PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berapa modal perlu anda sediakan untuk beli rumah second hand RM150,000?

Ada beza kalau korang beli rumah dalam primary market (pasaran primer), secondary market (pasaran sekunder), dan juga tertiary market (pasaran tertiari).

Kalau beli dalam pasaran primer (undercon), pembeli boleh nikmati rebat atau diskaun yang pemaju bagi untuk ringankan beban pembeli.

Untuk pasaran sekunder (subsale, atau rumah second hand), korang perlu sediakan modal awal untuk langsaikan segala entry cost (kos permulaan) yang perlu.

Nak beli rumah second hand pertama korang?

Hadamkan sekarang perkongsian ilmu Cikpuan Mangalesri Chandrasekaran yang Tok baca dekat blog PropertyGuru ni.

Ilmu asas yang semua pembeli rumah second hand pertama wajib tahu

Katakan, korang nak beli rumah second hand harga RM150,000. Berapa banyak yang kos permulaan yang korang perlu sediakan?

#1: Berapa banyak down payment anda perlu sediakan?

Perkara pertama yang korang wajib buat sebelum beli mana-mana rumah second hand, adalah sediakan deposit sebanyak 10% hingga 30%.

Bank akan berikan margin pembiayaan maksimum 90% untuk korang beli 2 hartanah pertama, dan maksimum 70% untuk hartanah ke-3 dan seterusnya.

Tak cukup duit? Korang boleh je keluarkan duit daripada EPF Akaun 2 untuk tujuan ini.

Lagi satu. Semua ini belum lagi tentu. Kalau korang tak berjaya dapatkan pembiayaan maksimum 90% tu, bayaran down payment korang akan jadi lebih tinggi.

Kalau kita kira mengikut contoh atas tadi, bermakna korang perlu sediakan dalam RM15,000 hingga RM45,000 untuk sebagai down payment.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK BACA: Kenapa ramai pelabur otai suka beli rumah second hand? 

#2: Berapa kos untuk uruskan Sales and Puchase Agreement?

Untuk uruskan SNP (Sales and Purchase Agreement), korang akan dicaj 1% untuk RM150,000 pertama, 0.7% akan dicaj daripada baki RM1,000,000, dan 0.6% akan dicaj bagi RM3 juta yang berikutnya.

Untuk kos urusan duti setem pulak, korang akan dicaj 1% untuk RM100,000 pertama, 2% untuk RM500,000 seterusnya, dan selebihnya korang akan dicaj 3%

Jumlah ini tak termasuk fi guaman, yang akan dicaj dengan 6% cukai oleh kerajaan dan juga RM1,000 hingga RM1,500 sebagai disbursement fee (anggaran).

Korang juga akan dapat 50% rebat untuk duti setem untuk pembeli rumah pertama, kalau rumah yang korang beli tu kurang daripada RM500,000.

Bermakna, korang perlu sediakan dalam RM4,500 hingga RM6,000 sebagai kos untuk uruskan fi guaman SNP, duti setem, dan juga disbursement fee.

#3: Berapa pula kos guaman dan Loan Agreement?

Ada perjanjian lain yang korang kena tandatangan lepas bank luluskan permohonan loan rumah korang.

Kos untuk sediakan perjanjian ini akan menelan belanja sekitar 2.5% hingga 3% daripada keseluruhan amaun loan rumah yang kita pinjam.

Untuk urusan duti setem, 0.5% akan dicaj daripada amaun loan rumah yang korang pinjam daripada bank.

Selain daripada tu, professional legal fees, cukai, disbursement fees (anggaran), dan juga rebat duti setem untuk pembeli rumah pertama adalah sama seperti yang dikongsikan dekat bahagian Sales and Purchase Agreement sebelum ini.

Ada juga yang plih untuk serap semua fi ini ke dalam loan rumah yang dibuat. Cuma, ini akan buatkan korang terpaksa bayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding biasa.

Jadi, kos yang korang kena tanggung akan jadi sekitar RM3,750 hingga RM4,500.

#4: Berapa kos valuasi yang anda kena tanggung?

Bila korang beli rumah second hand, laporan valuasi rasmi akan dihantar ke bank yang kita buat loan.

Fi yang akan dikenakan adalah sebanyak 0.3% daripada harga jualan rumah yang korang beli tu.

Kalau kita ikut contoh sebelum ni, korang kena sediakan dalam RM450 (anggaran).

#5: Berapa kos bank processing fee yang anda wajib bayar?

Masa memohon loan rumah dekat bank pilihan korang, mereka akan caj RM50 hingga RM200 untuk urusan pemprosesan.

Kos ini, korang hanya perlu bayar sekali je (one-time payment).

Berapa total kos yang saya perlu sediakan untuk semua benda ini?

Bila korang nak beli rumah second hand harga RM150,000, kos awal yang perlu korang sediakan siap-siap adalah sebanyak RM23,750 (untuk LTV 90%) hingga RM56,150 (untuk LTV 70%).

KLIK SINI SEKARANG UNTUK BACA: Semak 6 perkara penting ini dulu sebelum anda beli rumah second hand. 

“Semua kos ini memang tetap atau masih boleh dirunding?”

Ini kelebihan kalau korang beli rumah subsale. Semua kos yang dinyatakan dekat atas tadi boleh dirunding.

Contohnya, kos guaman. Korang boleh minta quotation dulu dan minta diskaun.

Biasanya, memang boleh dapatkan diskaun sebab mereka juga bersaing. Dan bukan senang nak dapatkan kes sekarang.

Dapatkan 2 quotation daripada 2 peguam yang berlainan. Kira dulu perbezaan dan ambil peguam yang berikan quotation yang terbaik, dan minta diskaun.

Sama jugak dengan kos valuasi. Cara senang, korang cuba je minta diskaun. Lagi elok buat macam ni daripada tak minta langsung. Ada rezeki, dapat korang jimatkan lebih banyak duit.

BONUS: Perlu ke insuran bila saya beli rumah second hand?

Tok selitkan sikit maklumat tambahan tentang insuran untuk korang yang nak beli rumah second hand tahun ini.

Korang boleh pilih antara MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful), atau MRTA. Yang lagi satu, dikenali sebagai MLTT (Mortgage Level Term Takaful).

Insuran ini akan berikan perlindungan dengan cara membayar baki loan rumah korang yang masih tertunggak, kalau berlaku kematian atau lumpuh (TPD, atau Total Permanent Disability).

Secara ringkas, ini beza antara 2 produk insuran ini:

  • MRTA sesuai untuk:
    • Rumah untuk kegunaan sendiri,
    • Pembelian rumah untuk jangka masa panjang,
    • Tak bercadang untuk buat refinance,
    • Sesuai untuk peminjam umur 35 tahun ke atas.
  • MRTT pula sesuai untuk: 
    • Rumah untuk tujuan pelaburan,
    • Pembelian jangka masa pendek,
    • Bercadang nak buat refinancing pada masa depan,
    • Sesuai untuk umur bawah 35 tahun.

Ada lagi satu insuran yang dinamakan House Owner / Fire Insurance, yang lindungi rumah korang daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, rusuhan, mogok, dan malicious damage (kes kecurian dan sebagainya).

Untuk hartanah berstrata seperti pangsapuri atau kondo, korang tak perlu dah beli insuran.

Sebab syarikat pengurusan yang dilantik kondominium tu dah sedia ambil insuran untuk seluruh bangunan.

Apa yang korang perlu buat adalah dapatkan sub sijil daripada Master Policy yang dikeluarkan oleh syarikat insuran, daripada pihak pengurusan dan kongsikan dokumen ini dengan bank yang korang buat pinjaman.

Ada bank yang benarkan korang serap kos ni ke dalam loan, dan ada yang tak.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK BACA: Nak buat loan rumah, tapi belum tahu pasal MRTA dan MRTT? 

Boleh Tok kata, korang dah lulus untuk beli rumah second hand lepas ni. Sekarang, tinggal nak sediakan duit untuk tanggung kos permulaan je.

Bertambah molek untuk minta bantuan kenalan korang yang dah ada pengalaman beli rumah second hand. Baru boleh bertindak dengan berani, tanpa ragu-ragu.

Takkan dah selesai baca, korang pilih jadi tunggul je, kan? Tok yakin korang lebih bijak dari tu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *