PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jimatkan kos peguam. Buat sendiri 3 perkara ini lepas beli rumah second hand

Ada banyak lagi perkara yang korang kena selesaikan lepas beli rumah second hand.

Tak sama macam beli rumah dengan pemaju (under construction), korang kena buat banyak pertukaran nama dekat segala bil dan dokumen yang ada.

Kalau rumah baru, tak payah dah buat benda ni. Korang terus daftar nama baru je.

Tapi sebab tak ramai yang ambil kisah pasal ni, Tok nak korang hadamkan nukilan ilmu bermanfaat Tuan Salkukhairi Abd Sukor ini di Facebook beliau.

Settle je beli rumah second hand, terus buat. Lagi laju korang buat, lagi cepat korang boleh rehat.

Apa lagi yang anda tertinggal buat?

Perkara ni biasa berlaku kepada pembeli rumah pertama. Dan kadang-kadang, ada juga berlaku kat pembeli yang dah banyak kali beli rumah.

Ramai yang ingat lepas dah selesai urusan beli rumah, dah tak payah buat apa-apa. Tinggal nak pindah masuk ke dalam rumah je.

Selepas selesai urusan beli rumah second hand, ramai yang terlupa atau terlepas pandang untuk buat pertukaran nama pada 3 perkara ini:

#1: Dah tukar nama dekat segala bil utiliti yang ada?

Ramai pembeli yang lupa nak buat pertukaran nama pada rekod bil utiliti seperti bil eletrik, bil air, dan juga Indah Water.

Sepatutnya, lepas selesai urusan jual beli rumah second hand, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama.

Ini sebab dalam rekod pejabat pembekal utiliti, ia masih lagi berdaftar atas nama pemilik asal (penjual).

Macam mana nak buat pertukaran nama bil utiliti?

Ada dua (2) cara korang boleh gunakan untuk membuat pertukaran nama:

A. Buka akaun baru

Korang boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut, di mana korang perlu buat pembayaran deposit untuk tujuan ni.

Jumlah deposit yang diperlukan pulak, bergantung kepada jenis rumah yang korang beli.

Lepas akaun baru berjaya dibuka, pemilik asal perlu batalkan akaun lama.

Tapi sebelum tu, tuan rumah lama kena bayar dulu semua tunggakan yang ada, baru boleh tutup akaun lama.

Dah selesai buat semua ini, baru syarikat pembekal perkhidmatan utiliti akan pulangkan deposit kepada tuan rumah lama.

B. Sambung guna akaun pemilik lama

Korang boleh memohon untuk kekalkan akaun lama tuan rumah asal, tapi hanya buat pertukaran nama pemilik je.

Cuma dalam kes ni, korang sendiri perlu bayar refund bayaran deposit bil utiliti kepada tuan rumah lama.

Ini sebab tuan rumah lama takkan dapat deposit tu, selagi dia tak buat pembatalan akaun.

#2: Dah tukar nama rekod cukai pintu?

Ramai yang terlepas pandang untuk buat permohonan pertukaran cukai pintu.

Sebagai pemilik baru, korang perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Bawah ni, ada senarai segala dokumen yang korang perlu sediakan untuk tujuan ini:

  • Salinan kad pengenalan,
  • Salinan SNP,
  • Salinan geran (yang dah dipindah milik kepada nama korang), dan
  • Salinan cukai pintu terkini.

Korang jugak perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

#3: Dah tukar nama untuk maintenance bil dan caj servis?

Nota: Yang ni, hanya tertakluk kalau korang beli rumah berstrata.

Ini pun, boleh tahan ramai yang terlepas pandang.

Pembeli (korang la tu) perlu maklumkan kepada bahagian maintenance / JMB (Joint Management Body) yang korang adalah pemilik baru unit tersebut.

Ini supaya pihak pengurusan dapat update rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru (korang).

Yang selalu jadi isu adalah, siapa yang bertanggungjawab untuk buat segala urusan pertukaran nama ni?

Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Tanggungjawab pertukaran nama ni, pembeli yang kena buat. Cuma, ada jugak sesetengah peguam yang tawarkan servis ni, sekali dengan urusan jual beli.

Dan benda ni bukan satu tugas wajib bagi seorang peguam. Kalau peguam yang buat, biasanya memang korang akan dicaj yuran guaman untuk perkhidmatan ni.

Boleh ke buat sendiri benda ini?

Kalau korang nak jimatkan kos ni, boleh je buat sendiri. Bukan susah pun. Cuma, kena luangkan masa sikit untuk uruskan perkara ni.

Kesannya? Kalau ada tunggakan yang masih tak dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak-pihak atasan.

Jadi, penting jugak untuk pemilik asal buat follow up, dan sahkan dengan pembeli lepas urusan jual beli dah selesai, sama ada proses tukar nama ni dibuat atau tak (sambung guna akaun pemilik lama).

Jangan pulak bila dah dapat rumah, korang lepaskan tanggungjawab ni. Apa-apa yang jadi nanti, korang jugak yang kena tanggung.

Semoga tulisan ni dapat beri peringatan kepada korang untuk selesaikan urusan pertukaran nama dengan segera, sebaik je urusan jual beli selesai.

Nota: Silakan SHARE dan panjangkan manfaat artikel ini kepada yang lain.

Benda ni, memang lagi senang minta tolong peguam yang uruskan. Tapi, kena la sanggup tanggung kos yang ada.

Cuma, korang takkan belajar selagi tak buat sendiri. Orang pun susah nak tipu sebab korang dah ada pengalaman. Benda mudah je pun.

Kalau ada bajet, tak salah tanggung kos peguam. Dan kalau takde, tak salah jugak untuk korang uruskan sendiri benda ni. Terpulang pada pilihan masing-masing.

Ramai pelabur hartanah otai suka sangat beli rumah second hand. Kenapa?

Bukan mereka tak suka beli rumah under construction. Cuma, potensi buat banyak duit bila beli rumah second hand, memang tak boleh senang-senang disangkal.

Kalau ada ilmu dan strategi yang betul, dengan mudah, korang boleh beli rumah pada harga berkali ganda bawah market value.

Ini ilmu yang 16 pelabur hartanah otai kongsikan dalam eBook ini. Klik link bawah ni untuk belajar sekarang.

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’ Cover eBook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *