PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kematian kakak yang tak dijangka mengubah cara saya simpan duit buat selamanya

Pengalaman yang kita lalui berkuasa mengubah cara dan tindak-tanduk kita untuk satu jangka masa panjang.

Ada pengalaman yang best, dan ada yang tak best. Tapi biasanya, yang tak best tu yang berikan impak maksima kat diri kita.

Yang pasti, banyak yang kita boleh pelajari daripada pengalaman orang lain.

Mungkin lepas baca perkongsian Stacy Rapcon ni, akan timbul kesedaran dalam diri korang untuk menyimpan duit secara serius.

Tok baca kisah ni kat Business Insider, dan Tok tak dapat nak tahan diri untuk kongsikan kat korang.

Tukar cara simpan duit selepas kejadian sedih ini

Boleh katakan, saya banyak kongsikan dan menulis tip-tip tentang kewangan peribadi.

Tapi sebelum semua ini berlaku, ada satu kisah sedih yang saya lalui sekitar 8 tahun yang lalu.

Kejadian ini mengubah cara saya membuat keputusan bajet dan berbelanja secara bijak. Dan ia juga menjadi sebuah benchmark (penanda aras) salah satu penyesalan terbesar dalam hidup saya.

Pada 2008, Cheryl (kakak saya) mengajak saya bercuti di Buenos Aires, Argentina. Tapi, saya terpaksa menolak ajakan ini.

Sebab? Saya dah gunakan kad kredit secara maksimum dan takde sebarang simpanan. Yang ada hanya simpanan persaraan, yang saya takkan gunakan untuk tujuan melancong.

Saya janji dengan beliau yang kami akan pergi bercuti bersama-sama pada lain masa.

Malang tak berbau

Lebih kurang setahun kemudian, kakak saya meninggal dunia pada usia 35 tahun. Penyesalan yang terpaksa saya lalui pada masa tu, tak terungkap dengan kata-kata.

Yang pasti, saya akan bawa penyesalan ini bersama selagi saya masih hidup di dunia.

Kejadian ini mengubah cara saya menyimpan duit. 5 tahun selepas kejadian ini, saya mula menyimpan duit dalam satu tabung bernama “no-regrets fund.

Tabung ini saya cipta khas untuk tujuan melancong dan buat aktiviti lain bersama yang tersayang. Saya tak nak masalah kewangan jadi penghalang sekali lagi.

Ini apa yang saya buat untuk jadikan tabung ini realiti.

#1: Saya sediakan satu bajet khas

Kita takkan dapat mengubah perbelanjaan, selagi tak tahu ke mana duit kita pergi.

Sebab itu sentiasa amalkan tabiat merekod segala perbelanjaan yang kita buat.

Sebelum ni, bajet saya sendiri tak pernah tetap. Kalau semakin menurun, saya tak kisah. Tapi selalunya, jumlah perbelanjaan akan meningkat tak ingat dunia.

Sekarang, saya akan bahagikan siap-siap 20% daripada gaji khas untuk tabung no-regret, bersama dengan tabung kecemasan, dana pencen, dan dana kolej anak-anak.

Syukur, simpanan untuk persaraan dan kolej anak-anak masih on track.

Cuma baru-baru ini, saya terpaksa keluarkan duit simpanan kecemasan serta kosongkan tabung no-regret (saya akan jelaskan kat bawah nanti).

Sekarang ni, saya tengah membina balik simpanan kecemasan saya (jumlah 3 bulan gaji bulanan) dan bahagikan simpanan ini kepada setiap tabung yang ada supaya ia sama rata.

#2: Saya potong pelbagai kos

Seperti orang lain juga, perbelanjaan saya banyak tertumpu dekat kos penyelenggaraan rumah dan juga anak-anak.

Untuk meyimpan lebih banyak duit dan kurangkan perbelanjaan ini, saya perlu buat beberapa kekangan dalam bab berbelanja.

Masa saya dan suami nak beli rumah pertama, kami bercadang untuk duduk di kawasan berhampiran Washington D.C.

Tapi sebaliknya, kami buat keputusan untuk cari rumah di kawasan Beltway, sebab rumah kat sini lebih murah. Akhirnya, kami berjaya dapatkan rumah yang gunakan kira-kira 20% daripada pendapatan isi rumah kami.

Bagi kami, ini satu pencapaian yang menakjubkan.

Saya cakap macam ni sebab jarang boleh dapatkan tawaran baik seperti ni kat kawasan urban (bandar).

Mempunyai rumah yang tak banyak makan duit ini buatkan kami dapat hidup dengan selesa, serta dapat buat simpanan pada masa yang sama.

Masuk bab anak-anak pula

Hakikatnya, kami berdua agak berhempas-pulas nak jaga semasa anak perempuan saya baru lahir pada masa tu.

Kami daftarkan dia untuk pelbagai kelas dan aktiviti, dan juga mengupah seorang pengasuh sambilan (saya minta bantuan untuk ajarkan anak saya Tagalog. Ya, saya berasal dari Filipina).

Pada usia 2 tahun, kami hantar pula dia ke salah satu sekolah yang terbaik dalam kawasan Montessori, walaupun hakikatnya, ia menelan banyak belanja.

Selang beberapa tahun, kami menyambut kehadiran anak kami yang ke-2.

Untuk anak ke-2 ni, kami tak layan seperti kakak beliau dulu. Aktiviti yang kami daftarkan tak banyak seperti anak pertama kami, dan kami juga tak mengupah pengasuh kali ini.

Untuk beberapa bulan, kami hantar dia ke pusat penjagaan harian yang tawarkan servis pada harga berpatutan.

Ini berlarutan sehingga mak ayah saya bersara. Mereka pula bermurah hati dan tawarkan untuk jaga anak kami secara percuma.

Oh, dan mereka juga ajar anak ke-2 kami bahasa Tagalog. Ya, kami ada 2 orang anak yang luar biasa, dan kami sayang sangat mereka.

Hanya nak yang terbaik untuk mereka

Bila kami berpindah ke New Jersey pada musim luruh yang lepas, kami dapati sekolah baru untuk anak-anak kami lebih murah berbanding dengan sekolah lama mereka dulu.

Mungkin nama sekolah baru ni tak segah sekolah lama dulu, tapi cikgu yang mengajar amat prihatin dan penyayang, dan anak-anak kami suka belajar kat sini.

Seperti ibu bapa lain, kami mahukan yang terbaik untuk mereka.

Segala perbelanjaan yang dapat kami jimatkan, kami bahagikan dan masukkan ke dalam tabung kecemasan dan no-regret.

#3: Saya tambah pendapatan

Seperti yang orang lain buat, saya juga berusaha untuk tambah pendapatan supaya dapat menyimpan lebih banyak.

Kesan daripada Great Recession dulu beri impak yang tak best dekat semua orang, dan saya juga tak terkecuali. Tapi, itu bukan alasan untuk saya patah semangat dan tak bekerja keras.

Gaji saya berkembang dengan ketara sejak 2008. Boleh kata, nasib saya agak baik. Bila ada saja peluang baik, saya akan ke situ.

Pada masa lapang pula, saya akan buat kerja lain untuk dapatkan wang tambahan. Saya akan jual CD, DVD, buku, pakaian lama dan lain-lain.

Saya juga ada buat servis jaga budak-budak secara freelance.

Satu lagi fakta tentang saya. Saya juga suka menulis. Dan atas sebab ni, saya tak kisah ambil kerja tambahan selepas bekerja selama 8 jam pada hari biasa.

Hingga hari ni, saya masih mengambil sebanyak mungkin kerja luar untuk maksimumkan pendapatan.

Hasilnya, pendapatan saya berjaya meningkat 2 kali ganda pada hari ni.

#4: Saya tetapkan prioriti

Saya pernah ada masalah membeli-belah yang teruk satu ketika dulu. Suka sangat beli pakaian dan kasut yang branded, tapi jarang dipakai.

Saya juga banyak berbelanja untuk tengok wayang, dan beli perabot yang tak sesuai untuk apartmen.

Sekarang, saya dapat menentang semua ini, walaupun godaan untuk berbelanja masih kuat. Barang-barang seperti ini mengingatkan diri saya yang ada perkara lebih penting, berbanding berbelanja mengikut nafsu dan puaskan kehendak semata-mata.

Bila ada situasi yang perlukan saya membeli pakaian mahal untuk hadir ke majlis mewah, saya akan sewa pakaian. Buat apa beli lagi. Buat rugi duit saja.

Untuk bab melayan kehendak saya menonton filem baru, saya akan buat langganan streaming yang lebih murah (tambahan pula, saya tak perlu keluar rumah. Boleh jimat duit minyak, parking, makan dan sebagainya).

Perabot pula, saya masih pakai apa yang dah dibeli. Buat apa ganti beli yang baru sedangkan ia masih elok lagi?

Dengan mengubah tabiat perbelanjaan, saya berjaya menyelamatkan diri daripada terus gunakan kad kredit secara maksimum (macam dulu-dulu).

Tak perlu lagi nak bayar faedah bank yang membukit. Sebaliknya, saya dapat menyimpan duit untuk buat perkara yang lebih penting.

Tambahan pula, pada musim panas ini, keluarga saya (termasuk ibu bapa, serta keluarga kakak sulung) akan pergi bercuti ke negara tropika buat pertama kali.

Dah tentu ini bukan satu perjalanan yang murah, tapi saya bersyukur sebab masih ada peluang untuk luangkan masa dengan orang yang saya sayang.

Saya tanggung kos ini dengan gunakan duit dalam tabung no-regret. Biar pun tabung ini habis diguna, tapi saya tak kisah pun.

Janji saya boleh cakap “Ya” untuk buat setiap aktiviti bersama keluarga tercinta.

Memang tak best kalau ada kekangan bab duit untuk lakukan perkara bersama keluarga kita. Itu sebab kita kena sentiasa bersedia.

Takkan kita hanya mampu nak berserah pada nasib, kan? Kita semua mampu ubah perkara ni.

Jadikan ilmu urus duit sebagai pendinding untuk elakkan korang sama nasib seperti Stacy. In shaa Allah, korang boleh buat punya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *