PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jaga-jaga. Kewangan anda ‘barai’ kalau ada 6 petanda ini

Korang pernah terjebak tak dengan masalah macam ni :

“Tiap-tiap bulan dapat gaji, tak pernah nak cukup. Nak simpan pun, tak menyempat”

Ini bukti penting yang kewangan korang tengah sakit. Dan tak ramai yang boleh turunkan ego untuk akui mereka ada masalah ini.

Jangan main-main. Untuk jangka masa panjang, ini akan jadi mudarat kat kehidupan korang.

Nah, ini cara untuk kenalpasti sama ada korang ada masalah ini atau tak. Hadamkan perkongsian Tuan Firdaus Pay yang awesome ni laju-laju.

Muda-muda lagi, kewangan dah ‘barai’?

Pernah saya ketengahkan masalah anak muda yang muflis di usia yang muda.

Perkara ini boleh juga terjadi kepada kita kalau kita tak ada kesedaran perancangan kewangan, dan mengamalkan gaya hidup di luar kemampuan.

Korang bebas untuk menguruskan kewangan sendiri. Tapi pengurusan wang yang tak berdisiplin akan menjuruskan diri korang kepada krisis atau masalah kewangan.

Jika wang korang tak diuruskan dengan baik, hutang akan meningkat, yang seterusnya akan mengakibatkan tekanan ke atas diri dan kehidupan korang khususnya tekanan mental.

Korang sedang menghadapi masalah kewangan jika :

Petanda #6 : Kemahuan lebih penting berbanding keperluan

Ini adalah masalah biasa yang akan kita hadapi jika kita lebih mementingkan kemahuan berbanding keperluan. 

Perbelanjaan asas keperluan adalah seperti sewa rumah/ ansuran bulanan rumah, bayaran kereta, bil utiliti, serta keperluan asas yang lain.

Perbelanjaan tak dapat dikawal melebihi pendapatan akan membawa kepada krisis kewangan dalam jangka masa panjang.  Itu belum kira perbelanjaan luar kawalan menggunakan kad kredit. Parah!

Petanda #5 : Jadi hamba kepada tabiat berhutang

Kita suka berhutang untuk kebanyakan benda. Ye la, bukan semua benda kita mampu beli secara tunai.

Itu tak salah, yang silapnya bila kita mempunyai kebergantungan kepada hutang yang tinggi. Kata omputeh, “high debt gearing ratio”.

Kadar kebergantungan tinggi kepada pinjaman peribadi juga boleh jadi salah satu masalah.

Kita perlukan duit yang cepat, kita mohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang tinggi. Lagi teruk bila kita buat hutang untuk kambus hutang yang sedia ada.

Ini boleh mengakibatkan krisis kewangan yang serius jika masalah ini tak dibendung dari awal. Jika kita banyak hutang, kita perlu cari pendapatan tambahan atau kurangkan perbelanjaan yang tak perlu.

Petanda #4 : Terlampau bergantung kat kad kredit

Bila masa perbelanjaan melebihi pendapatan, cara penyelesaian singkat jangka pendek adalah dengan berbelanja menggunakan kad kredit.

Kad kredit ini adalah unsecured lending, atau pinjaman yang tak memerlukan cagaran. Tapi kadar faedah biasanya sekitar 15 hingga 18% setahun.

Berdasarkan pengalaman saya, kad kredit ini agak “berhantu” kerana korang tak memerlukan wang tunai untuk berbelanja. Nak beli apa-apa, hanya perlu swipe sahaja! Senang kan?

Tapi impaknya sangat besar. Kalau gunakan kad kredit secara berlebihan tanpa kawalan, kadar hutang korang akan meningkatkan dengan lebih cepat kesan dari kadar faedah yang tinggi.

Bayar pula hanya bayaran minima bulanan (sekitar 5% dari baki semasa hutang kad kredit). Masalah hutang kad kredit pula akan menghantui hidup korang.

Petanda #3 : Tak mampu tanggung kos penyelenggaraan rumah, insuran, dan cukai

Bila masa kita sudah tak dapat membayar segala perbelanjaan asas kita secara teratur dan mengikut masa yang telah ditetapkan, kita sudah mempunyai simptom ke arah krisis kewangan.

Kita tak mempunyai peruntukan untuk perbelanjaan secara tahunan seperti insuran/takaful kereta, kos penyelenggaraan kereta, serta cukai jalan, ini akan memburukkan lagi keadaan kewangan kita.

Pastikan kita mempunyai bajet serta sudah memperuntukan sebahagian simpanan perbelanjaan tahunan atau untuk perbelanjaan luar jangka. Contohnya,tayar kereta pancit tiba-tiba dan sebagainya.

Petanda #2 : Terpaksa tangguh bayar bil dan duit sewa

Bila perbelanjaan sudah tak terkawal, kita mempunyai kecenderungan untuk melambatkan pembayaran segala bil atau kos sewaan.

Bila korang mula lambat bayar, secara amnya korang sedang menambah bebanan hutang.

Makin lambat korang bayar bil-bil atau kos sewaan, makin tinggi tekanan dari luar yang akan korang hadapi, kerana ini semua melibatkan pihak ke-3.

Petanda #1 : Belanja dulu, baru simpan?

Kita tak akan ada simpanan jika kita amalkan sikap belanja dulu kemudian simpan duit yang lebih.

Macam mana nak ada simpanan jika perbelanjaan sentiasa melebihi pendapatan?

Kita patut amalkan sikap simpan dulu kemudian belanja. Boleh cuba cara tabungan secara potongan gaji atau potongan tetap berkala dari akaun gaji ke Tabung Haji, Simpanan ASB, atau pelaburan Unit Amanah.

Cuma cara ini mungkin akan ada sedikit kesan ke atas permohonan pinjaman jika melibatkan potongan dari slip gaji. Yang ni, saya akan ulas di lain kali.

Tabung kecemasan amat penting untuk kita dalam masa terdesak seperti hilang punca pendapatan secara tiba-tiba.

Tabung kecemasan yang ideal, bergantung kepada gaya hidup serta tahap perbelanjaan seseorang.

Namun simpanan kecemasan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji adalah amat digalakkan. Lagi banyak lagi bagus.

Ada masalah kewangan? Cepat-cepat betulkan

Soalan saya, adakah korang mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom seperti di atas?

Pastikan korang kenalpasti tahap kewangan korang. Jika bermasalah, segera bertindak. Sekadar ingatan bersama. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Okay. Sekian, terima kasih.

Salam ukhwah,
Firdaus Pay,
Kewangan & Hartanah FP

Kalau ada 6 simptom ni dalam kehidupan korang, cepat-cepat bertindak untuk betulkan keadaan.

Lagi lama korang tangguh tindakan, bertambah parah korang punya kewangan. Tok dah pesan awal-awal ni. Tinggal tindakan korang je yang akan tentukan segalanya.

Jemput SHARE ilmu bermanfaat ini kat kawan-kawan korang. Elakkan kewangan ‘barai’ beramai-ramai.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *