Ramai jugak yang tanya kat Tok soalan ni:
“Macam mana seorang pelabur hartanah boleh buat banyak duit?”
Macam-macam cara yang ada.
Tapi tak guna tahu perkara yang advance, selagi korang tak betul-betul masak dengan ilmu yang asas.
Buat korang yang baru nak berjinak-jinak dalam arena pelaburan hartanah, Tok pasti korang suka hadamkan perkongsian dekat blog Loan Street ni.
Mesti korang dah dapat agak apa yang Tok nak cakap.
Ya, strategi yang ramai pelabur gunakan untuk buat duit cepat dengan hartanah adalah dengan flipping.
Flipping bermaksud, korang beli rumah dan jual dengan cepat untuk dapatkan keuntungan. Betul, ini adalah pelaburan bersifat short-tem (jangka masa pendek).
Ini pula peraturan asas yang seorang flipper amalkan. Korang beli rumah dengan harga yang rendah, dan jual balik pada harga yang tinggi.
Biasanya, pelabur akan beli rumah pada harga yang rendah daripada developer (pemaju). Dan mereka akan jual balik selepas projek tu siap pada harga yang lebih tinggi.
Bila pelabur jumpa pembeli yang sanggup bayar harga rumah yang mereka tetapkan, mereka akan jual hartanah tu untuk dapatkan untung.
Bab untung pulak, bergantung dekat beza harga beli dan harga yang pelabur tu jual. Kalau banyak beza, untung tebal menanti untuk masuk ke dalam poket pelabur.
Dengar macam menarik dan senang nak buat, kan? Maaf sebab Tok terpaksa kacau mimpi-mimpi indah korang tu.
Antara yang wajib seorang flipper tanggung adalah:
Kalau jual hartanah sebelum capai tempoh 5 tahun, korang kena bayar cukai dekat Kerajaan.
Korang boleh rujuk pembayaran RPGT kat jadual bawah ni:
Selain booking fee dan down payment, ada macam-macam lagi kos yang korang kena tanggung seperti:
Selain kena tanggung kos permulaan, ada jugak kos lain yang terlibat seperti:
Nota: Nak tak buat untung paling kurang 3 kali ganda dengan hartanah? Klik sini dan baca sekarang.
Salah satu cara lain untuk jana untung dengan hartanah adalah melalui sewaan.
Secara mudah, ini adalah aktiviti yang pelabur buat untuk jana untung selain sekadar bergantung semata-mata kepada capital appreciation (peningkatan nilai hartanah).
Dan seperti yang korang dah sedia agak, ini adalah game bersifat long-term investment (pelaburan jangka masa panjang).
Dalam strategi ini, pelabur akan beli di kawasan tertentu (yang strategik) dan sewakan rumah itu untuk jana pendapatan pasif.
Dan biasanya, ia dalam bentuk wang sewaan daripada penyewa.
Antara contoh yang biasa adalah, rumah yang diubahsuai menjadi asrama untuk pelajar di kawasan kolej dan universiti. Ada juga yang buat macam ni untuk golongan pekerja.
Bila Perjanjian Sewaan ditandatangani oleh penyewa dan pemilik, bilik (atau rumah) akan disewakan dan mereka akan jelaskan bayaran sewa bulanan yang dipersetujui 2 belah pihak tadi.
Biasanya, pelabur akan tanggung beberapa kos. Terutama sekali bila mereka beli unit under construction (dalam pembinaan).
Untuk strategi ni, korang tak payah pening kepala fikirkan pasal RPGT. Sebab biasanya, pelabur memang beli hartanah ni untuk dipegang lama (lebih 5 tahun ke atas).
Cuma, pendapatan korang daripada hasil sewaan tu nanti akan dikenakan cukai pendapatan.
Antara kos yang terlibat adalah:
Sama juga macam poin sebelum ni, korang kena tanggung kos permulaan seperti:
Ini termasuk:
Anggaran untuk korang dapatkan pulangan yang stabil akan makan masa selama 5 hingga 7 tahun.
Ada yang boleh buat cepat daripada tempoh ini, dan semua ini bergantung kat apa yang korang buat.
Nota: Baca apa yang pelabur otai ini kongsikan untuk jana untung dengan hartanah. Klik sini sekarang.
Pembiayaan semula (atau refinancing) merujuk kat penstrukturan semula loan rumah termasuk tarikh matang baru, kadar faedah baru, dan juga ansuran bulanan baru.
Sebelum kita teruskan dengan topik ni, Tok nak ajak korang fahamkan betul-betul maksud refinance.
Tok bagi contoh kat bawah ni supaya senang korang nak faham.
Nota: Contoh ni akan tunjukkan macam mana pembiayaan semula berfungsi SELEPAS had 10 tahun pengeluaran tunai dilaksanakan.
Pelabur A beli hartanah bernilai RM500,000 dengan gunakan pinjaman sebanyak RM500,000 (90% margin pembiayaan (LTV)) daripada Bank X.
Lepas 5 tahun, jumlah tunggakan pinjaman jadi RM200,000.
Tok ringkaskan seperti kat bawah ni:
Pada tahun ke-5, katakan hartanah yang Pelabur A beli tu meningkat jadi RM750,000.
Beliau bercadang untuk buat pembiayaan semula (refinance) hartanah tu dengan Bank Y (dengan menganggap pinjaman baru akan berdasarkan tempoh bayaran dan kadar faedah yang sama).
Bermakna, Bank Y akan membayar pinjaman Pelabur A dekat Bank X tadi seperti berikut:
Dengan hanya menyimpan hartanah tu selama 5 tahun, pelabur A dapat tambah portfolio beliau sebanyak RM250,000.
Pelabur A juga membayar RM300,000 daripada pinjaman asal RM500,000, buatkan beliau berhak untuk keluarkan tunai tambahan untuk capital appreciation (kenaikan nilai hartanah).
Nota: 11 perkara yang orang bijak (macam anda) ambil tahu sebelum refinance rumah. Klik sini untuk baca.
Biasanya, pelabur akan sewakan hartanah tu untuk tanggung ansuran bulanan, sampai la pelabur tu berjaya menjual hartanah untuk dapatkan untung.
Pada masa yang sama, nilai hartanah tu akan semakin meningkat.
Dan pada masa tertentu, pelabur boleh jual hartanah tu dan masih ada baki yang cukup untuk langsaikan baki pinjaman yang ada.
Info tambahan: Kalau pelabur tu tak gunakan tunai yang diperolehi (untuk langsaikan baki pembiayaan), pelabur tu boleh melabur untuk membeli hartanah yang baru, yang akan menambah porfolio hartanah beliau.
Perkara yang anda wajib ambil kira sebelum buat strategi ini
Pembiayaan semula akan panjangkan tempoh bayaran ansuran hartanah yang korang beli tu. Jadi, pastikan dulu korang dah timbang kira apa yang perlu sebelum buat refinancing.
Selain tu, Tok nasihatkan jugak supaya korang siapkan strategi exit plan yang mantap. Supaya kalau bertembung sebarang masalah nanti, korang dah tau apa nak buat.
Nota: Korang boleh kira jumlah pembiayaan semula dengan klik kat sini.
—
Kalau yang asas korang dapat master, ilmu yang advance pasti akan menyusul pula kemudian. Dan korang takkan ambil banyak masa untuk fahamkan ilmu tu.
Tu sebab Tok tekankan supaya korang belajar dulu ilmu yang basic.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]