Sesiapa saja boleh mulakan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah.
Kerja sebagai REN ni, tak ada gaji basic. Tapi kalau rajin, potensi komisyen korang boleh meletup agak tinggi. Setakat RM5,000 tu, In Shaa Allah senang-senang nak dapat.
Pada masa yang sama korang buat kerja, boleh je nak gunakan data yang ada untuk pelaburan sendiri. Sambil menyelam, minum air, tak gitu?
Korang masih samar-samar dengan kerjaya ni?
Mungkin perkongsian Tuan Arif Hussin ni boleh bantu korang buat keputusan untuk jadikan REN (Real Estate Negotiator) sebagai sumber ‘duit tepi.’
Kalau korang tengah pertimbang untuk ceburi kerjaya sebagai ejen hartanah, eloklah baca artikel ini.
Ia adalah panduan komprehensif tetang semua aspek dan cara-cara menjadi seorang ejen hartanah.
Tulisan ni adalah pengalaman ambe sendiri. Kat akhir artikel ini, In Shaa Allah korang akan dapat gambaran yang jelas untuk buat keputusan.
Sebenarnya, terma ejen hartanah ada maksud yang tersendiri.
Merujuk kat mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma, atau graduan.
Mereka juga buat praktikal selama 2 tahun, dan ditemuduga oleh Lembada Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Bila dah lulus, mereka akan dapat lesan dan boleh buka agensi hartanah.
Mereka ini pula dilantik oleh ejen hartanah untuk jalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kira, mereka berfungsi sebagai pembantu ejen.
Bila seorang perunding hartanah dapat menjual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.
Tak semua orang ramai tahu beza antara dua orang ini. Untuk mereka, perunding hartanah sama saja dengan ejen hartanah. Sebenarnya, 2 posisi ni berbeza.
Sebab artikel ni ambe buat untuk bacaan awam, ambe gunakan bahasa yang biasa kita gunakan. Jadi, bila ambe guna perkataan ejen hartanah tu, ambe maksudkan perunding hartanah sebenarnya.
Ini adalah pendapatan utama seorang ejen hartanah.
Katakan, korang berjaya menjual satu unit rumah berharga RM500,000. Komisyen yang diterima adalah 3% (ini kadar komisyen standard kat Malaysia) daripada harga jualan rumah tadi.
Bermakna, korang akan dapat RM15,000 dan jumlah ini akan dikongsi dengan agensi. Dan nisbah perkongsian ini bergantung kat senioriti.
Katakan korang layak terima 70% daripada jumlah komisyen ini. Pendapatan yang korang dapat jana adalah RM10,500.
Sekarang, bayangkan pula korang berjaya jual 3 unit rumah berharga RM500,000 dalam masa 1 bulan. Pendapatan korang bulan itu adalah RM31,500.
Fuh, lagi tinggi daripada gaji Perdana Menteri tu. Dan tak mustahil nak jual 3 unit dalam masa sebulan. Korang boleh je buat. Ini bukan janji MLM.
Bahkan, ada je ejen yang berjaya jual lebih 7 hingga 10 unit sebulan.
Ini boleh dikatakan sebagai side-income. Korang boleh refer pembeli kat peguam yang korang kenal, dan mereka (peguam) akan berikan saguhati.
Ia tak pula setinggi komisyen jualan, tapi boleh la buat lepas duit minyak untuk satu kes. Kalau banya kes bayar pinjaman perumahan pun lepas. Hehe.
Kerja perunding hartanah ni ada 2 jenis pelanggan yang kita kena layan:
a) pemilik hartanah,
b) pembeli hartanah.
Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:
Skop kerja dengan pembeli hartanah pula adalah:
Ini 6 kelebihan bila korang jadikan ejen hartanah sebagai karier korang:
Kerja sebagai ejen hartanah ni ada impak yang besar. Keputusan jual atau beli rumah klien korang ni bukan satu perkara yang kecil.
Ini adalah antara keputusan yang besar dalam hidup mereka. Menjadi pemudah cara untuk keputusan ni adalah tugas yang murni.
Dengan menjadi ejen hartanah, masa depan korang terletak kat tangan sendiri, dan bukan lagi kat majikan atau bos.
Pendek kata, ia 100% tanggungjawab korang. Kalau berusaha, akan ada potensi untuk berjaya. Kalau malas, takkan ke mana.
Ni bezanya kalau ada majikan. Kalau rajin pun, belum tentu terjamin masa depan.
Pendapatan ejen hartanah ni lumayan. The sky is the limit, bak kata orang. Kalau fokus betul-betul, pak menteri pun boleh cemburu dengan pendapatan korang.
Nota: Dalam artikel ni, ambe ada sediakan 1 bahagian tentang cara nak kira komisyen jualan. Boleh rujuk kat situ nanti (sambungan kat siri seterusnya).
Korang tak terikat dengan waktu bekerja macam kat ofis dulu. In Shaa Allah ada waktu terluang untuk keluarga dan anak-anak.
Tapi walaupun fleksibel, korang kena belajar cara urus masa dengan baik. Kalau tak urus dengan betul, takut tak ada jualan nanti. Hehe.
Korang boleh rujuk kat bahagian “Modal Permulaan’ dalam artikel ini (kat siri seterusnya) untuk dapatkan maklumat lanjut. Kalau nak bandingkan dengan bisnes lain, kos nak jadi ejen hartanah ni adalah rendah.
Hartanah sentiasa ada permintaan (demand). Kat Malaysia (terutama sekali kat kawasan Lembah Klang), supply rumah tak banyak.
Nampak macam banyak, tapi yang mampu milik tu tak banyak. Dan bila permintaan banyak, kerjaya ejen hartanah ni pun akan berkembang dengan sendiri.
Selain tu, korang juga boleh pilih untuk dapatkan lesen penuh. Mungkin satu hari nanti, korang boleh buat agensi hartanah sendiri.
Apa pun kerjaya yang wujud atas muka bumi ni, ada cabaran yang tersendiri. Dan ejen hartanah jugak termasuk dalam senarai ini.
Untung korang tahu awal. Senang korang sediakan diri dengan rintangan seperti:
Tak semuanya indah belaka. Dalam kerjaya ini, korang kena kuat dan hadap dengan hati yang tabah. Akan ada banyak rejection daripada klien dan pemilik rumah.
Rejection ni pula boleh jadi dalam macam-macam cara:
Dan bila terjadi rejection macam ni, ia pasti akan mengganggu momentum untuk perunding hartanah baru. Tapi, korang kena belajar untuk sentiasa kekal positif. Mesti kata “next” dan teruskan usaha.
Macam bisnes yang lain juga. Kerjaya ejen hartanah ni ada naik turunnya.
Ada masa jualan korang sangat baik. Nak jual 6 unit pun tak ada sebarang masalah. Ada pula masa nak jual 3 unit pun susah nak buat. Ada bulan, mungkin kita tak dapat buat jualan langsung.
Bagi yang baru bermula lagi la. Tak ada jualan tu adalah satu bebanan yang besar. Ambe pun pernah lalui situasi yang sama.
Yang penting dalam kerjaya ini, korang kena perisaikan diri dari kata-kata monolog negatif kat diri sendiri. Mesti terus berusaha walaupun tak ada jualan, dan banyakkan bersabar.
Kalau sentiasa berusaha, pasti kita akan dapat buat jualan.
Ini keluhan yang ambe selalu terima daripada ejen hartanah baru. Jujurnya, senarai rumah (listing) ni senang je nak dapat. Tak susah pun.
Tapi nak dapat listing yang berkualiti dan yang boleh dijual tu, mungkin susah sikit untuk ejen hartanah baru.
Ada cara sebenarnya untuk dapatkan listing berkualiti ni. Tapi, ambe tak kongsi kat sini sebab dah masuk topik yang agak advance.
Kalau korang ada sebarang keraguan, boleh hubungi ambe ya.
Bila dah mula jadi ejen hartanah, korang kena cepat-cepat lengkapkan diri dengan ilmu. Kalau tak, proses adaptasi kat dalam bidang ini akan jadi sukar. Nak jual rumah pertama nanti akan jadi susah.
Korang mesti tahu ins & out (selok-belok) proses jual beli rumah, dari segi prosedur dan perangkap yang ada.
Selain itu, kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan kat mana nak pasarkan rumah yang kita jual tu? Apakah medium efektif yang boleh korang gunakan untuk pasarkan rumah ini?
Ada juga ilmu yang korang akan belajar daripada pengalaman. Contohnya, tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.
Pengetahuan ini susah nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila korang fokus dalam bidang ini, korang senang nak pick-up ilmu hartanah dengan cepat.
Tak ada syarat minimum kalau nak jadi seorang peruding hartanah.
Antara kemahiran yang mesti ada adalah kemahiran IT. Korang juga mesti ada kenderaan sendiri. Dari segi kelayakan, lepasan SPM pun dah layak.
Walaupun begitu, tak bermakna apa yang korang belajar atau pengalaman sebelum ni tak relevan.
Contohnya, karang akan ada kelebihan untuk memahami kontrak perjanjian kalau pernah bekerja sebagai peguam sebelum ni. Ini adalah salah satu advantage semasa proses rundingan.
Seorang bekas jurutera boleh terapkan etika kerja dalma kerjaya ejen hartanah ni. Bekas jurubank pastinya dah mahir dengan selokbelok hartanah. Ejen insuran pula dah ada client-base untuk dia pasarkan hartanah.
Apa yang ambe nak tekankan, kerjaya ejen hartanah adalah kerjaya yang universal. Ia tak mengambil kira latar belakang atau pengalaman seseorang. Korang sentiasa ada potensi untuk berjaya dalam bidang ni, In Shaa Allah.
Korang dah fikir masak-masak nak jadi seorang ejen hartanah? Ini apa yang korang perlu buat:
Kerjaya ejen hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau ni adalah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.
Sebelum mulakan kerjaya, korang mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Kalau korang nak daftar kursus, boleh hubungi Good Institute.
Kursus ni wajib. Antara topik yang korang akan belajar adalah:
Setelah hadir ke kursus ni, korang akan terima sijil. Salinan sijil ni akan diberi kat agensi, dan agensi akan daftarkan korang ke LPPEH.
Setelah korang dah hadir ke kursus perunding hartanah tu, korang dah boleh mendaftar dengan agensi hartanah. Tapi, boleh je kalau nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian, baru pergi kursus.
Agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut korang sertai adalah agensi yang dapat bagi value-added. Dari segi sokongan, gerak kerja dan career development.
Dalam bahagian seterusnya, ambe kongsikan sikit tip macam mana nak pilih agensi yang baik.
Kalau korang ingin nak jadi ejen hartanah, ambe sarankan plih agensi yang baik.
Macam mana nak pilih agensi yang baik ini? Korang kena banyakkan bertanya. Boleh saja tanya kat kenalan ejen hartanah atau tanya agensi masa sesi interview.
Ini ada sikit tip macam mana nak tahu agensi tu ok atau tak:
Nak tak nak, korang kena sediakan 2 benda ni kalau korang serius nak jadi ejen hartanah:
Kita masih kena sediakan modal untuk menjadi seorang ejen hartanah. Untuk permulaan, kos yang diperlukan adalah untuk hadir ke kursus perunding hartanah. Kursus ni harganya lebih kurang RM600.
Kemudian, korang akan berdaftar dengan agensi. Biasanya, fi yang dikenakan dalam lingkungan RM500 dan ia bergantung kat agensi.
Fi ni adalah untuk latihan permulaan dan juga kelengkapan seperti business card, banner, t-shirt, baju korporat dan lain-lain.
Korang juga kena ada bajet untuk pemasaran. Nak buat marketing untuk hartanah, akan ada kos yang kita kena tanggung. Contohnya, Mudah.my akan kenakan RM3 untuk setiap listing yang disenarai.
Mungkin untuk permulaan, RM500 dah memadai untuk bajet pemasaran korang.
Dan pada masa yang sama, korang kena ada bajet sara hidup. Bajet ini diperlukan untuk 2 atau 3 bulan pertama setelah korang mulakan kerjaya.
Korang juga mungkin akan perlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama.
Kalau korang berjaya menjual pada awal bulan ke-2, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan korang itu lengkap. Akhir bulan ke-2, korang akan terima kosmisyen.
Pada pendapat ambe, sediakan bajet yang secukupnya untuk korang tempuhi tempoh awal ni.
Secara keseluruhan, ambe rasa bajet sekitar RM6,000 adalah selamat. Mahal? Tak adalah. Cuba bandingkan dengan modal kalau nak buka kedai makan. Huhu.
Kelengkapan minimum yang korang mesti ada adalah:
Ni antara kelengkapan paling asas yang seorang ejen hartanah kena ada. Kad bisnes dan banner tu agensi yang akan sediakan, dan ia termasuk dalam kos RM500 semasa mendaftar. Kalau tak cukup, kena ambil kira dalam bajet permulaan.
Panjang lebar dah ambe berceloteh ni.
—
Bagi Tok, korang tak pernah terlambat untuk mulakan apa saja kat dunia ni. Yang penting, korang cukup jelas dengan matlamat yang korang nak capai itu.
Lepas tu, berusaha tanpa henti. Kalau teruskan macam ni, kejayaan akan datang dalam masa yang cukup singkat.
Tok doakan agar korang cepat-cepat berjaya. Ameen.