Siapa yang tak nak rezeki deras macam air sungai yang mengalir?
Dengan rezeki yang melimpah-ruah itu, kita akan dapat berikan keselesaan (dalam bentuk kewangan) kepada keluarga sendiri.
Korang juga boleh jadi penderma, yang tak putus-putus ringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.
Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, Tok nak kongsikan cara kira zakat pendapatan yang mudah untuk kita hadam.
Tip ini, Tok baca kat blog duitkertas.com. Korang nak rezeki deras kan? Amalkan tip ini. Tak susah pun.
Zakat pendapatan yang perlu kita keluarkan adalah termasuk gaji, bonus, upah, hasi sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain bentuk pendapatan semasa hidup, besara atau mati.
Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.
Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.
Contoh:
Jumlah yang perlu kita zakatkan adalah sebanyak RM900.
Melalui cara ini, korang boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP, dan lain lain lagi.
Contoh:
1. Diri sendiri = RM9,000
2. Isteri = RM3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200
5. KWSP (contoh: 11%) = RM3,960
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) = RM900
Jumlah Tolakan = RM21,160
RM371 / 12 bulan (1 tahun) = RM30.92 setiap bulan.
Melalui kaedah kedua, jumlah zakat yang perlu korang keluarkan adalah lebih rendah. Ini disebabkan terdapat perbelanjaan yang dibenarkan.
Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat (klik sini).
—
Banyak kelebihan daripada amalan zakat yang dapat kita nikmati secara sedar atau tak sedar.
Yang atas dunia ni, dah tentu kita boleh rasa secara fizikal. Tapi yang paling best adalah “saham akhirat” kita akan dibayar berlipat ganda oleh Allah S.W.T.
Tujuan kita hidup atas muka bumi ini adalah untuk mempersiapkan diri sebelum mati. Jadi, ringankan tangan dah hati untuk tunaikan kewajipan ini.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]