Awal tahun hari tu, siapa yang berazam nak langsaikan segala hutang-piutang?
Tapi, sekarang dah nak masuk bulan Jun. Hutang masih tak berkurang lagi. Apa yang terjadi? Kat mana kita silap dalam perkara ni?
Mungkin korang ada buat 9 kesilapan ini secara tak sedar (sebab kalau dah tersedar, mesti korang takkan buat dah kesilapan ni). Max Wong daripada Wise Bread nak bantu korang melalui perkongsian ni.
Dah la ada hutang lama belum selesai. Lepas tu, boleh lagi nak tambah koleksi hutang? Kalau teruskan macam ni, sampai bila-bila pun takkan habis bayar.
Korang boleh tinggalkan kad kredit kat rumah bila nak keluar, bekukan kad ini, atau potong terus (kes degil tahap dewa). Bila nak berbelanja, gunakan tunai sentiasa.
Hentikan amalan guna kad kredit ini sebelum terlambat. Kalau korang tak mampu nak bayar secara tunai untuk sesuatu, bermakna korang belum mampu nak beli barang tu. Buat bersabar dan fokus langsaikan hutang dulu.
Kereta korang ada potensi untuk rosak. Sama juga dengan komputer korang. Dan 2 benda ni (dan benda lain yang sewaktu dengannya) kalau tak ada, susah korang nak buat kerja.
Kalau langsung tak buat dana kecemasan, korang terpaksa capai kad kredit untuk tanggung semua kos tak terancang ini. Dan bila guna kad kredit, maka bertimbun-timbun hutang bertambah balik.
Mulakan simpan duit untuk dana kecemasan, sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 6 bulan gaji. Tak berdosa pun kalau mulakan sikit-sikit dulu. Janji dah mula menyimpan.
Korang selalu gunakan kad kredit untuk beli barangan keperluan asas seperti makanan, atau bayar bil-bil utiliti sebab tak cukup tunai?
Kalau ini selalu berlaku, korang akan berada dalam keadaan berhutang untuk satu jangka masa yang lama. Kad kredit adalah satu kaedah yang sangat mahal untuk kita pinjam duit.
Dan korang boleh ubah masalah ni dengan meningkatkan sumber pendapatan (yang Halal dan sah kat sisi undang-undang). Korang boleh cari kerja sambilan, sewakan bilik kosong kat yang ada, dan lain-lain untuk tambah pendapatan bulanan.
Tekanan daripada orang sekeliling adalah punca ramai orang jadi tak berduit.
Orang lagi sanggup bayar bil kad kredit (yang mahal) daripada akui mereka tak mampu nak beli makanan, tiket konsert, insuran kereta, dan sebagainya. Kalau tak ada duit, swipe saja. Kan lebih mudah?
Hakikatnya, ia tak berikan sebarang manfaat pun kat kita. Dan kawan-kawan jenis macam ni, tak akan membantu korang selesaikan hutang yang ada. Silap-silap, bertambah parah situasi korang tu.
Orang lain tak ada hak nak tentukan cara korang belanjakan duit sendiri. Ia adalah 100% hak korang. Jadi, tak payah ambil kisah kata-kata negatif mereka.
Impian korang juga boleh menjadi pendorong terbaik untuk keluar daripada belenggu hutang. Ada orang pasang niat nak langsaikan semua hutang sebelum berumur 35 tahun, dan korang juga boleh pasang impian murni yang sama.
Kalau korang nak tahu, bank cukup suka peminjam bayar baki hutang secara minimum. Semakin lama masa yang korang ambil nak langsaikan hutang, lebih banyak faedah yang korang kena bayar.
Walaupun korang hanya mampu bayar lebih RM50 saja, tutup mata dan bayar saja lebih daripada jumlah minimum. Walaupun sikit, ia masih dapat membantu.
Sebagai contoh, katakan korang ada baki kad kredit sebanyak RM5,000 dengan kadar faedah tahunan 12%.
Kalau bayar minimum RM100 sebulan, korang akan ambil masa selama 70 bulan untuk settle, dan bayar tambahan RM1,996 untuk faedah!
Lain pula kalau korang bayar RM120 sebulan. Korang dapat langsaikan hutang ini dalam tempoh 50 bulan dan bayar RM1,500 saja untuk faedah. Jadi, mana satu yang korang akan pilih?
Menurut survei Gallup (syarikat penyelidikan USA), 33% orang Amerika mempunyai 1 atau 2, 18% lagi ada 3 hingga 4, dan sekitar 7% memiliki lebih daripada 7 kad kredit.
Bayangkan. Kalau setiap kad kredit ada hutang, yang mana satu jadi prioriti untuk kita langsaikan dulu?
Terdapat 2 school of thought untuk langsaikan hutang dengan cepat:
1) Bayar dulu pinjaman dengan kadar faedah tertinggi (kaedah Avalanche), dan
2) Bayar pinjaman dengan baki hutang terendah (kaedah Debt Snowball).
2 kaedah ini boleh membantu korang langsaikan hutang. Gunakan mana-mana yang sesuai dan terbaik mengikut situasi kewangan masing-masing.
Hanya 1 daripada setiap 3 rakyat Amerika buat bajet yang baik. Bermakna, majoriti orang kat sana tak ambil kisah pasal pergerakan wang mereka.
Susah nak buat keputusan kewangan yang baik, kalau tak ada sebarang rekod perbelanjaan yang kita buat.
Orang yang berjaya selesaikan hutang kad kredit adalah mereka yang membayar lebih daripada sepatutnya. Setiap duit lebihan yang ada, akan digunakan untuk langsaikan hutang supaya ia settle secepat mungkin.
Dengan wujudkan bajet, kita boleh nampak baki duit yang ada dengan jelas. Serta dapat menilai balik perbelanjaan dan kenal pasti cara kita berbelanja setiap bulan.
Ini adalah strategi yang kritikal dalam usaha melangsaikan hutang yang ada. Kalau korang tak pernah buat bajet sebelum ini, tak usah risau. Ia lebih mudah berbanding dengan apa yang korang jangkakan.
—
Hutang boleh jadi beban yang buatkan hidup korang tertekan. Kalau dah tahu masih berhutang, settle-kan mana yang ada dulu, baru boleh mula berbelanja macam biasa.
Selagi tak habis bayar, susah korang nak kumpul duit dan buat pelaburan lain. Korang pun, mesti tak nak susahkan diri buat 2 perkara dalam satu masa, kan?
Apa-apa pun, masalah ini tak mustahil untuk kita selesaikan. Sentiasa cari ilmu yang bantu korang selesaikan masalah ini dengan cepat. Tok doakan supaya korang settle hutang dalam masa terdekat. Ameen.
–