PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Hati-hati dengan tawaran JV (joint venture) dalam seminar hartanah. Ikuti kupasan Tuan Faizul Ridzuan pasal skim sontot ini

Makin hari, makin menjadi-jadi. Tok pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Tapi, nak salahkan orang yang sertai skim sontot ini 100% pun tak boleh juga. Orang yang cop diri mereka sebagai “sifu” dan “guru” ni cukup pandai dalam permainan manipulasi. Silap-silap, orang lama pun boleh terkena.

Ini ada satu isu (yang tak berapa baru) yang Tok nak kongsikan kat korang. Tok sedut maklumat ini kat laman Facebook Tuan Faizul Ridzuan. Semoga perkongsian ini dapat buatkan korang lebih berjaga-jaga dengan skim sontot macam ni ya.

Dialog pendek ini ada mesej yang berharga untuk anda

Dalam sesi 1-on-1 baru-baru ni, ada klien berjumpa saya untuk dapatkan pendapat tentang unit service apartment yang beliau beli kat Johor Bahru.

Pada pengamatan saya, beliau membeli apatmen servis ini dengan harga yang terlampau mahal.

Berikut adalah pertukaran dialog antara kami berdua:

(Nota: Singkatan FR merujuk kat saya, dan Encik S adalah klien saya.)

FR: “Boleh bagitahu kat saya kenapa awak beli aparmen ini?”

Encik S: “Jurulatih hartanah saya kat Johor Bahru bagitahu saya, ia adalah tawaran menarik yang tak patut saya lepaskan.

Ia dijual dengan harga 30% lebih rendah berbanding harga yang pemaju tawarkan, dan saya akan dapat rebat tunai (cashback) sebanyak RM100,000 dengan pembelian ini.

Hasil sewaan (rental yield) unit ini adalah negatif.

Tapi, saya beli unit ini dengan beberapa rakan kongsi (joint venture partners) yang diperkenalkan kat saya semasa seminar itu. Dan kami berkongsi menanggung kerugian ini sampai hasil sewaan berubah menjadi positif.

Bila saya tengok rekod prestasi pelaburan mereka yang memiliki lebih 20 buah hartanah, saya percaya dan yakin mereka tak akan buat sebarang kesilapan dengan pembelian ini. “

FR: “Baiklah. Jadi, nama siapa yang korang gunakan kat SPA (Sales and Purchase Agreement) dan pembiayaan?”

Encik S: “Nama saya saja.”

FR: “Macam mana tu? Saya agak pelik dengan struktur joint venture korang ni. Jadi, nama awak seorang saja yang digunakan untuk SPA dan loan? Berapa orang yang terlibat dalam JV ini?”

Encik S: “Saya ada 12.5% share dan jumlah semua yang terlibat adalah 8 orang. Rebat tunai yang kami dapat akan dibahagi secara sama rata.”

FR: “Tapi, urusan loan 100% bawah nama awak, dan awak tahukan yang jika terdapat sebarang masalah, awak yang akan bertanggungjawab? Yang lain tu jadi guarantor (penjamin) ke?

Encik S: “Tak ada bro FR. Tak ada penjamin lain..”

FR: “Okay. Tolong tegur saya kalau saya tersalah cakap ya.

Awak beli unit underconstruction, yang mana hasil sewaan tak akan berikan pulang modal (breakeven) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kalau nak jual balik unit ini, awak tak akan dapat balik harga yang dibeli lepas rebat 30% sebab ia terlalu mahal pada mulanya.

Bab rebat tunai pulai, sama-sama kongsi. Tapi 100% awak seorang yang tanggung semuanya kalau berlaku apa-apa yang tak baik kat pembelian ini.

Ada tak saya tersilap cakap kat mana-mana tak setakat ini?”

Encik S: “Hmm. Awak buat saya rasa pembelian ini tak patut saya buat. Tapi orang yang suruh saya beli dah ada lebih 25 buah hartanah, yang hampir sama dengan portfolio awak, bro FR. Diaorang mesti tahu apa yang mereka buat kan?

FR: “Macam mana awak tahu yang mereka benar-benar ada 100%, atau paling kurang 50% share kat setiap hartanah yang mereka dakwa dah beli? Berapa peratus share yang awak tadi?

Encik S: “Saya tak berapa pasti pula berapa banyak share mereka dalam hartanah setiap hartanah yang mereka cakap tu. Tapi, peratus share saya adalah sebanyak 12,5%.”

FR: “Kalau mereka juga dapat 12.5% share untuk 25 buah hartanah, berapa banyak hartanah yang sebenarnya mereka ada?”

Encik S: “Sebanyak 3 buah hartanah.”

FR: “Dan berapa banyak yang awak laburkan untuk belajar daripada mereka ini?”

Encik S: “Saya dah keluarkan beribu Ringgit untuk belajar dengan mereka. Saya tengah fikir nak daftarkan diri untuk kelas advance, tapi ia perlukan kos tambahan beribu Ringgit lagi.”

FR: “Jadi, awak sanggup bayar beribu Ringgit dan tengah merancang membayar lebih banyak, untuk belajar dengan seseorang yang secara teknikalnya, cuma ada 3 buah hartanah?

Padahal awak dan pasangan dah ada lebih 3 buah hartanah. Bukan lebih patut mereka bayar untuk belajar daripada awak ke? Awak pasti ke orang yang suruh awak beli hartanah ini tak dapat komisyen daripada urusniaga ni?”

Encik S: ………… (krik krik krik).

Cukup sekadar sini saja perbualan yang boleh saya kongsikan. Apa moral yang korang dapat fikirkan daripada kisah ini?

Teringat pula satu pepatah bahasa Inggeris ini:

“If you’re playing in a round of poker and you don’t know who is the sucker in your table, then you’re actually the sucker!”

Dapat tak mesej yang Tok nak sampaikan?

Sekarang, bertambah ramai golongan macam ni, dan mereka senang-senang buat duit atas angin dengan menjual nama “sifu” atau “pakar” dalam macam-macam bidang (kononnya).

Tok harap korang lebih berhati-hati kat luar sana ya. Sebelum bayar untuk masuk seminar, siasat latar belakang mereka sehabis baik. Tok tak nak korang jadi mangsa sontot yang seterusnya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *