Baru-baru ni Jabatan Perumahan Negara ada mengeluarkan senarai terbaru Pemaju Perumahan Yang Disenaraihitam. (Blacklisted)
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) bertanggungjawab terhadap maklumat Senarai Hitam Pemaju Perumahan di atas beberapa kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
Tok nak kongsikan senarainya di sini supaya korang semua tak terbeli dan tak terpengaruh dengan projek perumahan mereka.
Periksa dulu pemaju perumahan sebelum membuat pembelian hartanah!
Selalunya, pemaju perumahan akan membuka Sales Booth di shopping mall atau supermarket dan pasaraya besar. Jadi, tugas korang sebagai bakal pembeli adalah periksa nama pemaju perumahan dalam senarai di bawah.
Kalau ada jumpa nama diorang, korang tanya balik pada Salesman/Salesgirl tu, betul ke pemaju perumahan ni disenaraihitamkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Kemudian, lihat respons dia.
—
Banyaknya!
Ya, pemaju perumahan di Malaysia memang banyak. Dan korang kena berhati-hati dengan pemaju-pemaju perumahan yang di senarai hitam di atas ni.
Jangan sampai harapan memiliki rumah korang hancur berkecai dek kerana tertipu dengan janji manis pihak pemaju yang menjanjikan bulan dan bintang.