tahun, korang mungkin tak mampu nak beli apa yang ditawarkan sekarang.
Jadi beli saja sekarang. Beli yang sesuai dengan kemampuan korang. Faham tak?
Untuk rumah pertama, korang tak perlu beli yang besar-besar terus.
Sebabnya semakin besar rumah, semakin mahal harga. Semakin mahal harga, semakin banyak wang yang perlu korang keluarkan untuk kali pertama.
Jadi ingat formula ini untuk rumah yang pertama :
“Kecil, Mudah, dan Murah”
Korang boleh je cari rumah yang murah kat dalam mudah.my. Kena rajin mencari je. Dapat sebiji, terus seal the deal.
Pertama, perlu ingat yang tujuan korang untuk beli rumah ini adalah untuk pelaburan.
Bila untuk pelaburan, korang mesti kira siap-siap keuntungan minimum yang patut korang dapatkan.
Untuk itu, korang perlu ingat peraturan penting dalam melakukan transaksi pelaburan serta jual-beli ini.
Apa dia? Kita buat untung ketika membeli, bukan ketika menjual.
Jadi sebab itu carilah rumah di bawah harga pasaran. Sebaiknya, cari rumah yang 20% di bawah harga pasaran. Tak jumpa? Cari betul-betul, mesti boleh jumpa punya.
Okay. Sekarang, kira berapa harga rumah yang korang layak untuk beli. Katakan, korang layak sangat beli rumah harga RM350,000.
Cuma, tak semestinya korang perlu beli rumah harga tu. Tapi cari la rumah yang dibawah harga itu. Mungkin RM250,000 dah memadai.
Nasihat saya, beri ruang untuk Debt Service Ratio (DSR) korang bernafas.
Korang kena ingat, beli rumah bukan seperti beli roti canai. Korang tak pergi beli rumah hari-hari. Kan?
Jadi maksudnya, korang perlukan bantuan seseorang yang pakar dalam hal ini.
Siapa yang pakar? Ejen hartanah adalah jawapannya. Sebab mereka berurusan setiap hari dengan urusan membeli-menjual hartanah ini.
Ada 2 perkara korang kena tau.
Korang kena beli rumah pertama sebelum berkahwin. Ini sebab cash back yang korang terima tu, boleh dibuat sebagai duit untuk kerja kahwin.
Satu lagi?
Beli rumah pertama sebelum korang beli kereta. Yang ini, korang pasti dah tahu sebabnya kenapa, kan?
Kalau dah beli kereta, DSR korang akan dikacau teruk oleh loan kereta tu. Padahal lepas je nak beli rumah pertama. Yang ni, ramai orang buat. So, korang jangan ulang kesilapan ni ya.
Bila kita buat sesuatu untuk kali pertama ni, kadang-kadang kita akan teruja melampau-melampau. Nampak iklan menarik, terus rasa nak beli.
Baru mencari dalam mudah.my, ternampak offer best, terus nak beli. Lagi-lagi tau yang diri mampu beli dan dah siap duit down payment semua.
Tenangkan diri korang tu. Tak payah tergopoh-gapah. Kaji habis-habis dulu sebelum buat keputusan membeli.
—
Kalau silap beli, korang sendiri yang susah nanti.
Tu sebab, Tok nak korang rajin bertanya dan belajar dengan orang yang dah berpengalaman beli rumah, sebelum membeli rumah pertama.
Tok tau, korang jenis bijak pandai. Dan orang bijak tak suka ambil tindakan melulu. Sebab tu, korang baca perkongsian ni sampai habis, kan?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
Loke Kok Heng says:
Hi nama saya Cody saya nak beli rumah pertama macam mana saya mahu buah saya langsung tak tahu mahu cari siapa nak macam mana register boleh aja saya atau tolong melolong saya macam mana saya nak pergi buah dulu sebah i sudah cari lamain please can you help me