Rumah jenis high-rise menjadi pilihan rata-rata ramai orang yang baru nak berjinak dalam pelaburan hartanah. Tak kira sama ada kos sederhana atau rendah.
Tak salah beli dulu hartanah macam ini sebagai permulaan. Janji ia hasilkan aliran pendapatan pasif yang baik (positif). Kayuh perlahan-lahan dulu, bak kata orang.
Tapi, ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan dulu sebelum beli hartanah jenis ini. Dan In Shaa Allah, perkongsian Tuan Arif Hussin ini akan membantu korang buat keputusan yang terbaik.
Kalau ikut Tok, tak salah nak beli tingkat atas kalau korang bersedia hadapi sebarang risiko yang ada.
Mungkin ramai suka nak pilih dan beli tingkat tertinggi sebab pemandangan yang cantik dan lebih privacy. Mungkin juga, korang tak ada banyak masalah seperti pemilik rumah tingkat bawah.
Tapi, belum tentu semuanya indah belaka.
Kalau bumbung rumah tak dibina dengan baik, rumah itu boleh jadi amat panas pada waktu tengahari. Paling tak best, kena pula atap bocor bila hujan dan lif rosak. Korang sanggup tak nak handle masalah macam ni?
Dan yang paling penting, periksa dulu tahap tekanan air kat rumah tu.
Sebab tangki air terletak kat bumbung atas apartmen, tekanan air mungkin rendah untuk unit tingkat tertinggi. Mungkin korang kena melabur duit lebih sikit untuk install pam air.
Tak kurang ramai juga yang lebih suka beli rumah kat tingkat bawah. Opsyen ini menjadi pilihan utama sebab berikan banyak kelebihan kat pemilik.
Owner rumah tak payah nak naik lif (tak payah risau pasal kes lif rosak) dan juga senang ahli keluarga datang melawat.
Dengar macam ngam je kalau beli unit tingkat bawah sekali kan?
Tapi, kalau korang jenis yang jadikan privasi sebagai prioriti, mungkin korang terpaksa timbal balik nak beli unit macam ni.
Sebab rumah tingkat bawah sekali adalah kawasan bertanah dan ramai orang lalu-lalang kat kawasan ni. Masalah bunyi bising tu, memang tak boleh nak buat apa.
Selain itu, rumah korang juga ada potensi jadi sasaran perompak. Sebab senang mereka nak buat kerja. Kalau tingkat atas, mungkin susah sikit nak terkena. Tapi tak bermakna ia 100% selamat ya.
Paling tak syok, orang rumah tingkat bawah ni akan jadi mangsa penduduk yang tak bertanggungjawab. Sebab orang atas malas nak turun, ada je kes buang sampah ke tingkat bawah. Benda ni selalu jadi kat apartmen kos sederhana dan rendah.
Ini salah satu checklist yang penting kita kena buat. Kalau tak, boleh jadi menangis tak berlagu korang.
Setiap kali nak beli rumah jenis apatmen (tak kira tingkat berapa pun), periksa dulu tekanan air semua paip yang ada kat dalam rumah tu. Tengok sama ada pressure air tu ok atau sebaliknya.
Sebab ini adalah masalah utama kalau beli rumah jenis apartmen, lebih-lebih lagi yang bertingkat-tingkat tingginya.
Korang boleh semak bilangan tempat parking kereta kat unit yang nak dibeli.
Ada sesetengah apartmen (seperti blok baru Mentari Court) tak sediakan kawasan parking kereta. Jadi, kalau nak tahu, ringkan mulut bertanya pihak management atau jiran sekeliling.
Tok rasa, tak ada siapa suka berlumba-lumba untuk dapatkan tempat parking kereta. Dan kalau boleh, beli apartmen yang siap dengan tempat parking untuk kereta korang.
Ini lebih selamat berbanding parking kereta kat tempat lain sekitar apartmen. Korang bukan bayar untuk kediaman semata-mata, tapi korang juga bayar untuk sekuriti. Dan ini termasuk keselamatan kenderaan korang.
Kalau kat dalam iklan kata ada 2 parking, pastikan betul-betul ada 2. Sebab ada juga kes penjual menipu pembeli. Bila dah beli, baru tahu unit tu tak termasuk kotak parking kereta seperti yang dijanjikan.
Beli rumah jenis apartmen tak sama dengan beli rumah jenis landed (atas tanah).
Kalau beli apartmen, wajib untuk kita ambil kira kos penyelenggaraan (maintenance fee) dan masukkan dalam bajet siap-siap.
Ini adalah komitmen yang perlu pemilik rumah jelaskan supaya pihak management boleh selenggara kawasan apartmen dengan baik.
Tapi, korang juga perlu berhati-hati tau. Ada juga kes pihak management yang tak buat kerja maintenance dengan baik. Padahal, kita bayar kos ini setiap bulan tanpa gagal.
Kalau masalah ini berlaku, cepat-cepat buat repot kat jabatan kerajaan atau mana-mana badan NGO yang berkaitan. Ini adalah hak korang, selagi korang tak ada masalah jelaskan kos maintenance ni.
Kalau apartmen ini dah lebih tempoh 10 tahun, pastikan unit yang korang nak beli tu ada geran strata.
Kalau tak, susah nak lulus pemohonan pinjaman kalau jadi kes macam ni.
Tuan Arif sarankan supaya berbincang dengan perunding hartanah kalau korang betul-betul serius nak teruskan pembelian. In Shaa Allah mereka akan cuba bantu korang dengan baik.
Setiap kali korang nak beli rumah jenis apartmen, semak dulu status tanah unit tu.
Sebab ada je apartmen yang dibina atas tanah berstatus komersial. Dan bila unit itu dibina atas tanah ini, tarif air, eletrik, dan cukai pintu dah pasti akan jadi lebih tinggi mengikut tarif komersial.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut pasal perkara ini, boleh hubungi pihak pemaju atau semak kat laman web Propwall.my.
Bukan macam tu. Apa saja tip yang Tuan Arif Hussin bentangkan kat sini adalah sebagai panduan saja.
Yang penting sekali, pembeli itu sendiri kena buat keputusan pembelian yang tepat lepas dah kaji dan ambil kira segala perkara yang perlu. Pastikan keputusan yang korang buat itu adalah informed decision.
Boleh je nak beli rumah tingkat atas atau bawah sekali. Yang penting, kita perlu tahu dulu risiko dan baik buruk bila membeli unit itu.
—
Selagi tak jawab semua soalan ini, tangguh dulu pembelian dan ambil masa sikit untuk fikirkan balik keputusan pembelian tu.
Tak lari pun gunung dikejar. Lebih baik ambil masa sikit daripada rugi lepas membeli nanti kan?
Selagi boleh, Tok tak nak korang beli rumah dan akhirnya, kena tanggung rugi. Sebab itu Tok suka kongsikan kat korang tip-tip macam ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
MOHD RAHIMI says:
Pembelian tingkat atas..berbumbung.segala risiko .bocor hujan.adakah tggungbjawab kita atau pemaju.