Panduan Beli Rumah Pertama Tanpa Modal Sebagai Pelaburan (2025): Strategi Bijak Untuk Gaji Biasa-Biasa

Ramai orang ingat beli rumah pertama kena tunggu gaji besar, tunggu kahwin, atau tunggu sampai cukup simpanan RM50,000. Selalunya banyak fokus kepada kegunaan peribadi, ikatan emosi, dan keselesaan. Tapi itu semua mitos.

Sebenarnya, rumah pertama adalah PELUANG TERBAIK untuk mula melabur dalam hartanah dan bina aset – walaupun korang belum kaya. Dalam artikel ini, you akan belajar strategi sebenar bagaimana beli rumah pertama sebagai pelaburan, bukan sebagai liabiliti.

Yang lagi best, you boleh beli rumah tanpa perlu keluarkan deposit yang besar pun.

Kenapa Rumah Pertama Penting Untuk Pelaburan?

3

Ramai pembeli rumah pertama beli rumah untuk jadi tempat duduk, bukan aset. Tak salah tapi rumah itu jadi liabiliti untuk you. Sebab you kena keluarkan duit sendiri untuk bayar kat bank.

Tapi hakikatnya, orang yang bijak tahu:

  • Rumah pertama boleh dapat margin pinjaman 90–100%
  • Ada pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama
  • Ada jenis rumah yang boleh dibeli tanpa modal besar

Kalau you gunakan peluang ini untuk beli rumah yang boleh disewakan kepada orang lain, you akan bina ‘alat kekayaan’ yang generate cashflow setiap bulan lebih cepat.

1. Mulakan Dengan Gaji & Kelayakan Pinjaman

Sebelum cari rumah, you kena tahu dua benda:

  1. Berapa harga rumah yang bank sanggup luluskan berdasarkan gaji you?
  2. Berapa ansuran yang mampu you tanggung jika berlaku risiko penyewa tak bayar?

You boleh gunakan kalkulator online atau dapatkan pra kelulusan bank. Pastikan:

  • DSR bawah 70% (lebih rendah lebih baik)
  • Tiada rekod buruk dalam CTOS / CCRIS
  • Gaji bersih RM3,000-RM4,000 pun dah boleh mula

2. Pilih Rumah Berdasarkan Data, Bukan Perasaan

Untuk pelaburan, data lebih penting dari perasaan you suka sangat ke tak dengan rumah tu. Sebelum nak beli rumah, perhatikan dulu lokasi kawasan sekeliling rumah.

  • Berdekatan MRT / LRT / ECRL / lebuhraya utama
  • Ada universiti, hospital, kawasan industri
  • Kadar sewa stabil, permintaan tinggi

Paling penting, cari lokasi yang ada banyak pergerakan manusia, bukan setakat pemandangan cantik.

3. Rumah Baru vs Subsale: Mana Lebih Baik?

Ni perbezaannya kalau you nak tahu…

Rumah baru (undercon/ completed project):
✅ Modal rendah (booking RM500–RM1,000)
✅ Pemaju tanggung legal fee, MOT
✅ Sesuai untuk gaji kecil & pelabur baru
✅ Jika projek dah siap, boleh terus disewakan
❌ Tak siap, kena tunggu 2–3 tahun untuk disewa

Rumah subsale:
✅ Boleh tengok fizikal, terus disewakan
✅ Sesuai kalau nak hasil segera
✅ Boleh nego untuk beli bawah harga pasaran
❌ Perlukan modal lebih (deposit, guaman)

Strateginya di sini – Sebaiknya guna modal yang paling rendah untuk beli projek yang baru je siap atau dah nak siap. Lagi best kalau ada cashout yang boleh digunakan untuk cover renovation cost supaya dapat tenant yang berkualiti untuk sewa rumah you.

4. Cari Rumah Yang Boleh Disewakan

Ingat prinsip ini, you beli untuk disewakan dan boleh diduduki sendiri (bagus jika dekat dengan tempat kerja) jika tiada penyewa.

Jadi, ciri rumah pelaburan yang ideal adalah:

  • Sewa yang dapat ≥ ansuran bank
  • Ada parking dan akses pengangkutan
  • Rumah ada kemudahan dan perabut
  • Maintenance rendah (elak unit mewah dengan kos tinggi)

Juga paling penting, you dapat rental yield yang lebih daripada 4%.

Ni cara kira rental yield:
– (Sewa tahunan ÷ Harga rumah) x 100
– Contoh: RM1,400 x 12 ÷ RM280,000 = 6% yield (bagus untuk pelaburan)

5. Strategi Modal Rendah: Jangan Tunggu Simpanan RM50,000

Nak mula pelaburan hartanah tak semestinya perlukan modal besar. Teknik yang pelabur guna:

  • 0% downpayment dari projek pemaju
  • Cashout untuk cover legal & renovation
  • Booking fee yang rendah sebagai deposit
  • Boleh guna EPF Akaun 2 untuk bayar booking fee

Bayangkan di FAR Capital, ramai orang lepas beli rumah pertama dengan hanya RM500-RM3,000 modal saja sebagai booking fee.

6. Sediakan Dokumen Yang Lengkap Untuk Permohonan Pinjaman

4

Ramai orang tersangkut loan bukan sebab tak layak — tapi sebab dokumen tak lengkap, tak konsisten, atau lambat hantar.

Kalau you nak proses permohonan lancar, pastikan dokumen lengkap, tersusun, dan ikut format bank minta.

Checklist dokumen:

  • Salinan kad pengenalan (IC depan & belakang)
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini (akaun masuk gaji)
  • Penyata KWSP (EPF) terkini
  • Surat pengesahan majikan (jika perlu)
  • Penyata cukai BE + resit e-filing (LHDN)

Tips umum:
✅ Semua dokumen dalam PDF, bukan gambar blur dari WhatsApp
✅ Nama fail tersusun: Slip_Gaji_Mei2025.pdf, Penyata_Bank_Jun2025.pdf
✅ Pastikan akaun bank sama dengan akaun masuk gaji
✅ Simpan semua dokumen dalam Google Drive / folder khas — senang akses bila diminta

6. Lantik Ejen & Peguam Yang Betul

Nak selamat? Jangan beli sendiri kalau tak ada pengalaman. Pastikan:

  • Ejen hartanah ada nombor REN sah
  • Peguam hartanah berpengalaman & bukan dari pemaju saja
  • Booking fee dibayar ke akaun pemegang amanah, bukan direct ke pemaju

Jangan takut tanya soalan lagi-lagi berkaitan dengan loan rumah. Kalau ejen tak jawab jujur, cari ejen lain.

Kesimpulan: Rumah pertama adalah kunci kaya, bukan kunci masalah.

Kalau you masih tunggu “cukup duit”, “gaji naik dulu”, atau “dah kahwin baru beli” — you akan terus tengok harga rumah naik dan peluang makin sempit.

Rumah pertama boleh jadi titik mula you kumpul aset bernilai RM1 juta. Tapi hanya kalau you beli dengan ilmu dan strategi.

Jangan beli rumah sebab perasaan. Beli sebab formula.


Soalan Lazim (FAQ)

Q: Gaji saya bawah RM3,000 – boleh beli rumah?
A: Boleh, asalkan DSR bawah 70%, tiada komitmen tinggi, dan korang pilih rumah dengan harga yang sesuai.

Q: Saya kerja swasta – ada skim bantuan ke?
A: Ada. Skim Rumah Pertamaku, PR1MA, dan projek HOC masih ada tahun 2025.

Q: Beli rumah untuk duduk sendiri dulu ok tak?
A: Kalau boleh, beli rumah pertama untuk pelaburan. Duduk sewa dulu, biar orang lain tolong bayar loan rumah you.


Kalau you nak semakan kelayakan berapa loan rumah yang you mampu, bantuan cari rumah pelaburan bawah pasaran, atau nak tahu kawasan hot tahun 2025, klik sini:

👉 Daftar Untuk Profil Percuma

Last update: