Banyak benda yang nak kena fikir bila nak beli rumah untuk duduk sendiri bersama keluarga.
Daripada sekolah hingga ke pusat membeli-belah, semua ini termasuk sebagai perkara yang akan dikaji oleh pembeli.
Yang penting, rumah tu mesti lengkap dan ada pelbagai kemudahan, dan juga suasana yang harmoni untuk besarkan anak-anak.
Mungkin bagi yang pertama kali nak beli rumah, anda tak tau kat mana nak mula.
Jangan risau. Kalau anda serius nak tau, jemput hadamkan 5 perkara yang wajib anda kaji ini sekarang.
Boleh kata, ini adalah soalan yang rata-rata pembeli akan tanya dulu sebelum buat keputusan membeli.
Anda boleh tanya diri sendiri dengan soalan ni:
“Anda nak ke duduk dekat tempat yang selalu berlaku kes rompak, atau yang kejadian jenayah lain yang kerap berlaku?”
Tujuan utama rumah kediaman, adalah sebagai tempat perlindungan daripada panas, hujan, dan bahaya dunia luar untuk anda sekeluarga.
Jadi, apa guna kalau anda sendiri rasa tak selamat untuk tinggal dekat situ?
Kalau anda beli rumah landed, mungkin pada mulanya, ini takkan jadi masalah buat korang.
Tapi kalau dah lama sikit, lagi-lagi untuk pasangan suami isteri yang dua-duanya bekerja dan mempunyai keluarga yang besar, isu parking akan menjadi faktor yang penting yang anda akan fikirkan bila nak beli rumah.
Sesetengah pemaju sedia maklum dengan keperluan ni dan akan sediakan lebih daripada satu parking lot, dan sesetengah lagi (mungkin) akan ambil kesempatan dengan menjual ruang parking lebihan pada harga yang tertentu.
Apapun di zaman yang serba serbi memerlukan kenderaan ini, parking adalah faktor penting yang kita akan tengok.
Untuk anda yang berminat dengan rumah landed, boleh juga tengok dari segi fasiliti yang ada di projek yang anda nak beli. Ada projek hartanah yang tawarkan taman, keahlian gim dan juga kolam renang.
Projek yang Tok review kali ni ada tahap keselamatan yang terbaik. Komuniti gated and guarded siap. Tak perlu risau tentang keselamatan di sini. Malah, projek ini juga anda tak perlu pun anda mohon keahlian gim sebab di sini ada kelab sendiri.
Orang kata lagi ramai lagi meriah kan? Kalau daripada segi pemilihan rumah terutamanya bagi yang berkeluarga, kalau terlalu ramai akan nampak sesak dan sibuk.
Terutamanya dalam kawasan bandar, susah untuk kita kenal semua orang yang tinggal berdekatan dengan kita.
Kepadatan yang tinggi juga menyumbang kepada masalah lain seperti trafik yang teruk. Boleh juga pertimbangkan projek yang berdekatan dengan public transport.
Bagi yang ada anak, faktor pusat pendidikan seperti nurseri dan sekolah adalah faktor terbesar dalam menentukan pemilihan rumah. Senang nak hantar anak pergi sekolah bila berdekatan dengan rumah.
Tapi bukan itu je kemudahan yang diambil kira. Kemudahan lain seperti surau, tempat permainan, dan taman rekreasi boleh menjadi ‘pemanis’ dalam pemilihan sesebuah rumah.
Malah, kemudahan seperti pusat membeli – belah dan juga hospital turut memainkan peranan penting bila memilih rumah. Rumah yang dekat dengan sekolah, pusat membeli – belah dan juga hospital ni memang jadi idaman ramai.
—
Beli rumah untuk duduk sendiri, memang tak sama macam nak beli rumah untuk tujuan pelaburan.
Banyak benda yang anda kena ambil kira dan kaji dulu. Ini memang Tok tak nafikan.
Tak guna juga kalau anda sekeluarga sendiri rasa tak selamat bila menghuni rumah tu. Jadi, pastikan anda kaji betul-betul faktor paling penting ni sebelum apa-apa hal.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]