Pasaran hartanah kini agak perlahan, jika dibandingkan dengan tahun 2013 dimana pasaran berada pada kelajuan maksima.
Ini menunjukkan langkah-langkah pengawalan hartanah oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan hasilnya
Tetapi, tahun 2015 merupakan penutup kepada 3 tahun yang gemilang buat pasarang hartanah dalam tempoh 10 tahun, jadi pasaran hartanah yang perlahan ini tidak menggambarkan bahawa ia akan jatuh teruk.
6. Teknik pelaburan hartanah yang kalis kemelesetan ekonomi
Dalam webinar ini, beliau kongsikan contoh bagaimana membeli 4 buah rumah, boleh memberikan kita RM18,000 dalam pendapatan pasif setiap bulan, dan portfolio hartanah bernilai RM5 juta.
7. Data terbaru prestasi pasaran hartanah di Lembah Klang sepanjang 5 tahun
Dalam webinar ini, beliau ada berkongsi berkenaan prestasi pasaran hartanah di Lembah Klang sejak 2010, dan apa pendapat beliau berkenaan pasaran hartanah tahun 2016
8. Ketahui 6 kriteria penting yang digunakan FAR Capital untuk membuat pembelian hartanah bagi klien mereka
Dalam webinar ini, beliau turut berkongsi 6 kriteria penting yang digunakan FAR Capital bagi menilai sesuatu hartanah, supaya kita tidak tersalah buat pembelian yang merugikan.
Tok harap korang dapat belajar sesuatu yang bermanfaat dari webinar tersebut.
Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan korang di Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain.
Adakah korang setuju dengan pandangan Faizul berkenaan keadaan ekonomi semasa?